Bisnes

Cara Memulakan Bisnes Tudung

Bagaimana Nak Jana Keuntungan RM15,000 Sebulan Dengan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Ini Kisah dan Pengalaman Sebenar Seorang Pelajar IPT Berniaga Tudung  Dengan Hanya Menggunakan Modal Dari Duit PTPTN!

Nama beliau Madihah Mustafha!

Beliau telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, beliau masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, beliau hanya buat secara suka-suka sahaja. Beliau hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari beliau. Maklumlah, tudung yang beliau jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang beliau jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, beliau telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, beliau terpaksa gunakan sebahagian duit PTPTN yang diterima, sebagai modal untuk mula membeli stok!

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600…. beliau berjaya “rolling” duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka matanya bahawa, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!

Seronoknya Menjual Tudung!

Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.

Dulu, masa mula-mula bisnes, memang beliau akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, beliau buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya… supaya 5 hari lagi, beliau dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari beliau akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, beliau akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Secara purata, sale beliau setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu… sebulan… ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk…. Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!

Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni…  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, beliau tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan beliau yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, beliau sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!

Mesti Ada Produk Killer!

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER ! Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain… dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan!  

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer.. Kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai.

Atas ni adalah antara produk killer beliau, sambil tidur pun orang sibuk whatsapp tanya pasal tudung ni ajeee.. Kalau bulan puasa, waktu sahur tu jugak lah customer dok sibuk whatsapp, dan close order terus! Banyak feedback customer yang beliau simpan sebagai rekod untuk jualan tudung ni. Tengok ni!

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, beliau juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. Ianya long term stable income. Alhamdulillah..

Jadi,.. Siapa kata susah bisnes tudung ni…? Insyallah, dengan ilmu dan cara yang betul!  Semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan…

Buat  Tudung Jenama Sendiri!

Bila pelanggan dah mula ramai dan beliau pun dah ada modal yang sedikit banyak. Beliau mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye!

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell kita selepas tu nanti..huhu!

MadihahScarf , adalah jenama tudung yang telah beliau bina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung beliau dengan orang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab tu bila ada produk sendiri ni, kita perlu jaga serba serbi kualitinya. Masa ni nanti, kita hanya jual apa yang pelanggan kita nak sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan.

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.

  • Di mana nak cari supplier?
  • Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  • Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  • Mana nak cari tukang jahit?
  • Berapa harga nak letak?
  • Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  • Kat mana nak jual?
  • Macam mana nak buat ayat iklan?
  • Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
  • Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!

Namun begitu, berita baiknya… Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini. Beliau telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!

Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan… maka, akhirnya….. Terhasillah EBOOK DUO ini…

Ebook “Rahsia Bisnes Tudung”

Ebook Rahsia Bisnes Tudung  ini mengandungi 2 buah ebook!

Ebook pertama mengandungi ilmu serta pengalaman beliau, bagaimana bermula, dari mencari supplier, mencari pelanggan, ambil gambar, buat ayat iklan,  dan pelbagai lagi pengalaman serta tips berkaitan bisnes tudung.

Apa yang menarik, ada satu bab di dalam ebook ini, beliau ceritakan Bagaimana Menjana Untung RM15k Dalam Masa Sebulan menjual tudung di bulan Ramadhan hanya secara online sahaja! Dalam bab ini, beliau tunjukkan secara step-by-step, bagaimana beliau membuat persediaan serta strategi di dalam menghasilkan keuntungan sebanyak itu. Saya pasti, jika anda baca pengalaman beliau ini, anda juga boleh buat seperti yang beliau buat, malah, mungkin lebih baik dan lebih banyak lagi keuntungan yang akan anda perolehi! 🙂

Ebook Kedua pula, saya fokuskan kepada langkah-langkah menghasilkan tudung jenama sendiri!

Dalam ebook ini, beliau senaraikan 4 perkara utama yang perlu anda ketahui dan uruskan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri! Setiap perkara tersebut, beliau jelaskan secara terperinci.

Malah, beliau turut berikan maklumat supplier yang boleh anda gunakan apabila mahu menghasilkan tudung jenama sendiri. Supplier-supplier ini adalah supplier yang boleh dipercayai, malah, banyak juga jenama tudung besar seperti Neelofar Hijab, Calaqisya, Apple Scarf dan banyak lagi, turut menggunakan suplier ini

Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?

BAB 1 : BELAJAR MENJUAL

Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales).
Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda!

Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual!
Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung!

Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat!

Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.

BAB 2 : APA & SIAPA?

Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini beliau kongsikan terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini!

Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. 🙂

BAB 3 : SUPPLIER

Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini!
Beliau ada bongkarkan 5 pembekal tudung yang digunakan sewaktu memulakan bisnes tudung!
Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete beliau berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop!

Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup!

BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU

Bila anda dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja!

Dalam bab ini beliau kongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, beliau takkan paksa anda beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan.

Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah “real”!. Beliau kongsikan banyak tips mencari model yang “real” di dalam bab ini!

Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!

BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA

Ada 4 Tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini!
Beliau tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung.

Dalam bab ini juga, beliau kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka!

BAB 6 : AYAT IKLAN

Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun beliau kongsikan dalam ebook ini!
Ada 3 jenis ayat yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda.

Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!

BAB 7 : LUBUK JUALAN

Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual!
Dalam bab ini, beliau bukan share 2 atau 3 lubuk jualan… tetapi, beliau kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda!

Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini… atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda.

Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!

