Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya Tanpa Mengeluarkan Sebarang Modal
Saya percaya semua orang pasti mahu kejayaan dan kemewahan dalam hidup. Tapi pasti ada liku-liku yang harus kita lalui supaya dapat mencapai apa yang diimpikan. Tips utama nak berjaya pasti wajib mempunyai angan-angan bukan ??
Bukan semudah ABC untuk mengubah hidup seseorang dan bukan seindah mimpi nak ubah masa depan. Tapi siapa cakap orang miskin tak boleh kaya. Anda rasa kenyataan ini benar atau tidak ??
Disebalik kemunculan pandemik Covid-19 ini pada tahun ini telah memberi impak yang sangat besar pada negara kita. Ramai yang sudah hilang punca pendapatan ibarat periuk nasi telah ditutup rapat. Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan kerana masih mempunyai tanggungjawab kepada insan yang memerlukan. Jadi bagaimana untuk memulakan mencari pendapatan sendiri.
Jika anda adalah seorang dropship, anda sudah berada di platfom yang betul sekarang ini. Jika dulu anda menjadi dropship dengan keuntungan dalam Ringgit Malaysia (RM) , apa kata kita beralih kepada keuntungan dalam nilai United States Dollar (USD) . Wow ! mesti untung besarkan. Sapa yang tak nak kaya.
Ini yang saya maksudkan. Walaupun anda hanya seorang dropship tetapi keuntungan yang bakal anda dapat ibarat menjadi seorang founder produk. Kerja yang sangat mudah kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk memegang stok dan pos barang kerana semua itu supplier akan uruskan. Even tengah tidur pun sales berdesup masuk.
Tapi dimana platform untuk diniagakan ? Saya yakin pasti anda masih tertanya-tanya. Semuanya ada di ” SHOPIFY “. Apa itu SHOPIFY ? Merupakan satu laman web untuk menjalankan urusan perniagaan di luar negara. Jadi ini adalah cara anda untuk mendapat pulangan yang besar kerana menggunakan nilai mata wang dalam United States Dollar (USD) .
Apa yang anda lihat carta diatas merupakan carta ataupun langkah-langkah seorang dropship melaksanakan kerja. Prosedur adalah sama tetapi keuntungan berbeza. Cuba bayangkan anda adalah seorang dropship biasa keuntungan anda hanya RM60 walaupun kerja anda sama sahaja seperti dropship steriod. Manakala keuntungan droship steriod adalah 1 USD = RM4.20. Melakukan kerja yang sama tetapi mendapat keuntungan yang berbeza.
Semuanya hanya berada di lubuk SHOPIFY. Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut lagi bagaimana cara untuk berniaga di lubuk ini anda boleh klik dibawah :