Hukum Main Bitcoin
Halal atau haram main bitcoin ni ?????
Baru-baru ni kecoh tentang isu halal atau haram berkaitan pelaburan bitcoin atau umumnya dikenali mata wang kripto
Ayuh sama-sama kita bongkarkan kebenaran berkaitan bitcoin ni
Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan mata wang bitcoins merupakan aset digital dan diharuskan untuk melabur.
Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar menyatakan bahan bitcoins adalah patuh syariah
Melabur dalam Bitcoin adalah harus dan keuntungan yang diperolehi hasil pelaburan perlu membayar zakat.
Beliau juga tidak setuju bahawa bitcoin mempunyai elemen gharar (meragukan) kerana mempunyai nilai yang tidak stabil Bagi beliau jual beli emas juga sama mempunyai nilai yang tidak stabil. Namun masih dibenarkan.
Konsep ini sama dengan bitcoin kerana risiko sentiasa ada bagi kedua-dua pelaburan ini.
CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman pernah menguji sendiri dalam pelaburan Bitcoin.
Menurut beliau tidak mempunyai unsur gharar di sebalik penghasilan dan penciptaan bitcoins.
Namun keraguan ini muncul di peringkat transaksi jual beli bitcoins kerana kita tidak dapat memastikan tiada unsur penipuan atau penyelewengan semasa proses ini dijalankan.
Kini terdapat 3 platform bitcoins yang diluluskan oleh Suruhanjaya sekuriti Malaysia. Menunjukkan ketiga-tiga platform ini tidak menjalankan unsur transaksi meragukan iaitu
- Luno
- Tokenize
- Sinegy
Anda ingin menceburi dalam bidang pelaburan bitcoins klik button di bawah !!
Kedua-dua platfrom ini hanyalah berbeza syarikat penyedia perkhidmatan sahaja.