Bisnes

Panduan Email Marketing

Perhatian kepada para usahawan dan peniaga yang dah pening dengan kos marketing yang tak masuk akal..!!

MARI SAYA TUNJUKKAN ANDA CARA SETUP EMAIL MARKETING DENGAN KOS SERENDAH $1 SETAHUN! 

Salam hormat sahabat-sahabat usahawan sekalian,  

Email marketing adalah merupakan satu alat pemasaran yang agak lama, namun masih tetap berkuasa!
Perkara ini, adalah fakta dan tidak dapat disangkal, menurut kajian yang dilakukan oleh pihak DMA (Data and Marketing Association), pemasaran email adalah merupakan teknik pemasaran yang paling tinggi memberikan pulangan berbanding teknik-teknik pemasaran yang lain!

Jadi, tidak hairanlah, mengapa syarikat-syarikat besar, masih lagi terus menggunakan pemasaran email sebagai satu alat dan strategi pemasaran mereka!

Kerana.. fakta ringkasnya! Ia sangat berkesan & menguntungkan! (It works & profitable!)

Adakah Email Marketing Sama Seperti SPAM?

Email-email SPAM mungkin kelihatan sama dengan email marketing tetapi hakikatnya ianya sangat berbeza. Aktiviti SPAM ini adalah sangat tidak beretika kerana anda menghantar email promosi secara rawak kepada orang ramai tanpa mendapat keizinan daripada tuan empunya email tersebut.  

Ini bermaksud anda telah mencerobohi privasi mereka dan ianya salah di sisi undang-undang!  

Berbeza dengan SPAM, email marketing pula digelar sebagai “permission marketing”, di mana kita hanya boleh menghantar email kepada mereka yang memasukkan email mereka sendiri untuk mendapatkan apa yang kita tawarkan secara percuma di website ataupun blog kita.  

Mereka dapat apa yang mereka mahukan dan anda juga mendapatkan email mereka secara sah. Bukankah ianya WIN-WIN SITUATION?

5 Sebab Email Marketing Kekal Relevan Untuk Hari Ini!

Pada hari ini boleh dikatakan setiap orang mempunyai email sendiri sama ada untuk kegunaan peribadi ataupun untuk kegunaan kerja. Email merupakan keperluan penting dalam kehidupan hari ini terutamanya untuk pengguna telefon pintar.  

Malahan untuk mendaftarkan akaun-akaun media sosial, website-website jual beli dan aplikasi-aplikasi mobile juga memerlukan email. Jadi email adalah satu keperluan yang penting untuk setiap orang.  

Mengikut kajian, hampir 78% daripada aktiviti harian pengguna telefon pintar adalah menyemak email mereka. Inilah aktiviti utama para pengguna telefon pintar pada hari ini selain melayari internet.  

Berikut 5 sebab lain mengapa email marketing masih kekal relevan dan efektif untuk perniagaan anda pada tahun 2021 ini :-

[#1] Ia Tidak Ganggu Privasi Pemilik Email

Bagi pengguna, jika mereka mahu membaca mengenai promosi, info terkini tentang produk dan promosi serta mendapatkan maklumbalas daripada peniaga, mereka lebih cenderung dan selesa berkomunikasi secara email berbanding mesej-mesej secara terus ke telefon mereka.

Jika anda promosi melalui Whatsapp contohnya, pengguna telefon akan merasa sangat menjengkelkan bila bangun pagi-pagi dapat mesej promosi yang penuh dengan gambar kerana bagi mereka Whatsapp hanya keluarga dan urusan penting sahaja.

[#2] Boleh Di Automasikan

Setiap email follow-up kepada subscriber dan email broadcast yang anda mahu hantar kepada para subscriber mahupun pelanggan anda boleh di setup secara automatik mengikut tarikh dan waktu yang dimahukan. Setiap email dihantar megikut waktu yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, anda mahu para subscriber baru anda menerima 5 email berkenaan promosi atau produk anda, agak memenatkan jika terpaksa menaip 5 kali apabila mahu broadcast. Anda boleh setup terus pada sistem tersebut siap-siap dan tetapkan masa untuk setiap email sama ada 2 hari selepas email pertama dan sebagainya. Mereka akan menerimanya secara automatik!

