Tip Hafal Sifir Dengan Cepat Dan Mudah
Inginkan anak anda hafal sifir dengan cepat dan mudah tapi tak tahu caranya ??
Ikuti perkongsian dari Cikgu Fadli Salleh ini.
Time needed: 15 minutes
10 Tip Hafal Sifir Dengan Cepat
- Cari tempat yang tenang dan tidak bising.
Suasana persekitaran mempengaruhi hafalan kita. Tempat yang riuh rendah dan bising pasti mengganggu tumpuan.
- Baca dengan kuat dan berulang-ulang.
Bacaan itu sepaling kurang mesti telinga kita mendengarnya.
- Hafal separuh-separuh dahulu.
Jangan hafal terus kesemuanya. Agak sukar dan lambat untuk kita ingat dan mudah bercelaru nanti.
Contohnya sifir 4. Hafal dulu 1×4 = 4 hingga 5×4 = 20 bagi betul-betul ingat sebelum sambung pula 6×4 hingga 9×4. - Baca dan hafal dalam hati.
Setelah baca dengan kuat berulang kali, seterusnya baca dalam hati berulang-ulang kali. Ulang dan ulang. Kalau boleh pejam mata lagi bagus. Khusyuk gitew.
- Pejam mata atau tutup buku dan cuba baca.
Contohnya sifir 4 tadi. Jika dah yakin dihafal dengan baik, cuba pejam mata dan baca tanpa lihat sifir sekurang-kurangnya 3 kali.
Jika sangkut, boleh tengok dan ulang-ulang baca sifir yang sangkut itu. Contohnya sangkut kat sifir 6×4. Maka hanya sifir 6×4 sahaja perlu diulang-ulang sampai ingat sebelum tutup mata/tutup buku dan cuba baca semula dari awal. - Tulis sifir besar-besar dan tampal pada tempat yang senang kita lihat.
Bawah alas meja bacaan atau tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Setiap kali sebelum buka peti sejuk, minta murid lihat sifir dan baca berulang-ulang kali. Benda yang selalu dibaca dan diulang-ulang, akan cepat ingat.
Tak perlu letak semua sifir sekali gus pada peti ais/ dinding atau bawah alas meja. Cukup satu atau dua sifir sahaja dulu. Sebaik dah benar-benar kuasai dan hafal baru tukar nota sifir seterusnya pula. - Terus buat latihan sebaik mula ingat sifir.
Contohnya dah hafal sifir empat, terus buat latih tubi soalan sifir empat sahaja.
Perbanyakkan soalan latih tubi ini. Hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan, InsyaAllah. - Cari pasangan/kawan untuk sama-sama hafal.
Bila hafal secara berpasangan atau berkumpulan, semangat dan motivasi untuk menghafal itu lebih tinggi.
- Buat jadual semak hafalan sifir.
Jadual semak hafalan sifir sangat bagus untuk memantau hafalan anak-anak/murid-murid. Setiap sifir mesti ada due date. Satu minggu mesti selesai satu sifir.
Jika mereka berjaya, tanda tangan. Jika mereka dapat hafal dan ingat awal dari dijadualkan, berilah ganjaran. Baru mereka seronok dan bertambah minat untuk belajar Matematik. - Sediakan rotan.
Tips ni tips kuno, tapi masih sangat berkesan sampai hari ini. Letak rotan kat sebelah, tunggu dia baca dan hafal. InsyaAllah, setengah jam saja mereka pasti ingat.
Sebenarnya Cikgu Fadli Salleh ada mengeluarkan Ebook Khas bagi membantu pelajar dapat menghafal sifir dengan cepat dan mudah. Ebook ini dikenali sebagai Sifirlicous.
Sebelum saya bercerita panjang tentang ebook ini mari sama-sama kita mengenali siapakah Cikgu Fadli Salleh. ?
Cikgu Fadli Salleh merupakan Guru Matematik sekolah rendah yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dan berpengalaman menjadi pengawas peperiksaan, menghadiri kursus penandaan kertas Matematik tahun 6, di anugerahkan sebagai Guru Inspirasi McDonald’s 2019.
Pada tahun 2018, beliau berjaya menaikkan peratusan lulus Matematik sekolahnya dari 34% kepada 77% pada tahun 2018.
Apa yang beliau buat, adalah beliau rakam video untuk murid-muridnya yang tidak memahami tunjuk ajar beliau di sekolah.
Dari situ, beliau mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah panduan menghafal sifir mengabungkan 3 elemen penting.
AUDIO, VISUAL, LATIHAN
3 elemen penting ini dapat membantu anak-anak mudah menghafal dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
Oleh hal demikian terhasilah Ebook Sifilicous !!
Sifirlicous adalah himpunan 9 tips dan teknik, 8 video pengajaran dan 1 BONUS kuasai sifir secara hafalan dan bina sifir.
Ebook ini dapat bantu memudahkan anak untuk mengusai sifir mengikut kemampuan mereka.
Anak-anak yang menguasai teknik-teknik dalam Ebook Sifirlicous pastinya dapat kuasai sifir.
Jika pun mereka tidak mampu menghafal dalam masa yang singkat, saya yakin mereka dapat kuasai teknik BINA SIFIR yang pasti membantu mereka dalam peperiksaan.
Berdasarkan silibus semasa KPM, murid seawal darjah 2 (8 tahun) wajib kuasai sifir. Maka ebook ini sesuai untuk murid darjah 2 hingga darjah 6.
Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkannya klik button di bawah !!
Dengan Sifirlicious, ia dapat membantu anak anda:
- Menguasai sifir.
- Membantu menghafal sifir dengan membina sifir.
- Menguasai operasi tambah dan congak
- Mengenali teknik-teknik lain dalam PENDARABAN seperti Teknik Lattice dan Box Method yang mana teknik ini diterima pakai dalam peperiksaan.
- Menukar mind set anak yang anggap Matematik itu sukar dan membosankan kepada menyeronokkan.