CARA SET UP KEDAI SHOPEE DENGAN BETUL
HA ! Nampak tak gambar dekat atas tu ? 39.1 Juta ! Bukan main ramai lagi pengunjung dekat Shopee nih. Fuh kalau berniaga dekat Mall pun belum tentu pengunjung nak datang sebanyakkan ni kan ? . Tambahan pulak dengan masalah Covid-19 sekarang ni. Sah-sah lar ramai orang memilih untuk membeli secara dalam talian jer.
So, saya cadangkan kepada anda supaya menggunakan peluang ini untuk belajar berniaga di Shopee. WHY SHOPEE ? Sebab Shopee merupakan platform E-Dagang yang tidak mengenakan sebarang cas ataupun yuran bagi anda yang ingin memulakan perniagaan. Di samping itu, Shopee juga mempunyai ramai pengguna setia serta pengunjung. Hampir setiap orang pernah membeli barang di Shopee tak kecuali juga saya. Tanpa melengahkan masa jom saya tunjuk cara nak letakkan produk jualan di kedai Shopee anda.
CARA SET UP KEDAI SHOPEE
1. Download/Muat turun Apps Shopee di Google Play Store. Selepas itu, tekan daftar. Sila masukkan email dan kata laluan yang mudah diingati. Pastikan anda membuat pengesahan email untuk memudahkan urusan pembeli/pelanggan.
2. Kemudian, pergi ke Seller Centre. Sekiranya anda hanya menggunakan handphone mudah alih. Pastikan anda setkan tetapan handphone dalam bentuk deskop untuk lebih jelas dan faham kerana paparan yang muncul sama seperti di PC.
3. Lihat pada perkataan “ Shop Profile”. Anda perlu memberi lebih perhatian di sini kerana ia akan menjadi satu tarikan para pelanggan untuk membeli barang jualan anda.
4. Letakkan nama kedai yang sesuai berdasarkan produk jualan anda dan mudah diingati oleh pengungjung. Jangan lupa letak gambar dan video mengenai produk jualan anda.
5. Ceritakan serba sedikit mengenai diskripsi kedai anda bagi mengukuhkan lagi tarikan pelanggan. Sila elakkan daripada meletak nombor telefon ataupun e-mel kerana pihak shopee akan mengambil tindakan kepada penjual.
6. Seterusnya lihat pada “My Product” kemudian cari perkataan “Add New Product”.
7. Anda perlu isi nama produk jualan anda. Pastikan nama produk mempunyai sedikit penerangan supaya mudah dijumpai sekiranya di cari oleh pelanggan. Anda boleh menulis sehingga 112 patah perkataan. Jadi gunakan sebaik mungkin.
8. Pilih kategori berkaitan produk jualan anda. Seterusnya letak diskripsi produk yang berkenaan. Masukkan harga, jumlah stok dan variasi sekiranya ada. Sila muat naik gambar yang menarik perhatian dan boleh juga masukkan video berkaitan produk.
9. Setkan tetapan penghantaran seperti berat, saiz bungkusan dan pilihan logistik. Untuk pengetahuan anda cas penghantaran adalah berbeza mengikut pembekal logistik masing-masing.
10. Sekiranya produk anda adalah pra-pesanan anda boleh aktifkan button pra-pesanan. Sekiranya produk sedia ada “readystock” boleh abaikan part ini.
11. Jangan lupa masukkan kondisi produk anda sama ada baru ataupun terpakai.
12. Bahagian SKU sila abaikan.
13. Akhir sekali, simpan dan siarkan. Maka secara automatik produk ini akan disiarkan di kedai anda.
Sebenarnya nak berniaga di Shopee bukanlah susah. Cuma anda haruslah menggali sedikit ilmu. Saya harap perkongsian ini akan memberi 1001 manfaat kepada anda yang baru saja berjinak-jinak ingin berniaga dan dapat menambah sedikit pengetahuan mengenai Shopee
Nanti, tunggu dulu. Jika anda nak gali ilmu yang lebih mendalam lagi mengenai Shopee supaya anda mampu mencapai keuntungan 5-6 angka dalam masa sebulan. Saya syorkan anda dengar tips dari sifu. Beliau merupakan penjual shopee dan mula berniaga batch pertama semenjak Shopee di perkenalkan di Malaysia. Beliau juga telah menjana pendapatan 4 angka pada setiap minggu secara konsisten. Jadi rugilah anda jika tidak mempelajari tips-tips daripada beliau.