[#3] Memudahkan Pengurusan Database Bisnes

Dalam sistem perkhidmatan email marketing, anda boleh mengasingkan list-list anda dengan mudah tanpa perlu membuka sebarang spreadsheet untuk mengasingkannya. Anda juga tak perlukan sebarang kepakaran khas untuk menguruskannya.

Ini bermakna anda boleh create beberapa kategori list khas untuk para pembeli dan juga untuk para subscriber produk percuma anda. Ini memudahkan anda untuk menghantar email yang tepat kepada orang yang betul.

[#4] Kosnya Sangat Menjimatkan

Ya, kos pemasaran email masih lagi mampu milik berbanding pemasaran melalui Facebook dan sebagainya kerana dengan email marketing ini, anda boleh menjual berkali-kali pada orang sama tanpa sebarang kos tambahan.

Ianya jauh lebih mudah dan jimat menjual produk atau servis kepada para subscriber mahupun pelanggan sedia ada melalui email marketing. Ini kerana mereka sudahpun mengenali anda dan mengenali anda melalui email-email anda hantarkan. Maka tak perlu lagi keluar duit lagi untuk membayar kos pengiklanan lain.    

[#5] Database Subscriber & Pelanggan Milik Anda Sepenuhnya

Jika anda perasan, jumlah peminat FANPAGE anda walaupun semakin meningkat, reach setiap post yang anda hasilkan berkenaan dengan promosi atau berita terkini produk anda kadangkala tidak mencapai 5% pun yang membacanya. Ini kerana terdapat banyak alogrithm yang sentiasa berubah ditambah dengan button UNFOLLOW.

Email marketing pula tiada fungsi button MUTE mahupun UNFOLLOW jika mereka berasa annoying dengan promosi anda. Mereka hanya boleh UNSUBSCRIBE sahaja tetapi ianya tiada masalah kerana yang unsusbcribe itu maknanya bukanlah target market anda. Database yang anda kumpul ini boleh digunakan berkali-kali kerana ianya milik anda sepenuhnya.

Jadi bukankah Email Marketing ini sangat relevan dan terbukti berkesan walaupun kita berada para era kereta terbang? πŸ˜‰

Tetapi Email Marketing BUKANLAH Untuk Semua Orang..

Ya, pemasaran email pada hari ini bukanlah untuk semua orang terutamanya pada musim COVID-19 ini!  

Jika anda melihat peniaga yang gunakan email marketing pada hari ini, anda sememangnya sedang melihat peniaga yang berpoket tebal. Ini kerana kos bulanan untuk terus subscribe platform email marketing ini agak tinggi! Kosnya menjadi semakin tinggi jika bilangan subscriber bertambah banyak!

Malah, laporan dari pihak DMA juga mengesahkan perkara ini! Dimana, dari kajian yang dilakukan, sebanyak 42% responden mengatakan, cabaran yang paling besar untuk menjalankan kempen pemasaran email, adalah disebabkan “bajet yang terhad”

Jika dahulu terutamanya pada 2005 hingga 2008, dengan $19 sebulan anda sudah boleh melanggan perkhimatan email marketing seperti MailChimp, Aweber, Getresponse, Constant Contact, SendInBlue, Drip dan banyak lagi … dan menghantar email kepada para subscriber anda tanpa perlu fikir berapa pun jumlah subscriber anda ,kerana waktu itu, kebanyakkan pembekal platform email marketing memberikan pakej penghantaran email UNLIMITED.  

Tetapi, pada hari ini, untuk maintain 10,000 subscriber, kos yang diperlukan mencecah $80 sehingga lebih $100 sebulan!