BAB 8 : PACKAGING

Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, beliau kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.

BAB 9 : PENGHANTARAN

Dalam bab ini, beliau kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Beliau juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!

BAB 10 : CASE STUDY – BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.

Hah! Ini adalah bab yang paling HOT!
Dalam bab ini, saya tunjukkan step-by-step, bagaimana beliau menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.

Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.

Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Anda perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

Fuh!! Memang mantap isi kandungan ebook ini!

Itu baru satu ebook… Ebook yang kedua, iaitu ebook tentang “Menghasilkan Tudung Jenama Sendiri” pula.. ada 4 Bab di dalamnya.

Namun begitu, saya tak dapat dedahkan keempat-empat bab tersebut di sini.
Hanya mereka yang mendapatkan ebook ini sahaja yang akan tahu apa isi kandungannya!

Secara asasnya, dalam ebook tersebut, beliau turut kongsikan senarai “Super Supplier” yang dapat membekalkan kain yang berkualti tinggi untuk anda menghasilkan tudung jenama anda sendiri.

Beliau juga kongsikan Tip Memilih Tukang Jahit! Ini adalah part yang paling kritikal. Silap pilih tukang jahit, memang hancurlah tudung anda nanti.

Berapakah Pelaburan Untuk Saya Memiliki Ebook Yang Hebat Ini?

Terus-terang saya katakan! Nilai maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah sangat bernilai dan bukan murah! Ianya adalah hasil daripada pengalaman sebenar beliau dalam menjalankan bisnes tudung sejak tahun 2012. Banyak info-info rahsia yang tidak mungkin akan di dedahkan oleh penjual tudung lain, telah saya dedahkan di dalam ebook ini!

Harga untuk ebook ini.. Hanyalah RM150 sahaja!

Ianya sangat murah! Anda hanya perlu jual sekitar 4-5 helai tudung sahaja untuk cover kos pembelian ebook ini, yang mana, saya percaya, apabila anda sudah memiliki ebook ini, anda bukan sahaja mampu menjual 4-5 helai tudung, MALAH, insyallah, mampu menjual beratus-ratus, bahkan beribu-ribu helai tudung kelak!

Jadi, kos pelaburan untuk mendapatkan ilmu bisnes tudung ini sebenarnya, adalah sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan potensi pulangan yang bakal anda perolehi kelak.

Tapi… untuk anda yang bertindak segera dan mendapatkan ebook ini hari ini juga, beliau akan berikan harga mampu milik, iaitu pada harga serendah RM70 sahaja!

Betul ke? Ya, Jangan terkejut! Memang serendah RM70 sahaja untuk masa terhad, sebelum beliau mengubah fikiran saya!

Jika anda dah bersedia untuk bermula, klik butang “Dapatkan Sekarang!” di bawah untuk lakukan tempahan …

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda. .

Lihat… Apa Kata Mereka Yang Telah Mendapatkan Ebook Ini!

Oooops…Nanti Dulu, Jangan Buat Tempahan Lagi. Ada Ebook Bonus Tambahan Nak Beri Kepada Anda!

Ada 2 buah ebook bonus yang mahu akan berikan kepada anda jika anda membuat tempahan hari ini!

Kedua-dua ebook bonus ini akan melengkapkan lagi pengetahuan anda dan akan membuatkan anda lebih yakin untuk memulakan bisnes tudung dari rumah!

Berikut adalah ebook-ebook bonus yang akan diberikan kepada anda!

Bonus #1 : Produk Killer Musim Raya

Dalam ebook ini, Cik Madihah kupas dengan lebih mendalam tentang mewujudkan “produk killer” di dalam bisnes tudung anda! Bagaimana untuk mencipta tagline untuk produk killer anda? Bagaimana untuk berurusan dengan pihak suplier dan tukang jahir apabila tiba musim perayaan?

Maklumlah, bila tiba musim perayaan, permintaan tudung memang akan naik secara mendadak! Jadi, anda perlu ada strategi agar tudung anda tidak mengalami masalah kehabisan stok atau tudung tak sempat siap menjelang hari raya!

Bonus #2 : Tips, Nasihat & Motivasi Bisnes

Setelah lebih 6 tahun bergelumang dalam dunia bisnes. Sememangnya banyak pengalaman dan nasihat yang ingin beliau sampaikan kepada mereka yang baru-baru nak menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Jadi, dalam ebook bonus kedua ini, beliau banyak berkongsi tips-tips dan nasihat berkaitan bisnes, khususnya untuk golongan muda yang baru tamat belajar yang masih bujang dan belum berumahtangga. Bisnes sewaktu bujang dan bisnes setelah berumahtangga ada banyak perbezaannya.. cabarannya juga sangat berbeza.

Jadi, anda perlu rancang dengan teliti agar bisnes anda dapat terus survive walaupun setelah anda sudah berumahtangga dan sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga.

Bonus #3 : Dropship Tudung!

Cara yang paling mudah untuk memulakan bisnes tudung tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak dan tanpa perlu menyimpan stok…. adalah dengan memulakan bisnes tudung secara dropship!

Beliau sendiri memulakan bisnes tudung secara dropship!

Dalam ebook bonus ini, beliau berikan 3 platform percuma yang boleh anda gunakan untuk mula menjual tudung anda secara dropship! Serta saya berikan juga contoh-contoh ayat yang boleh anda gunakan untuk close sale!

Klik Gambar Dibawah Untuk Membuat Tempahan Ebook Ini

Sekarang!!.

Show More
Back to top button