Cara Menguruskan Masa Dengan Baik
“Bagaimana Nak Jimat Masa, Tingkatkan Prestasi dan Hidup Lebih Tenang
Dalam Masa Yang Sama?
Mari saya tunjukkan…”
Susah ke Caranya Nak Urus Masa? …
Senang je kalau ada ilmu. Tidak kira anda seorang pekerja, surirumah, pelajar atau orang bisnes, teknik-teknik yang akan dikongsi nanti memang simple, sesuai dan praktikal.
Malah, kehidupan anda akan berubah dalam masa 24 jam selepas mengamalkan secara istiqomah apa yang bakal saya kongsikan nanti.
Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu… Nama saya Zuhairi Mohd Nopiah. Nama pena saya ialah Zuhairi Nopiah.
Saya biasa guna nama pena ini sebab saya penulis buku.. Dan ianya lebih ringkas. Boleh kan?
Pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan. Ia boleh membawa kejayaan kepada mereka yang sedar kepentingannya mahupun kejatuhan kepada mereka yang alpa dan lalai.
Saya nak kongsikan beberapa peristiwa yang mengabaikan pengurusan masa.
Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana seorang ayah hilang mata pencarian kerana gagal mengurus masa dengan baik.
Si ayah biasanya tidur pukul 2-3 pagi sebab main game. Esoknya bangun lewat. Tak sempat solat Subuh dan terus pergi kerja. Di pejabat selalu mengantuk sebab tak cukup tidur. Sampai ada sekali tu tertidur masa drive. Nasib baik tak accident.
Rupa-rupanya bila tak jaga waktu tidur, kesihatan boleh terjejas teruk. Dia didapati mengidap kencing manis kritikal dan akhirnya terpaksa berhenti kerja kerana isu kesihatan yang dihadapi.
Seorang isteri hampir diceraikan oleh suaminya kerana malas berkemas dan gagal mengurus masa dengan baik. Suaminya tak suka rumah bersepah. Isterinya pula suka bangun lewat. Biasanya bangun pukul 12 tengahari kalau hari cuti. Kalau hari biasa, dia akan siapkan anak ke sekolah kemudian tidur balik lepas Subuh. Pukul 1 baru bangun tidur.
Akhirnya rumah bersepah macam sarang tikus. Selalu dimarahi dan bergaduh kerana suami tak puas hati rumah bersepah bila balik kerja. Kemuncaknya, mereka hampir bercerai. Tapi tak jadi berpisah memikirkan anak-anak. Namun sampai sekarang rumahtangga sentiasa bergolak. Masing masing memendam rasa dan tidak bahagia.
Itu dua peristiwa yang biasa saya dengar bila tidak pandai menguruskan masa dengan betul.
Saya pun pernah menghadapi situasi tidak menguruskan masa dengan betul. Malah baru sahaja menghadapinya. Masa mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dulu, kebanyakan masa kita banyak habis di rumah.
Mula-mula seronok juga, sebab dapat berehat dan tak perlu fikir pasal kerja. Namun lama-kelamaan timbul rasa bosan dan tak happy.
Yalah, duduk saja di rumah. Nak main badminton dengan kawan-kawan pun tak boleh. Sampai badan-badan rasa lesu dan sakit kepala.
Yang paling tak best ialah rasa tak puas hati dengan diri sendiri sebab tak capai apa-apa. Rasa hidup tu tak bermakna. Semua ini berlaku kerana kita tak urus masa dengan baik.
Siapa Saya Untuk Berkongsi Dengan Anda Ilmu Pengurusan Masa Ini?
Saya penulis beberapa buah buku. Buku pertama saya ialah Buku “Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan”. Buku ini ditulis bersama dengan Tuan Amin Idris, pengacara TV Al-Hijrah dan diterbitkan oleh PTS Profesional. Ia diulang cetak lebih daripada 5 kali.
Ebook pertama saya pula bertajuk “Indahnya Limpahan Rezeki”. Manakala buku fizikal saya yang lain ialah “Jurnal Inspirasi Syukur” dan buku Bestseller “PERCAYA SEBELUM BERJAYA”.
Dalam masa yang sama, saya juga seorang Master Trainer yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat.
Sebagai bekas pensyarah dan Certified NLP Practitioner yang diiktiraf oleh NFNLP, U.S.A, saya mempunyai pengalaman mengajar lebih 20 tahun di dalam dan di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Mesir, Indonesia dan Brunei. Antara modul syarikat dan Consultant kami ialah “Pengurusan Masa Berkualiti untuk Sektor Korporat”.
Saya juga merupakan tetamu jemputan TV Al-Hijrah (TVAH), Radio IKIM.fm, Radio Malaysia. Dan saya rasa sangat rugi jika pengalaman-pengalaman ini tidak dikongsi bersama Tuan Puan yang dihormati.
Kenapa Kita ‘Wajib’ Urus Masa?..
Masa banyak menentukan kejayaan dan kebahagiaan kita.
Bila kita gagal rancang masa kita, kita sebenarnya sedang ‘merancang’ kegagalan kita!