Bisnes-bisnes besar serta otai-otai pemasaran internet sanggup mambayar kos bulanan yang sangat tinggi ini kerana mereka mempunyai database yang benar-benar menguntungkan mereka.

Dengan menggunakan “senjata” email marketing ini, mereka bukan sahaja dapat menarik pembeli baru, tetapi mereka juga mampu membuatkan pelanggan sedia ada , membeli berulang-ulang kali dengan mudah tanpa mengeluarkan sebarang tambahan kos.  

Itu cerita mereka yang mempunyai modal “besaaaaarrr”..  

Untuk kita yang masih mahu baru bertatih ini, pastinya modal yang kita ada agak terhad. Kita sangat perlukan modal tersebut untuk perkara lain juga untuk kelangsungan bisnes kita.  

Jadi apakah pilihan yang kita ada dengan modal yang terhad ini?

SOLUSI BIASA!
Guna Akaun PERCUMA!  

Ya, walaupun penyedia platform email marketing berlumba-lumba menawarkan harga yang tinggi bersama ciri-ciri yang mantap, mereka juga masih tetap menyediakan kemudahan akaun percuma untuk pengguna yang mahu mencuba platform mereka.  

Jika anda baru nak belajar email marketing, anda boleh cuba untuk buka akaun percuma di platform email marketing seperti di MailChimp dan pelajari bagaimana caranya menggunakan platform tersebut untuk pemasaran email anda.   Tetapi macam biasa, apabila ianya PERCUMA, maka, ia akan disertakan dengan beberapa kekurangan..:  

#1 – Sangat TERHAD – Anda hanya boleh hantar email kepada jumlah subscriber yang sedikit. Sebagai contoh akaun MailChimp yang percuma, hanya membenarkan anda menghantar email kepada 2000 subscriber sahaja, dan ia terhad kepada 10,000 email sahaja setiap bulan.  

#2 – Nampak tidak profesional – Setiap email yang dihantar pula, akan mempunyai link atau branding platform tersebut.  

#3 – Deliverity rate yang agak rendah – Email yang dihantar berisiko masuk ke SPAM Box subscriber anda walaupun telah di”whitelist”  

Ada juga yang menggunakan pilihan lain membayar penyedia perkhidmatan berkos rendah tetapi sama macam point #3, delivery rate yang agak rendah membuatkan email kita tidak dapat dibaca oleh para subscriber.  

Jadi, apa lagi pilihan yang kita ada?

SOLUSI LUAR BIASA!!
Guna Amazon SES!  

Amazon Simple Email Service (Amazon SES) merupakan platform berskala tinggi yang digunakan untuk menghantar dan menerima email dengan lebih jimat tanpa melibatkan sebarang kos bulanan dan kos tambahan (kerana ia berkonsepkan β€œpay per use” mengikut jumlah email yang dihantar).  

Ya, ianya berbunyi agak teknikal, tetapi ia banyak digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk menghantar email kepada para pengguna dan pelanggan mereka berkali-kali tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan soal kos.

Amazon SES merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Amazon.com melalui Amazon Web Service (AWS). Jadi ianya sangat dipercayai dan merupakan solusi terbaik bagi anda untuk membina platform email marketing anda sendiri, kerana ia tiada sebarang kos pendaftaran, kontrak mahupun pembayaran minimum.  

Kos yang dikenakan oleh Amazon SES sangat menjimatkan dan bergantung kepada jumlah email yang dihantar dan bukannya tertakluk kepada jumlah subscriber yang anda ada!

Ini bermakna jika anda menghantar 100,000 email setiap bulan, anda hanya perlu membayar $10.00. Bukankah ia sangat berbaloi?  

