Cara Skor Subjek Bahasa Melayu
Sambil membaca, sambil menulis, sambil berseronok . . .
PERHATIAN, FORMULA YANG BAKAL DIDEDAHKAN AKAN MEMBERIKAN JALAN PINTAS UNTUK SKOR KERTAS KARANGAN DENGAN MUDAH
“… Hari-hari cakap dalam Bahasa Melayu. Fasih, tetapi bila diterjemahkan di atas sekeping kertas, serupa orang asing baru belajar bahasa. Ini masalah yang melanda kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Melayu…”
Salam bahagia, Saya Cikgu Norasma Bt. Salleh bersama dengan Cikgu Mohd. Fadli Salleh.
Memetik kertas kerja oleh laman Koleksikertaskerja1, secara umum dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar Melayu telah menguasai sebutan, tatabahasa, dan makna kosa kata bahasa Malaysia semasa mereka masuk ke sekolah.
Walau bagaimanapun ia tidak akan membantu dalam menjawab soalan karangan jika tidak tahu apa-apa yang dikehendaki oleh kertas soalan tersebut. Sehebat mana penguasaan bahasa, jika karangan dihasilkan tidak menepati skema jawapan.
Ada 3 perkara utama yang menentukan kejayaan pelajar menjawab soalan karangan dengan tepat. Iaitu memenuhi kehendak soalan dengan tepat, merangka karangan mengikut skema yang ditentukan dan pembukaan karangan menarik yang mengambil perhatian pemeriksaan soalan.
Sehubungan itu, 3 perkara diatas tidak diaplikasikan sepenuhnya oleh pelajar. Kerana mereka tidak didedahkan sepenuhnya kepada perkara tersebut.
Apa yang buat pelajar gagal menjawab kertas soalan dengan sempurna adalah tidak tahu teknik menganalisis soalan. Ini langkah wajib yang perlu diambil pelajar jika ingin memastikan mereka berada di jalan yang betul. Mengenal pasti kehendak soalan akan sentiasa memastikan mereka berada dalam konteks yang dikehendaki oleh skema.
Apabila ia telah dikenal pasti, ppendahuluan karangan yang menarik akan menyebabkan karangan menjadi matang dan cemerlang memberikan signal kepada pemeriksa bahawa pelajar memenuhi kehendak soalan. Walau bagaimanapun, ramai pelajar tidak didedahkan dengan pelbagai teknik pembukaan karangan yang menarik perhatian.
Begitu juga dengan rangka karangan. Kebanyakan masa pelajar akan merapu apabila tidak mempunyai struktur untuk menghuraikan isi dengan sempurna. Jika tidak diberikan perhatian, isi kandungan akan menentukan lulus gagal sesuatu karangan yang seterusnya memberi kesan kepada keputusan peperiksaan keseluruhannya.
Bagaimana Nak Bantu Anak Skor A Dalam Subjek Karangan?
dSaya telah mengenal pasti pelajar yang selalu gagal menjawab kertas karangan Bahasa Melayu dan mendapat markah yang baik berpunca daripada 3 perkara. Mereka tidak tahu teknik menganalisis soalan, tidak mempunyai formula untuk menghurai isi dengan sempurna dan tidak mempunyai pendedahan untuk mempelbagaikan teknik pendahuluan.
3 elemen yang dinyatakan adalah asas kepada sebuah karangan yang mendapat markah yang cemerlang. Apabila pelajar berjaya menguasai elemen tersebut, mudah bagi mereka untuk menjawab apa-apa sahaja bentuk soalan karangan yang diberikan tidak kira apapun bentuk format karangan yang diminta.
Saya adalah seorang guru cemerlang yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan berpengalaman selama 20 tahun. Sepanjang tempoh saya telah mengenal pasti, mengkaji, dan memperkenalkan kaedah-kaedah untuk skor dalam subjek karangan. Saya pernah memenangi projek inovasi peringkat antarabangsa. Saya juga adalah salah seorang Pembentang Kertas Kerja kepada Guru Cemerlang Di Kelantan.