Masa merupakan sumber yang sangat terhad.
Apalah gunanya banyak duit tapi sentiasa ‘tak cukup masa’. Apatah lagi jika kita ni selalu tak cukup duit!
Masa yang diurus dengan baik meningkatkan kebarangkalian untuk kita capai impian-impian kita.
Mencapai impian yang betul dalam hidup membuatkan hidup kita lebih tenang dan bermakna, insyaAllah.
Masa yang diurus dengan baik mampu memperbaiki hubungan kita dengan Tuhan.
Sedih hidup ni jika makin lama hidup makin jauh dengan Tuhan kan?
Masa merupakan antara pelaburan yang paling berbaloi.
Malah ia diiktiraf antara pelaburan terbaik oleh orang-orang berjaya dan jutawan di luar sana.
Jadi… Macam Mana Nak Jimat Masa, Hidup Lebih Tenang dan Tingkatkan Prestasi dalam Masa Yang Sama?..
Semestinya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran Tuan Puan sekarang. Antara soalan yang mungkin bermain dalam fikiran anda…
- Macam mana nak jimat masa dengan mudah?
- Bagaimana nak tingkatkan prestasi dalam masa yang sama?
- Bagaimana nak kekal bersemangat sepanjang hari?
- Bagaimana nak urus keutamaan kerja?
- Apa beza antara URGENT and IMPORTANT?
- Kenapa nak kena bezakan antara URGENT and IMPORTANT?
- Bagaimana nak elakkan kerja kita jadi ‘last minute’?
- Bagaimana nak jimatkan 50% daripada masa kita?
- Bagaimana nak buat ‘To Do List’ dengan betul?
- Berkata “Tidak” ni penting kalau nak jimat masa. Tapi bagaimana nak kata “Tidak” tanpa mengguris perasaan orang lain ya?
- Bagaimana nak berkata “Tidak” kepada boss?
- Apa pentingnya ‘Tidur awal dan Bangun awal’?
- Bagaimana nak ‘Tidur awal dan Bangun awal’?
- Kenapa kena elak tidur lepas Subuh?
- Bagaimana nak elak terlajak tidur?
- Apa kaitan jaga solat dan baca Quran dengan prestasi dan pengurusan masa?
- Apa antara doa yang terbaik supaya urusan kita dipermudahkan, jimat masa dan hidup lebih tenang?
- Apa lagi ‘7 Rahsia Mahal’ dalam Pengurusan Masa?
Alamak! Banyak betul persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran anda kan? Jangan risau… Kini anda dah tak perlu nak pening-pening lagi fikirkan segala permasalahan di atas.
Semua jawapan bagi persoalan di atas, telah pun saya sediakan jawapan dan panduannya di dalam ebook dibawah ni. Ebook panduan ini saya yang tulis sendiri untuk membantu dan membimbing anda secara langkah-demi-langkah.
MEMPERKENALKAN …
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Apakah Yang Akan Dibongkarkan Dalam Ebook Mudahnya Mengurus Masa ini?
Di dalam Ebook ini, saya menunjukkan teknik lengkap dari A to Z. Bagaimana anda boleh jimat masa, hidup lebih tenang dan tingkatkan prestasi dalam masa yang sama!
Bab 1: MATLAMAT ITU KUNCINYA!
Dalam bab ini, saya akan dedahkan kenapa ramai orang gagal urus masanya dengan baik. Untuk memastikan kita mampu urus masa dengan baik, kita perlu jelas dengan 3 kategori matlamat. Kita juga perlu tahu apa sebenarnya BIG WHY atau GRAND WHY kita supaya kita sentiasa jelas, bersemangat dan pantas dalam tindakan kita. Untuk itu, saya ada kongsikan 5 Tips penting bagaimana nak menentukan BIG WHY kita.
Bab 2: MENGURUS KEUTAMAAN
Dalam bab ini, saya kongsikan mudah bagaimana nak jimatkan sehingga 50% daripada masa kita. Saya juga kongsikan teknik mudah untuk bezakan perkara URGENT dan IMPORTANT. Ramai orang tidak tahu beza dua perkara ini, membuatkan banyak masa mereka ‘dicuri’.
Bab 3: BAGAIMANA MEMBINA JADUAL HARIAN
Ada 3 perkara yang perlu kita tahu sebelum dapat bina Jadual Harian yang baik. 3 perkara ini sangat penting supaya urusan kita dapat diselesaikan dengan cemerlang tepat pada masanya. Saya akan kongsi teknik mudah menguasai 3 perkara tersebut supaya kita boleh hasilkan jadual harian yang terbaik!
Bab 4: BERANI BERKATA “TIDAK”
Kadangkala kita dah susun jadual harian dan keutamaan tapi perlaksanaan jadual harian masih kelam kabut. Pernah berlaku? Dalam bab ini, saya akan kongsikan 3 Strategi Perlaksanaan Tugasan supaya perlaksanaan jadual harian kita berjalan dengan baik. Saya juga akan kongsikan 5 Tip Untuk Berkata “Tidak” tanpa mengguris perasaan sesiapa supaya hidup anda lebih tenang dan lebih berprestasi selepas ini.
