Tip Menjaga Kenderaan
Bagi yang beginner memakai kenderaan, pastinya menjadi suatu cabaran baru buat anda kerana pelbagai penyelenggaraan yang rapi perlu dilakukan bagi menjamin kenderaan anda berada dalam keadaan optimum
Didalam proses untuk menjaga kenderaan ini, anda akan boleh ditipu mentah-mentah oleh bengkel dengan menukarkan bahagian-bahagian kenderaan yang tidak rosak ataupun caj dengan harga tak masuk akal
Untuk itu, pada hari ini admin terpanggil untuk berkongsikan tip menjaga kenderaan anda dengan betul dan elak untuk ditipu
- Minyak enjin
Minyak enjin anda perlu ditukar apabila mencapai “miles” sebanyak 5,000 KM ataupun 10,000 KM ataupun dalam tempoh 3 bulan. Minyak enjin yang dipilih jugak perlulah sesuai dengan umur kenderaan anda - Tayar
Tayar kenderaan anda perlu berada dalam keadaan yang baik dimana ia berada dalam tekanan yang sesuai serta allignment dalam tempoh 3 bulan sekali. Ini menjamin jangka hayat tayar lebih tinggi - Coolant
Penggunaan coolant perlu dilakukan untuk menjamin kenderaan anda tidak mempunyai masalah overheat kerana coolant dapat membantu melambatkan tempoh air untuk panas dan mendidih serta meningkatkan lagi jangka hayat radiator.
Apabila mencapai “miles” 60, 000 KM ini merupakan jarak yang sesuai untuk anda tukarkan coolant yang baru. Coolant yang baru ditukar tersebut perlu mempunyai warna yang sama dengan coolant asal - Minyak Gear
Bagi menjamin gear box anda berada dalam keadaan yang baik anda perlu menukarkan minyak gear setelah mencapai 60,000 KM perjalanan - Minyak Gear Auto
Bagi gear box auto ianya lebih sensitif dimana ia perlu ditukar apabila mencapai jarak perjalanan 20,000 KM - Air Filter
Bagi sesetengah kedai@bengkel mereka hanya sembur dengan angin sahaja untuk mencuci. Tetapi sebenarnya bagi menjamin enjin dalam keadaan optimum air filter perlu ditukar apabila mencapai jarak perjalanan sebanyak 20,000 KM. - Spark Plug@ Palam Pencucuh
Ini merupakan nadi untuk menghidupkan kenderaan anda bagi menjamin kenderaan anda tidak semput anda perlu menukar palam pencucuh apabila mencapai jarak perjalanan 20,000 KM ataupun 30,000 KM - Bateri
Bagi bateri yang “Free Maintainance” anda tidak perlu risau untuk menjaganya. Tempoh jangka hayat bateri tersebut adalah 2 tahun. Jadi sekiranya telah mencapai umur penggunaan bateri tersebut 2 tahun dan mempunyai masalah. Anda perlu menukar bateri tersebut
Bagi bateri air yang anda perlu top up sentiasa air. Bateri ini boleh mencapai jangka hayat selama 5 tahun. Tetapi perlu penjagaan yang rapi antaranya mengisi air bateri apabila berkurang dan mengecas bateri tersebut apabila lemah - Timing Belt
Bagi kenderaan yang menggunakan timing belt anda perlu menukarkan apabila jarak perjalanan anda menjangkau 80,000 KM
Bagi kenderaan yang menggunakan timing chain anda tidak perlu risau. Ianya perlu ditukar apabila putus - Belting
Belting yang berada diluar bersambung dengan compressor, alternator dan sebagainya. Perlu ditukar serentak apabila menukar timing belt ataupun anda tukar apabila tali tersebut mempunyai ciri-ciri tidak tahan lama seperti retak dan sebagainya. - Break Pad @ Break Shoe
Break pad ditukar bergantung kepada jarak perjalanan kenderaan anda. Anda boleh melihat di celah sportrim ketebalan brek pad.
Tempoh untuk menukarkan brek shoe pula adalah selepas dua kali anda menukar brek pad.
Dalam proses menjaga kenderaan pelbagai ilmu yang perlu dituntut oleh anda bagi menjamin penyelenggaraan kereta anda dalam keadaan yang betul.