Dari pengalaman tersebut, saya terpanggil untuk menghasilkan sebuah panduan khas untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang:
- Membantu pelajar menganalisis soalan karangan dengan cara yang betul
- Mendedahkan pelajar dengan kepelbagaian jenis pendahuluan
- Memperkenalkan formula TEMANKU KASIH untuk menganalisis soalan
- Memperkenalkan formula ISH U KE SIM?untuk huraian isi karangan
MEMPERKENALKAN
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Satu-satunya panduan yang direka khas untuk membantu pelajar mengenal pasti bentuk soalan karangan Bahasa Melayu, dapat mengetahui tema, kehendak soalan dan penyoalan KBAT dalam soalan karangan dan mengetahui formula untuk membina karangan cemerlang.
Apa Manfaat Yang Anak-anak Dapat Setelah Habis Membaca ?
Ebook Forbam ini dihasilkan untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik membina karangan cemerlang. Pelajar akan dibekalkan dengan pelbagai jenis formula yang membantu untuk menghasilkan pendahuluan karangan yang menarik dan menulis isi karangan yang memenuhi kehendak skema supaya mudah untuk mendapat markah.
Pelajar diberikan dengan 5 siri ebook dan 4 video penerangan yang menerangkan formula-formula dan cara-cara penulisan karangan yang menarik dan mengkagumkan pemeriksa kertas. Pendek kata,
- Anak anda berpotensi untuk menjadi pelajar cemerlang dalam membina karangan
- Anak anda dapat mengetahui pelbagai formula yang berkesan dan membantu menghasilkan karangan yang mantap
- Anak anda akan menerima pelbagai nota sisipan yang dapat membantu anak Skor A dalam peperiksaan Bahasa Melayu kelak.
Apa Yang Anak Anda Akan Belajar Daripada Formula Bahasa Melayu Ini?
Inilah dia teknik dan formula untuk anak-anak anda menguasai soalan KBAT di samping mengenal pasti kehendak soalan dengan mudah.
Anak anda akan dapat 5 Ebook yang berwarna dengan pelbagai sisipan nota, teknik dan formula untuk menghasilkan sebuah karangan menarik disertakan dengan latihan dan skema jawapan.
Anak anda juga akan menerima 4 rakaman video penerangan dengan lebih mendalam, seolah-olah saya sedang mengajar anak secara peribadi.
Sangat bagus untuk anak usia 13 tahun hingga 17 tahun.
ForBam Siri 1
Kaedah Kunci dan Pintu
Dalam karangan soalan diibaratkan seperti ‘Pintu’ manakala kehendak soalan diibaratkan sebagai ‘Kunci’.
Kelemahan pelajar ialah tidak membaca soalan karangan dengan teliti. Selain itu, mereka juga tidak memahami kehendak soalan.
Kesannya karangan mereka tidak menepati tema yang dikehendaki. Seolah-olah calon akan berada di dalam bilik yang gelap dan tidak jumpa kunci untuk keluar dari bilik tersebut
Jadi, saya telah memperkenalkan satu FORMULA ‘ TemanKu Kasih’
ForBam Siri 2
Formula ISH U Ke SIM
Saya menerangkan kaedah penghuraian isi karangan dengan jelas iaitu menggunakan Formula ISH U KE SIM)
Calon akan menulis karangan dengan menyusun urutan isi yang terpenting terlebih dahulu.
Saya mendedahkan cara-cara untuk menghurai dengan mudah iaitu menggunakan teknik penyoalan.
Saya juga berkongsi teknik penyoalan bagi setiap isi yang telah diberikan. Binaan ayat mestilah mempunyai hubung kait dengan ayat yang sebelumnya.
