Bisnes

Himpunan Buku Khairul Hakimin Muhammad

MENGAPA BUKU BROWNIES PALING AGUNG WAJIB DIMILIKI!

– Brownies digemari ramai oleh seluruh masyarakat tidak mengira usia dan bangsa. 

– Brownies kini menjadi semakin popular. Selain menjadi hidangan sampingan keluarga, ia turut menjadi hadiah hari jadi, hantaran pertunangan, cenderahati perkahwinan dan sebagainya.

– Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain.

– Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut turutan.

– Pembuatan brownies kini telah menjadi trend bisnes untuk dikomersilkan sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Selain dijual di kedai, brownies juga menjadi pilihan sebagai cenderahati tetamu dalam banyak majlis keramaian. 

– Selain perkongsian resipi buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Pengenalan kepada jenis-jenis coklat, kekacang, tepung dan sebagainya. Terdapat juga petua yang dikongsikan.

– Harga tidak mahal. Mampu milik.

– Buku ini sebagai rujukan.

– Gambar-gambar terang dengan penerangan pembuatan yang jelas.

KEK KAMPUNG PALING AGUNG

Kek ala-ala kampung yang tak dihiasi krim kalau dimakan memang enak sekali. Mak-mak kita selalunya akan buat apabila tiba musim perayaan. Dibakar dan dikukus mengikut cara lama mengimbau nostalgia zaman kita kanak-kanak.

Hati rasa teruja apabila hasilnya sangat unik. sehingga kini, kek kampung masih menjadi rebutan oleh pengikut dan penggemar kek. Buku menampilkan 40 jenis kek kampung yang direka dengan pelbagai bentuk dan rasa.

RESEPI VIRAL PALING AGUNG

Berita terkini lagi sensasi, buku resipi terbaru KHM sudah pun keluar. Ianya adalah resipi viral yang pernah beliau up suatu masa dulu. Kini dibukukan okeh.

ResipiViralPalingAgung terbitan Alaf21, Karangkraf. Alhamdulillah. Buku resipi ke-3, macam tak percaya ja kan?

YA TUHAN, INI AMAT MENYAKITKAN

Ianya sebuah perjalanan ke kem-kem pelarian di Bumi Syria dan Turki. Antara yang menarik di dalam naskhah ini ialah kalian akan dapat faham bagaimana kehidupan mereka yang lari dari kemusnahan dan kehancuran yang datang ke kampung-kampung mereka.

Lebih dari itu, ada juga kisah kami menghantar bantuan dari sebuah kem ke kem-kem yang lain.

BINTANG AL-NILAM DI LANGIT MENTAKAB

Leman menunjukkan sebaris tiga bintang yang elok tersusun di langit malam.Langit pekat malam yang dihiasi dengan bintik-bintik cahaya bintang dan seketul bentuk bulat bulan ditambah dengan bias-bias cahaya di sekelilingnya. Indah. Ada juga yang berkuning-kuning bercahaya berterabur. Dengan sipi-sipi awan litup yang membuah kepul-kepul bayang bulan, alam yang hitam pekat menimbulkan makhluk Tuhan yang ini untuk dilihat dari bumi.

“Itulah bintang tiga serangkai,” kata ayah Leman.

EMAK RINDU MATHANGA ERISSERY

Pemergian ke India ini saya bekalkan hanya sedikit sahaja pesanan orang itu pesanan orang ini. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki ke sana. Dunia yang kalian kerap sebut sebagai bumi kotor yang penuh dengan manusia jijik dan kawasan yang tidak sihat untuk didiami. Saya banyak angguk sahaja daripada melayan bersembang.

Sesampainya di Kochi, kami disambut dengan wangian entah apa. Rasa segar dan bertenaga. Sungguhpun sudah lewat malam, tidak pula kami jumpa perkara-perkara yang menjadi nasihat dan pesanan semasa di Malaysia.

Dari Kochi ke Kondungalor, kemudian ke Munnar, kemudian Munnar ke Alleppey, dan akhirnya kembali ke Kochi. Perjalanan ini penuh perkara yang indah-indah. Kadang-kadang terbayang kisah-kisah lama Sangam, Bobby serta Dilwale Dulhania Le Jayenge, yang mana mereka banyak sekali menyediakan adegan manis di beberapa pelusuk India. Sungguhpun tidaklah sama, tetapi India tetap India, penuh drama suka duka.

Sungguhnya naskah jujur untuk emak. Untuk insan yang dari saya berusia tujuh lapan tahun menyebut-nyebut untuk kembali ke tanah ini, untuk melihat kampung sendiri dan merindui keenakan masakan keluarga.

Yang merasa manisnya punya keluarga bahagia. Kemudian diterima masuk ke dalam keluarga besar yang cukup penuh dengan masam manis berbeda-beda. Sungguhpun semuanya sudah pun bertukar, lidah dan rindu tetap punya kenangan yang memanggil-manggil.

Wahai emak, Tuhan menghantar anak yang ini untuk menemu janji indah. Sungguhnya ia merupakan kenangan paling manis di dunia.

Untuk emak yang disayangi, Aini Binti Abdullah.

Berminat Untuk Dapatkan Buku Ini. Klik Button Di Bawah

Show More
Back to top button