Jumlah 100,000 email ini bermakna anda boleh hantar 5 email sebulan kepada 20,000 subscriber anda, semuanya mengikut cara penggunaan anda.  
(100,000 email ini termasuk sekali dengan email link confirmation yang subscriber terima setelah mereka masukkan email)    

Ada 3 Cara Terbaik Untuk Anda Menggunakan Amazon SES ini:  

#1 – Integrasikan Amazon SES dengan sistem atau apps anda. (Ianya agak teknikal)  

#2 – Subscribe platform online yang dibina khas untuk Amazon SES seperti EmailOctopus, MoonMail, Pepo Campaigns dan EasySendy. (Anda perlu membayar yuran bulanan jika ingin menghantar lebih dari had akaun percuma)

#3 – Membeli script khas yang dibina untuk Email Marketing menggunakan Amazon SES atau lain-lain SMTP seperti Sendy.co. (Anda perlu membayar $59 untuk membelinya dan membayar kos hosting sendiri setiap bulan) 

Ketiga-tiga cara diatas memerlukan anda mengeluarkan modal untuk menggunakan Amazon SES… ditambah dengan kos-kos tambahan seperti kos hosting, script serta yuran subscribe platform khas tersebut.. Tapi anda tak perlu rungsing langsung mengenainya..

Ini kerana saya akan tunjukkan SATU LAGI PILIHAN terjimat untuk anda menggunakan Amazon SES … TANPA perlu keluarkan sebarang kos tambahan – Anda hanya perlu membayar $1.00 SAHAJA setahun untuk tahun yang pertama!  

Inilah pilihan yang benar-benar anda perlukan pada masa ini…

Macam mana nak buat tu?

MEMPERKENALKAN..

E-book Panduan Email Bajet

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Pertama kalinya di Malaysia, kemunculan sebuah ebook khas yang membongkarkan cara bagaimana anda mampu membina Sistem Pemasaran Email sendiri tanpa perlu membayar sebarang yuran bulanan selama setahun.  

Ini bermakna anda kini sudah mampu untuk menjalankan pemasaran email tanpa sebarang kerungsingan terhadap kos yang tinggi pada tahun pertama. Ia juga bermaksud anda boleh mulakan operasi email marketing anda tanpa perlu membocorkan poket anda.

E-book yang berformat PDF ini mengandungi hampir 500 mukasurat dipenuhi dengan gambar-gambar screenshot yang jelas untuk memudahkan urusan anda bertindak segera mengikut langkah-langkah yang diajarkan.  

E-book ini disusun langkah demi langkah hasil daripada pengalaman penulis ebook sendiri yang selalu melakukan eksperimen bagi membina sebuah sistem email yang ringkas, mudah dan menijmatkan kos.

Siapa Penulis Ebook Ini?

Oh! Terlupa pula saya untuk memperkenalkan diri saya….

Nama saya Faisal Isa – penulis ebook Tutorial Email Bajet ini. Saya mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan internet dan menjadi freelance copywriter sejak tahun 2006 lagi. Saya juga pernah menulis sebuah ebook lama bertajuk “Panduan Salesletter Membunuh” suatu masa dahulu.  

E-book Email Bajet ini merupakan perkongsian pengalaman saya sendiri dalam mencari cara terbaik untuk memulakan pemasaran internet terutamanya email marketing dengan kos yang rendah kerana kekurangan modal. Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi cara mudah memulakan pemasaran email dengan kos paling minimum iaitu serendah $1 setahun bersama anda.  

Apa Yang Dibongkarkan Dalam E-book Email Bajet Ini?

5 langkah PENTING yang dibongkarkan dalam e-book ini ialah:  

Dan setelah selesai 5 langkah penting ini, anda sudah boleh menjalankan aktiviti email marketing anda dengan lancar tanpa sebarang masalah!

Apa Yang Boleh Anda Buat Dengan Sistem Email Marketing Bajet Ini?

Dengan membayar hanya $1.00 untuk pengesahan, anda mampu membina sebuah Sistem Email Marketing yang simple tetapi sangat berfungsi untuk menjalankan kempen pemasaran email anda tanpa sebarang masalah.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang website, anda boleh mula membina sebuah landing page khas untuk menarik para subscriber baru. Seterusnya anda boleh copy & paste code borang Opt-In dari sistem email bajet tadi ke landing page anda dan boleh terus mula promosikannya.

