Bisnes

Teknik Jana Pendapatan Dari Rumah Musim PKP

Hari ini, sudah masuk fasa ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan!

Di dalam fasa 2 ini, ianya sedikit diperketatkan.

Kebanyakkan kedai kini, hanya dibenarkan dibuka dari pukul 6 pagi hingga 8 malam sahaja.
Sekatan jalan raya juga ditambah lebih banyak.

Diharapkan, anda terus berada dalam keadaan sihat & gembira bersama-sama keluarga di dalam rumah menempuh tempoh PKP ini!

Pihak kerajaan juga ada umumkan bantuan pakej prihatin sebelum ini dan ia diharapkan, dapat serba sedikit menenangkan kerisauan rakyat tentang masalah ekonomi keluarga yang mungkin berlaku akibat arahan PKP ini.

Walaupun pihak kerajaan sedia memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM1600 kepada setiap ketua keluarga… namun, ia bukanlah penyelesaian total. Ia hanyalah sekadar untuk memberikan sedikit ruang kelegaan dari segi kewangan dan juga masa.

Iyalah kan.. sewaktu PKP ni, banyak perkara yang perlu difikirkan..
Mana nak cari duit nak bayar hutang rumah?.. Hutang kereta?… Belanja makan lagi?

Bagi yang ada bisnes… nak kena fikir pasal bisnes lagi?Apa nak buat dengan stok barangan yang tidak dapat dijual?Mana nak cari duit bayar gaji pekerja dan sewa kedai?
Macam-macam nak kena fikir.. memang boleh jadi serabut!

Tapi bila kerajaan umumkan moratarium yang membolehkan semua hutang dengan pihak bank boleh ditangguhkan bayarannya selama 6 bulan.. maka, ianya memberikan sedikit kelegaan dan menghilangkan sedikit “keserabutan” di dalam kepala.

Apabila “serabut” dalam kepala sudah reda… maka, barulah fikiran kita jadi lebih tenang dan
rasional untuk memikirkan cara, “bagaimana untuk mencari pendapatan”..

Bagi yang buat bisnes… dah boleh mula fikir, apa strategi serta kaedah yang boleh digunakan untuk pertahankan atau rancakkan semula bisnes. Adakah mungkin perlu tukar strategi atau teknik jualan?
Atau mungkin perlu ubah produk serta bisnes model? Atau mungkin adakah perlu tutup bisnes atau kecilkan bisnes agar boleh beroperasi dari rumah sahaja? Atau sebagainya..

Bagi yang makan gaji pula.. sudah boleh mula fikir dan cari jalan yang boleh dilakukan jika  diberhentikan kerja atau buat plan untuk tambah pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah.

Walaupun kini kita berada dalam keadaan sukar dimana pergerakan kita menjadi terhad,
namun, percayalah, dalam setiap kesukaran, pasti akan ada peluang-peluang baik yang akan muncul!

Kita cuma perlu peka & tajamkan sedikit pemerhatian kita untuk mencari dan melihat peluang-peluang tersebut.

Contohnya.. seperti keratan akhbar dibawah!
Sejak PKP dilaksanakan, kita dapat lihat… aktiviti pembelian secara online meningkat berkali-kali ganda. Website-website pasaraya seperti website tesco online, mydin, jaya grocer yang sebelum ini sendu.. tiba-tiba penuh dengan tempahan hinggakan tiada lagi slot penghantaran yang boleh dibuat.

Apps khidmat penghantaran barang dapur seperti Happyfresh dan Mygrocer juga terpaksa keluarkan notis memberitahu slot penghantaran mereka sudah penuh dan terpaksa menutup order untuk tempoh beberapa hari kerana perlu selesaikan dahulu order-order yang diterima sebelum ini. 

Khidmat penghantaran makanan seperti food panda dan grab food juga mendapat permintaan yang sangat tinggi! Pihak food panda kini juga sedang giat merekrut lebih banyak budak-budak penghantar. 
Bagi anda yang mungkin ada anak-anak bujang yang kini terpaksa lepak duduk di rumah sahaja tanpa buat apa-apa, mungkin boleh sarankan mereka bekerja dan menjadi budak penghantar ini. Syaratnya mudah sahaja, hanya perlu ada phone dan juga motorsikal. Upahnya juga boleh tahan, sekitar RM10 sejam. Kalau kerja 8 jam sehari.. dalam masa 2 minggu dah boleh dapat seribu lebih… lebih banyak dari bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM800 untuk orang bujang.

Bagi yang ada kedai dan terpaksa tutup kedai waktu PKP ini. Inilah masanya untuk anda daftar dan buka kedai di Shopee serta Lazada.

Pihak lazada sendiri menyatakan, jualan online kini meningkat secara mendadak, bukan sahaja bagi barangan dapur, face mask atau hand sanitizier, tetapi barangan lain seperti makanan, barangan penjagaan diri serta aksesori komputer juga meningkat naik kerana ramai yang mahu naik taraf komputer mereka untuk memudahkan urusan bekerja dari rumah.
Ebook Bisnes Shopee

Bagaimana Jana 4 Angka Seminggu Berniaga di Shopee
Klik Di Sini

Ebook Bisnes Lazada

Panduan Lengkap Menjual Barang Di Lazada!
Klik Di Sini!
Sebenarnya.. banyak lagi peluang-peluang yang muncul sewaktu tempoh PKP ini.

Termasuklah rakan saya, yang sebelum ini ada membuat bisnes kuih dari rumah.
Sejak musim PKP ini, tiba-tiba permintaan roti meningkat hingga beliau tak cukup tangan untuk membuat roti, 24 jam duduk rumah, tak henti-henti membakar roti.

Rakan-rakan yang ada kedai jahit pula, walaupun tempahan baju raya untuk tahun ini berkurangan, tetapi, tempahan untuk membuat dan menjahit topeng muka meningkat secara mendadak.

Bagi yang suka melabur pula.. sejak wabak Covid-19 ini, banyak kaunter-kaunter saham yang merudum jatuh. Bagi yang bijak dan berkemampuan, inilah masanya untuk memborong saham-saham murah.

Ada juga, pada waktu-waktu PKP ini, mereka ambil peluang untuk kemas dan buat dekorasi rumah.
Ada juga yang ambil kesempatan ini, untuk mula menghafal beberapa surah al-quran serta menyemak dan memperbaiki amalan solat mereka.

Memang ada macam-macam perkara positif yang boleh kita lakukan sepanjang tempoh PKP ini. Inilah masanya untuk kita bertenang sebentar dan lakukan perkara-perkara yang ingin kita lakukan, yang mana, sebelum ini.. tidak dapat kita lakukan kerana terlalu sibuk bekerja.
Show More
Back to top button