Cara Menjual Tanpa Guna Copywriting

Kongsikan

Lama betul saya fikir… jawapannya…

Tiada!

Setiap kali nak menjual, memang kita akan pakai masukkan copywriting.

Nak guna flyers, banner, atau poster, dan pelbagai tempat atau platform, kita mesti kena letak copywriting. Walau ayat seringkas “Sakit Lutut?”.

Walaupun kita guna gambar sahaja. Tetap ada elemen copywriting. Contoh kalau sakit sendi lutut, letak gambar muka orang tengah tahan sakit sambil pegang lutut dia. Itu copywriting.

Cakap call dengan bakal pelanggan, pun kita guna elemen copywriting. Sebab kita sedang memujuk bakal pelanggan kita untuk beli.

Jerit-jerit di pasar nak jual ikan, juga guna copywriting. “Murah!”, “Ikan baru naik!”, “Cepat! Sikit lagi ikan dah nak habis”. Semua ni guna copywriting.

Tanpa copywriting, itu bukan menjual.

Paling tidak, belajar dulu basic jenis formula copywriting dengan klik sini