Betul Ke Jumlah Subscriber Penentu Kejayaan Bisnes

Kongsikan

Adakah jumlah subscriber yang banyak menjamin keuntungan jualan produk atau servis yang anda tawarkan?

Saya teringat kisah masa 2007-2009..

Masa itu, ramai usahawan internet berlumba-lumba mengumpulkan database subscriber masing-masing kerana semakin banyak database yang dikumpul semakin banyak keuntungan yang dapat hasil promosi produk affiliate.

Siapa ada database yang banyak, dialah yang jadi orang penting yang dicari untuk melancarkan produk-produk baru. Kira abang besarlah ni!

Ya, ketika itu memang gila kerana pemilik database mampu buat duit lumayan dengan promosikan produk-produk affiliate!

Cuma itu cerita dulu-dulu lah..

Ketika itu, perniagaan internet masih nak berkembang dan produk-produk digital yang dihasilkan adalah berkenaan dengan “cara buat duit online” dan “cara pemasaran online”. Database tersebut terlalu umum.

Jadi pada masa itu orang berlumba-lumba beli produk digital untuk cari duit secara online.

Sekarang ni sangat berlainan..

Produk yang dihasilkan sekarang tidak tertumpu kepada produk buat duitsemata-mata. Produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya semakin banyak terjual di internet.

Database pelanggan yang kita mahu dapatkan hari ini perlu lebih targeted, bersesuaian dengan produk yang kita tawarkan.

Sebagai contoh, jika anda menjual set bersalin, pastinya anda akan menjual kepada list para ibu yang sedang dan sarat mengandung daripada menjual kepada list yang belum kahwin. Ianya lebih menguntungkan!

Pada hari ini, 1,000 subscriber yang targeted untuk produk anda 100% lebih menguntungkan daripada 10,000 subscriber yang anda dapatkan secara umum!

Database list subscriber yang general bukanlah tidak menguntungkan, cuma bukan semua dalam database tersebut berminat dengan produk atau servis yang anda tawarkan.

Jadi kesimpulannya jumlah subscriber yang targeted untuk produk anda lebih menguntungkan walaupun jumlahnya sedikit berbanding jumlah subscriber yang tiada segmentation. 😉

Jom mulakan pemasaran email yang lebih targeted mulai sekarang! Dengan klik button di bawah !!