5 Perkara Penting Mula Jual Di Lazada
Pada hari ini, semakin ramai yang mula menjual produk dan perkhidmatan secara online kerana model bisnes ini mudah diuruskan serta tidak memerlukan kos yang banyak..
Antara satu cara bisnes online yang paling popular hari ini ialah dengan menjual produk di laman web marketplace online seperti Lazada..
Boleh dikatakan hampir setiap bisnes offline dah mula menjual produk di Lazada kerana ianya mempunyai pasaran yang sangat luas, mudah untuk mendapatkan pembeli, semua pembelian diuruskan secara automatik DAN paling penting.. TIDAK PERLUKAN SEBARANG KOS!
Bayangkanlah kawan saya seorang penuntut di IPTS mampu menjana minimum RM100 sehari dengan hanya menjual pakaian di Lazada.. Kalau 30 hari dapat jualan konsisten begitu, beliau mampu menjana keuntungan lebih RM3,000 secara part-time sahaja..
RM3,000 ini hanya untuk jualan hari biasa sahaja.. Kalau tiba jualan istimewa seperti jualan 11/11 atau 12/12, jualan tersebut mampu mencapai 5 angka dalam masa sehari sahaja.. Ianya sangat berbaloi-baloi!
Jika anda seorang peniaga offline dan mempunyai banyak stok produk di tangan, saya sangat sarankan anda mula menjual produk anda di Lazada.. Ini kerana anda pasti mampu menjualnya dengan mudah & pantas secara online tanpa keluarkan sebarang kos lain..
Tapi sebelum anda mula nak menjual di Lazada, anda perlu tahu 5 perkara yang penting ini agar anda tidak tertanya-tanya di kemudian hari..
1 – Anda sebenarnya tidak perlu mengeluarkan sebarang kos atau bayaran pun untuk mula menjual produk anda di Lazada.
2 – Pihak Lazada akan mengenakan caj sekitar 2% daripada jumlah harga produk anda HANYA JIKA ianya berjaya dijual dan sampai ke tangan pelanggan.
3 – Pihak Lazada akan membayar semua jumlah keuntungan hasil jualan produk – 2 kali setiap bulan.
4 – Para pembeli di Lazada boleh membayar produk anda secara online banking ataupun secara offline termasuk pembayaran di 7 Eleven mahupun secara COD (Cash On Delivery).
5 – Semua jenis barangan boleh dijual di Lazada KECUALI:
- Senjata, bahan kimia, atau bahan toksik merbahaya
- Gambar, video mahupun game yang lucah dan tidak senonoh
- Jenis barang yang berkaitan mencetuskan perbalahan agama atau politik
- Perisian yang cetak rompak atau merbahaya
- Peralatan telekomunikasi yang tidak selamat untuk digunakan.
“Dah faham serba sedikit tentang Lazada dan hati anda mula berkobar-kobar mahu menjual di Lazada sekarang juga?”
Rileks dulu.. Seperti platform lain, anda perlukan ilmu yang lengkap untuk memastikan anda mampu menjual produk anda dengan lancar di Lazada TANPA alami sebarang kerugian mahupun pembaziran masa dan tenaga..
Baru-baru ini saya terjumpa sebuah ebook lengkap yang mengajar saya tentang cara membina bisnes SERTA mempromosikan produk dengan lebih berkesan di Lazada dari A sampai Z.. 9/10 daripada pembeli ebook ini telah berjaya menjana minimum 4 angka sebulan di Lazada!
Saya sangat yakin ebook yang bertajuk “Panduan Bisnes Lazada” ini mampu membantu anda membina bisnes dengan lebih berjaya di internet serta mampu menjual produk dengan lebih mudah & pantas tanpa keluarkan sebarang kos tambahan..
Ebook yang ditulis oleh seorang peniaga yang berpengalaman lebih 5 tahun menjual secara online di Lazada dan telah berjaya menjana keuntungan lebih 5 angka sebulan.. Ebook ini ditulis hasil daripada pengalaman beliau membina bisnes dari kosong di Lazada..
Antara ilmu yang bakal anda pelajari ialah:
- Cara mendaftar di Lazada dari A sampai Z
- Cara listing produk dengan lebih berkesan
- Cara proses order yang masuk dengan lebih lancar
- Cara terbaik menyelesaikan pelbagai masalah pelanggan
- Cara promosikan produk anda dengan lebih berkesan di Lazada
- Cara membina lazada store yang mengancam & cara mudah mempromosikannya di internet
- Cara mencari stok tambahan yang murah & berkualiti untuk dijual di Lazada
Dengan ilmu lengkap yang dibekalkan dari ebook ini, anda pasti mampu menjual produk anda dengan lebih lancar dan mampu menjana keuntungan lumayan hanya dengan menjalankan bisnes anda di Lazada..
Kini menjana pendapatan online daripada bisnes offline anda adalah tidak mustahil.. Ianya terbukti sangat mudah, pantas dan menguntungkan anda!
Jom mula belajar cara sebenar memulakan bisnes online di Lazada hari ini juga.. Semuanya yang anda perlukan ada di sini