Bab 5: URUS MASA TIDURMU!
Tahukah anda, ada 3 jam dalam sehari di mana kualitinya sama dengan 300% tidur pada waktu-waktu biasa? Mengetahui waktu-waktu yang terbaik untuk tidur tersangat penting untuk orang yang benar-benar ingin menjimatkan masanya. Saya juga akan berkongsi apakah kesan tidur lepas Subuh dan apakah 3 Tips Untuk Elak Terlajak Tidur. Ini pasti akan menjimat masa anda, insyaAllah!
Bab 6: 7 RAHSIA TERAKHIR
Dalam bab ini, saya akan kongsikan 7 perkara penting yang mampu mengubah prestasi dan hidup anda menjadi LUAr Biasa! Ia bukan sekadar kajian, ia merupakan pengalaman yang saya kongsikan daripada hati. Selepas mengamalkan 7 perkara ini, anda akan melihat satu persatu urusan anda dipermudahkan dan hidup anda berubah, insyaAllah.
Bab 7: “MOVE ON!”
Antara perkara yang membuatkan hidup kita susah nak berubah ialah bila kita tidak berdamai dengan masa lalu. Dalam bab ini, saya akan berkongsi kenapa kita perlu “Move On” dan bertindak secepat yang mungkin. Dengan itu, kita semakin terasa kasih sayang Allah dalam setiap saat hidup kita yang begitu berharga. Sungguh, pasti ada anugerah di sebalik musibah!
Apa Terjadi Kepada Mereka Yang Telah Mengamalkan Ebook ini?
Bonus Khas Istimewa Bernilai RM720
Untuk memastikan anda mendapat yang terbaik, saya ada hadiah tambahan istimewa sebagai bonus untuk anda sempena harga promosi pelancaran. Anda akan dapat 5 rakaman video istimewa sebagai pelengkap tambahan.
Video 1: MASA MENENTUKAN SIAPA KITA 10 TAHUN DARI SEKARANG
Masa adalah kehidupan. Kegagalan kita menguruskan masa dengan baik membuatkan kita gagal merancang kehidupan yang baik. Uruslah masa dengan baik sekarang supaya kita berjaya menjadi siapa yang kita inginkan 10 tahun dari sekarang!
Video 2: TEKNIK MUDAH JIMATKAN 50% DARIPADA MASA KITA
Antara faktor utama kenapa ramai orang gagal menguruskan masa dengan baik ialah tidak tahu membezakan antara perkara yang PENTING dan SEGERA. Video ini akan membolehkan kita menjimatkan sehingga 50% daripada masa yang kita ada!
Video 3: TEKNIK MUDAH BINA ‘TO DO LIST’ (TDL)
‘TO DO LIST’ yang baik bukan sekadar senarai tetapi senarai yang diberikan keutamaan. Video ini akan membolehkan kita membuat TDL yang baik menggunakan system ABC DAN 123.
Video 4: TEKNIK MUDAH BINA JADUAL HARIAN
Jadual harian memerlukan 3 perkara iaitu TDL, kesesuaian masa dan tempoh masa yang berkesan. Video ini membolehkan kita membina jadual harian yang berkesan dengan memahami 3 perkara di atas. Inilah antara kunci utama untuk meningkatkan prestasi dalam Pengurusan Masa!
Video 5: THE POWER OF ACTION!
Ilmu pergi kepada mereka yang ingin tahu, hasil pergi kepada mereka yang bertindak. Video terakhir ini menjelaskan betapa pentingnya tindakan dan keberkatan supaya ilmu yang dipelajari mampu membuatkan kita hidup lebih tenang, berprestasi dan diredhai Tuhan!
Jangan Bazirkan Masa Anda Lagi …
Harga untuk ebook dan 5 rakaman video ini bernilai RM760. Ianya masih lagi murah berbanding nilai dan pulangan yang bakal anda perolehi. Tapi sempena pelancaran ebook ini. Saya nak OFFER anda..
Bukan RM760….
Bukan RM380….
Bukan RM140….
TETAPI Hanya
RM 67 Sahaja!!
Khas untuk yang terawal, saya berikan harga mampu milik, iaitu pelaburan serendah RM 60 SAHAJA untuk 100 orang yang pertama!
Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM60 sahaja untuk tempoh masa TERHAD. Ianya lebih murah berbanding dengan kerugian yang anda akan alami.. Sebab selalu ‘langgar dinding’ bila tak menguasai Teknik Mengurus Masa yang betul.
Ianya lebih berbaloi berbanding pengalaman 10 tahun yang saya share dalam ebook ini khas untuk anda. Ianya akan menjimatkan masa anda, berbanding anda melakukan sendiri proses Trial-And-Error yang mungkin akan memakan masa bertahun lamanya.
Banyak rahsia dan teknik urus masa telah saya bongkarkan dalam ebook ini. Bila anda sudah bersedia untuk bermula, klik butang “Dapatkan Sekarang!” di bawah untuk lakukan tempahan..