Jika anda sudah mempunyai blog ataupun website, anda hanya perlu masukkan code borang Opt-In dari Sistem Email Bajet tersebut terus ke blog mahupun website anda. Nak lagi menarik, masukkannya dalam popup khas yang dibuka setiap kali pengguna internet datang ke blog ataupun website anda.

Inilah proses untuk anda mendapatkan semua database secara SAH. Dan anda boleh gunakannya untuk menghantar..

Dan banyak lagi idea jenis-jenis email marketing yang boleh anda hantarkan kepada para subscriber mahupun pelanggan anda dengan Sistem Email Bajet ini. Potensinya sangat luas mengikut idea kreatif anda sendiri! πŸ˜‰

Sistem Email Marketing Bajet ini selamat digunakan SELAGI anda tidak melakukan SPAM secara membuta-tuli kepada para pengguna email lain tanpa kebenaran mereka. Jika SPAM RATES & BOUNCE RATES anda tinggi, akaun Amazon SES anda akan dibekukan serta merta. Jadi jauhilah SPAM & lakukan pemasaran email yang penuh beretika, nescaya semuanya tiada masalah.

 Anda Akan JIMAT BESAR Dengan Email Bajet Ini!

TUJUAN UTAMA perkongsian ilmu Email Bajet ini adalah untuk menjimatkan beratus-ratus malahan beribu-ribu modal bisnes anda pada tahun pertama memulakan aktiviti email marketing ini. Inilah penyebab UTAMA panduan ini dihasilkan.

Sekiranya anda berhasrat untuk mempunyai 10,000 subscriber di dalam database mailing list anda pada tahun ini….  mari saya tunjukkan anda beberapa pilihan serta kos yang perlu anda tanggung!

Pilihan A – Subscribe Servis MailChimp
Jika anda subscribe di MailChimp, anda perlu membayar $78.00 ke atas setiap bulan untuk pakej Essentials. Iaitu sekitar RM3800 setahun.

Pilihan B – Subscribe Servis EmailOctopus
Jika anda subscribe platform yang berasaskan Amazon SES contohnya seperti di EmailOctopus, anda perlu membayar $30.00 sebulan kepada pihak Email Octopus + jumlah email yang dihantar untuk setiap 1000 email kepada pihak Amazon. Iaitu sekitar RM1400 setahun.

Pilihan C – Setup Ikut Panduan Email Bajet
Jika anda membangunkan Sistem Email Marketing yang diajar dalam Email Bajet ini – yang menggunakan Amazon SES dan Amazon EC2, anda tidak perlu membayar apa-apa selagi tidak melebihi limit 62,000 email setiap bulan. (Jika terlebih, hanya $0.10 dicaj untuk setiap 1,000 email tambahan yang dihantar) . Sekitar RM4 setahun!

Jadi, sistem Email Marketing yang dibangunkan berasaskan tutorial Email Bajet ini, akan  mampu menjimatkan modal poket anda setiap bulan , kerana anda hanya perlu belanjakan hanya $1.00 untuk tahun pertama!  

Bukankah ianya terasa seperti satu KEMENANGAN yang BESAR?

Inilah Pelaburan TERBAIK Anda Untuk Tahun Ini!

Anda boleh cuba membina sebuah sistem email marketing sendiri dengan cara membuat kajian sendiri dan mencuba sendiri, ia akan memerlukan kajian yang mendalam, mencari script yang betul, hosting yang sesuai, cara setting yang betul dan sebagainya…. perkara-perkara ini akan  mengambil masa yang lama serta kos yang agak banyak – padahal anda baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam memulakan pemasaran email.

Saya sendiri telah mengambil masa berbulan-bulan membuat kajian untuk mencari skrip dan kaedah yang betul, cara-cara untuk setup platform email marketing ini.

Jadi, anda tidak perlu lagi habiskan masa berbulan-bulan sepertimana yang pernah saya lakukan.

