5 Tip Penting Untuk Menjadi Pelabur Berjaya
Kesemua nasihat ini mampu mengubah diri anda menjadi seorang pelabur saham yang bijak, matang dan pasti berjaya pada masa depan!
Pernah anda alami situasi sebegini..
Mula-mula anda membaca mengenai pelaburan saham dan potensinya, anda jadi bersemangat untuk memulakan pelaburan saham secepat mungkin kerana takut hilang peluang untuk membuat keuntungan terutama musim COVID-19 ini..
Tapi lepas anda mempunyai akaun CDS dan login platform saham pilihan anda..
Tiba-tiba anda menjadi tidak keruan dan emosi anda menjadi tidak stabil apabila melihat kaunter-kaunter saham yang disenaraikan.. Dan hati mula tertanya-tanya adakah kaunter itu menguntungkan atau sebaliknya?
Rileks, bukan anda seorang yang mengalami situasi ini.. Ramai yang mengalaminya termasuklah pelabur yang berpengalaman sewaktu memulakan pelaburan saham dulu..
Anda hanya perlu belajar cara menguruskan emosi anda daripada otai-otai pelaburan agar tidak terperangkap dalam permainan emosi yang tak berkesudahan ini – yang boleh menyebabkan kerugian masa & modal..
Berikut antara 5 nasihat terbaik daripada pelabur saham berpengalaman yang mampu mengubah diri anda menjadi lebih yakin dalam setiap tindakan pelaburan anda:
1 – “An investment in knowledge pays the best interest..” – Benjamin Franklin
Dalam pelaburan saham, tiada yang lebih berbaloi untuk dilaburkan selain daripada ilmu pelaburan saham sendiri. Belajar dengan lebih mendalam tentang pelaburan saham sebelum terjun ke bidang ini.
2 – “I will tell you how to become rich. Close the doors. Be fearful when others are greedy. Be greedy when others are fearful..” – Warren Buffett
Bersiap untuk melabur ketika pasaran menurun dan “keluar” daripada pelaburan tersebut ketika ia melambung tinggi.
3 – “It’s not whether you’re right or wrong that’s important, but how much money you make when you’re right and how much you lose when you’re wrong..” – George Soros
Terlalu ramai pelabur yang obses dengan membuat keputusan yang betul walaupun hanya mendapat keuntungan yang sedikit. Untung besar & dapat kurangkan kerugian ketika buat keputusan yang salah kadangkala lebih baik.
4 – “In investing, what is comfortable is rarely profitable..” – Robert Arnott
Kadangkala anda harus keluar dari zon selesa anda untuk memperoleh keuntungan yang lebih besar. Mulakannya sedikit demi sedikit agar dapat membina keyakinan diri sebagai seorang pelabur yang profesional.
5 – The stock market is filled with individuals who know the price of everything, but the value of nothing.” – Phillip Fisher
Membuat pelaburan tanpa sebarang ilmu serta kajian yang mendalam akan menyebabkan anda membuat keputusan yang bakal merugikan setiap pelaburan anda. Kajian mendalam sangat penting berbanding sekadar mendengar pandangan orang lain.
Usah risau jika anda masih berasa down dan tertekan.. Usah risau juga jika anda mengalami situasi untung dan rugi dalam saham.. Ianya perkara biasa!
Dengan ilmu pelaburan saham yang betul SERTA mentor saham yang berpengalaman, anda pasti mampu mengawal emosi anda dan mula menjana keuntungan hasil pelaburan saham anda dengan strategi yang betul!
Klik sini jika anda betul-betul serius untuk memulakan pelaburan saham!