Jawatan Kosong

Tip Memandu di Pulau Jeju Korea Selatan

Pengangkutan yang paling ideal di Jeju adalah memandu kereta sewa kerana tidak semua orang mahir menggunakan bas

. Pada post kali ini kami akan kongsikan cara-cara bagaimana menggunakan Naracards Jeju untuk memandu kereta sewa di Pulau Jeju. 

Walaubagaimanapun, informasi bas tetap disediakan dalam Naracards Jeju untuk memudahkan anda yang teringin nak travel menggunakan bas.

Sebelum kami terangkan lebih lanjut, kami ingin memperkenalkan kepada anda mengenai Naracards Jeju, iaitu sebuah kad bantuan perjalanan bagi sesiapa yang baru pertama kali ingin melancong ke Jeju tanpa travel Agen

QR Code Scanner

Apps ini wajib dimuat turun terlebih dahulu. Untuk memandu di Jeju, anda perlu scan QR code pada kad informasi. Anda boleh lihat tutorial bagaimana memuat turun Aplikasi QR Scanner yang betul terlebih dahulu sebelum menggunakan Naracards Jeju. Muat turun di sini (klik link ini menggunakan smartphone anda)

Cara-Cara Menggunakan Naracards Jeju.

1. Pemilihan Destinasi

Pilih destinasi yang dirancang dan asingkan mengikut hari. Destinasi boleh dipilih dengan mengasingkan kad-kad mengikut ‘Kawasan Destinasi’ (lihat gambar di bawah) seperti North, South, East dan sebagainya (Lihat bahagian kanan bawah setiap Naracards)

Kawasan destinasi dapat menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan perancangan

2. Scan QR dan Pandu

Buka QR code scanner. Pilih satu destinasi yang ingin dituju. Kemudian Scan QR code pada kad tersebut. Anda akan disambungkan dengan Applikasi Google Maps.

Itu sahaja, mudah kan? harapan kami semoga Naracards Jeju memudahkan percutian anda di Pulau Jeju, Korea. Selamat mencuba!

Show More
Back to top button