Menerusi ebook EMail bajet ini… Saya tunjukkan kepada anda jalan pintas, “Bagaimana Untuk Setup Platform Email Marketing Sendiri”. Anda tidak perlu lagi membuang masa mencari script apakah yang perlu digunakan, mencari-cari cara setup yang betul di Amazon SES dan sebagainya. Masa dan wang anda akan dapat dijimatkan!

Anda hanya perlu dapatkan ebook ini dan follow sahaja panduan yang terdapat di dalam Email Bajet ini, dan insyallah, dalam masa sekitar 1 jam, anda sudah boleh menyiapkan platform email marketing anda sendiri dan sudah boleh gunakan ia untuk kempen pemasaran email anda!

Bukankah itu lebih bijak?

Jadi…. berapakah yang sanggup anda bayar untuk menJIMATkan MASA anda? dan juga menJIMATkan beRIBU-RIBU WANG  anda untuk menggunakan “SENJATA”  email marketing ini?

Baiklah!!…

Tanpa membuang masa, saya tawarkan Ebook Panduan Email Bajet ini….. Dengan Harga….

RM60 sahaja!

Ya! Hanya RM60 sahaja untuk membolehkan anda setup platform email marketing anda sendiri dan mulakan kempen pemasaran email anda dengan segera! Ianya 60X ganda lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kos bayaran bulanan yang terpaksa anda keluarkan apabila melanggan mana-mana platform email marketing.

Untuk mendapatkan ebook panduan “Email Bajet” ini, anda boleh klik pada butang “Dapatkan Segera” di bawah!!

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Nanti..! Ada Bonus Istimewa Untuk Anda!

Jika anda mendapatkan ebook ini hari ini, saya akan tawarkan 3 bonus istimewa kepada anda!

BONUS #1 – CHECKLIST EMAIL BAJET

Checklist ini akan memudahkan anda membuat semakan bagi setiap langkah yang perlu anda lakukan sewaktu membuat setup sistem email marketing. Apa yang perlu anda lakukan ialah, ikuti langkah yang ditunjukkan di dalam ebook secara bab demi bab.. kemudian, tick setiap checklist yang telah siap anda lakukan.

BONUS #2 – CASE STUDY – PANDUAN BINA MAILING LIST

Setelah anda siap setup platform email marketing anda… langkah seterusnya, adalah mulakan kempen dan bina database mailing list anda. Jadi, di dalam ebook ini, saya tunjukkan satu case study, bagaimana untuk mengumpul dan membina database mailing list anda secara langkah demi langkah!

BONUS #3 – TOOLS & TEMPLATE

Sewaktu anda setup platform email marketing, ada beberapa plugin, script, code & template yang perlu anda gunakan. Jadi, untuk memudahkan anda, saya bekalkan semua bahan-bahan itu di dalam satu fail zip. Anda boleh dowload dan kemudian gunakan ia seperti mana yang ditunjukkan di dalam ebook Email Bajet.

BONUS #4 – FB GROUP SUPPORT!

Ya! Tidak cukup dengan 3 Bonus yang power diatas! Saya juga turut menyediakan sebuah Facebook Group khas untuk anda yang mendapatkan ebook ini pada hari ini!

Dalam group ini, anda boleh bertanya soalan jika anda ada sebarang perkara yang mungkin anda kurang jelas setelah membaca ebook Email Bajet ini!.

Di dalam group ini juga anda boleh saling mengenali pembaca-pembaca ebook yang lain dan berkongsi info dan tips yang terkini! Jadi,anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan ditinggalkan terkapai-kapai berseorangan setelah anda mendapatkan ebook ini!

Ianya Pekaj Lengkap!
Klik Butang Dibawah Sekarang!

Baiklah! Tanpa melengahkan masa lagi! Anda boleh klikΒ  gambar ebook dibawah untuk mendapatkan pakej lengkap ebook ini!

Show More
Back to top button