Terdapat kesinambungan ayat dan penghuraian akan menjadi jelas. Penghuraian yang matang amat penting untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
ForBam Siri 3
Mantapkan Mindaku
Siri 3 merupakan siri pengukuhan bagi penggunaan teknik pintu dan kunci, formula TemanKu Kasih dan juga Formula ISH U KE SIM?
Saya menyediakan soalan beserta dengan skema bagi memudahkan calon untuk membuat rujukan.
ForBam Siri 4
Siri Bonus 1
Dalam siri ini saya telah menyediakan pelbagai bahan kepada calon iaitu bongkar strategi ‘A’ Bahasa Melayu, Ciri-ciri karangan yang lemah, TIPS Capai ‘A’ Bahasa Melayu, Fokus untuk Cemerlang, Karangan Berbentuk Lewah dan Pelbagai jenis kesalahan bahasa.
ForBam Siri 5
Siri Bonus 1
Dalam siri ini penulis telah menyediakan pelbagai bahan iaitu definisi dan idea sokongan bagi skop karangan terkini, Koleksi peribahasa, Koleksi Fakta Bertema, Himpunan Kata-kata tokoh, Bukti dan fakta dan Kosa Kata Aras Tinggi.
Kesemua siri bonus adalah untuk:
1. Membantu calon mendapat markah cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Menambahkan koleksi peribahasa dan juga himpunan kosa kata beraras tinggi
3. Membantu calon mengembang isi karangan.
Video Satu : Asas Pintu Dan Kunci
Saya dedahkan bagaimana teknik membaca soalan dengan betul dan mengenal pasti bentuk soalan iaitu apakah fokus yang perlu ditekankan apabila membaca soalan yang telah diberikan. Calon mestilah memahami soalan dan perlu menganalisis soalan.
Video Dua : Temanku Kasih
Saya menerangkan teknik penggunaan Formula TemanKu Kasih
Penerangan bagi menghuraikan teknik analisis soalan secara terancang dan menjelaskan kaedah penggunaan Formula TemanKu Kasih.
Video Tiga : ISH U KE SIM
Penerangan bagi menghuraikan isi karangan supaya susunan ayat teratur dan mempunyai kesinambungan ayat. Saya berkongsi bagaimana mencetuskan idea iaitu cara-cara untuk menghurai karangan dengan lebih panjang dan berkesan. Saya berkongsi penggunaan Formula ISH U KE SIM? Iaitu teknik menghuraikan isi dengan lebih berkesan.
Video Tiga : Kesimpulan Karangan
Saya menerangkan cara-cara membuat kesimpualan yang berkesan iaitu dengan memasukkan tiga perkara yang penting ( Pandangan, Cadangan dan Harapan)
Berapa Harga Ebook Formula Bahasa Melayu? (Hint: Bukan RM697)
Harga normal ebook Formula Bahasa Melayu Ini biasanya adalah RM199. Tetapi memandangkan ebook ini dalam tempoh promosi ini, saya nak bagi diskaun sebanyak RM669! Jadi anda perlu bayar RM30, untuk dapatkan 4 siri ebook dan kesemua 4 rakaman video. Tetapi Hanya untuk 300 orang pertama yang bertindak pantas sahaja. Kemudian harga akan dinaikkan seperti dalam jadual berikut.
DAPATKAN SEKARANG! DENGAN KLIK GAMBAR DI BAWAH !!
Anak-anak lebih mudah untuk belajar apabila ia menarik dan menyeronokkan. Tidak ada cara lain yang lebih berkesan hendak memupuk minat terhadap Bahasa Melayu
Mereka tidak boleh dipaksa kerana ia hanya mendatangkan kesan yang negatif. Minat itu perlu hadir secara semulajadi, barulah anak-anak akan lebih fokus dan mudah menghadam.
Kita sebagai ibu bapa hanya perlu menyediakan satu laluan mudah untuk mereka ikut.
Kami sebagai cikgu hanya menyediakan alatan yang anda boleh gunakan untuk membimbing anak-anak untuk masa depan yang cerah.
Ikhlas,