Info Kerjaya Kerajaan
Trending

Akses Bonus Ebook Ujian Psikometrik

Akses Kuiz Ini Tidak Dijual. Anda Wajib Mendapatkan Rujukan Ujian Psikometrik Disini Untuk Dapatkan Akses Kuiz Ini Secara Percuma
143

Cadangan Satu Soalan 20 Saat


Ujian Psikometrik

Akses Bonus Ebook Ujian Psikometrik

1 / 200

Sesekali saya berpendapat, seorang perokok mempunyai gaya yang menarik apabila merokok.

2 / 200

Sudah semestinya saya dapat melakukan dengan lebih banyak kerja apabila saya melakukan kerja sendirian

3 / 200

Apabila saya tidak setuju dengan pandangan pihak atasan, saya berani untuk menyuarakan pendapat saya

4 / 200

Jika doktor tidak menjalankan tanggungjawabnya, saya akan membuat aduan bertulis kepada pihak berkuasa

5 / 200

Saya akan melakukan apa sahaja untuk merealisasikan hasrat saya termasuklah meminjam wang untuk membeli barangan kesukaan saya.

6 / 200

Berdampingan dengan yang intelek adalah kesukaan saya daripada orang yang praktikal

7 / 200

Saya akan melepaskan tanggungjawab saya apabila berlakunya kesilapan

8 / 200

Jika penolong saya melakukan kesilapan, saya akan memberi peluang kepadanya untuk terus belajar.

9 / 200

Saya sentiasa menyembunyikan kesalahan pekerja bawahan saya daripada pengetahuan majikan atasan sebagai memberi peluangnya belajar.

10 / 200

Saya cuba untuk menghabiskan kerja-kerja rutin pejabat dalam waktu kerja tambahan (overtime).

11 / 200

Pemalu adalah sifat saya

12 / 200

Saya melihat kebijaksanaan seseorang melalui raut wajahnya.

13 / 200

Saya selalu memikirkan cara yang terbaik untuk bersosial sesama rakan pejabat.

14 / 200

Mereka yang memimpin selalunya akan berebut untuk mendapat faedah dari yang dipimpin

15 / 200

Saya sentiasa memikirkan apa yang boleh saya sumbangkan kepada organisasi.

16 / 200

Saya akan mengambil langkah berhati-hati apabila menyatakan komen saya di media sosial bagi mewujudkan keharmonian.

17 / 200

Jika terdapat sesuatu perkara yang saya kurang faham dan ianya bukan dalam bidang saya, saya lebih suka untuk mengabaikannya

18 / 200

Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya

19 / 200

Apabila orang lain melihat saya sebagai seorang yang amat berjaya, itulah yang menjadi kemahuan saya

20 / 200

Perkara-perkara yang dikatakan oleh keluarga saya, membuatkan saya mudah tersinggung

21 / 200

Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

22 / 200

Selalu mengawal tindak-tanduk saya tanpa memikirkan perasaan saya sendiri

23 / 200

Apabila orang sekeliling memberi pandangan mereka terhadap diri saya, saya tidak akan menerima kerana saya lebih memahami siapa diri saya yang sebenar.

24 / 200

Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang

25 / 200

Bakat kepimpinan lahir secara semula jadi. Oleh itu tiada latihan yang spesifik boleh menjadikan seseorang itu berbakat dalam kepimpinan.

26 / 200

Saya percaya dengan berusaha secara sendirian, saya mampu meraih kejayaan dengan mudah.

27 / 200

Bagi membina hubungan baru, saya mengambil peluang untuk berjumpa dengan seseorang

28 / 200

Aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci adalah suatu perkara kesukaan saya

29 / 200

Walaupun hanya terdapat sedikit harapan untuk berjaya, saya akan meneruskan kerja-kerja yang susah

30 / 200

Menggunakan paksaan untuk mendapatkan apa yang saya inginkan adalah kegemaran saya

31 / 200

Saya tidak endah pada ajaran agama dalam kehidupan seharian

32 / 200

Merebut dan mencari peluang yang datang adalah sikap saya

33 / 200

Saya hanya bekerja dengan penuh dedikasi jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan

34 / 200

Sebelum memulakan kerja-kerja lain, saya akan menyelesaikan kerja terdahulu

35 / 200

Semasa merancang sesuatu projek, saya tidak menggemari untuk mengajak orang lain menyertainya

36 / 200

Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya

37 / 200

Tidak kira sama ada saya menang atau kalah, saya tetap suka pada perdebatan hangat

38 / 200

Kesalahan dan pandangan orang lain membuatkan saya sentiasa boleh bertolak-ansur terhadap perkara tersebut

39 / 200

Jika saya seorang pegawai, tugas saya hanyalah memberi arahan kepada orang bawahan sahaja

40 / 200

Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri

41 / 200

Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.

42 / 200

Saya bangga jika menjadi penjawat awam

43 / 200

Apabila saya membuat kesalahan, saya tidak akan cuba mengubah diri saya.

44 / 200

Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya berharap agar ada orang yang memberi perhatian

45 / 200

Kelemahan diri tidak boleh diatasi

46 / 200

Saya suka menyertai kumpulan kecil di pejabat yang berbual tentang orang lain.

47 / 200

Hidup dalam keadaan yang stabil sepanjang masa membuatkan saya bosan

48 / 200

Apabila tidak dapat menyiapkan kerja, saya rasa takut

49 / 200

Dari masa ke semasa, saya mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk mengawasi perasaan saya.

50 / 200

Jika saya sibuk saya akan meminta pertolongan dari rakan sejawat

51 / 200

Menjalankan aktiviti-aktiviti luar yang mencabar dan seronok adalah kesukaan saya

52 / 200

Semasa saya masih kecil, saya mudah mengenal tempat yang dilawati

53 / 200

Jika diberi pilihan untuk memberi arahan atau menerima arahan, saya lebih cenderung untuk menerima arahan sahaja

54 / 200

Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus

55 / 200

Tanpa mengira agama dan bangsa, saya suka menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan

56 / 200

Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

57 / 200

Saya akan melakukan apa sahaja kerja untuk mendapatkan apa yang saya idamkan

58 / 200

Teguran secara positif diterima bagi memperbaiki diri sekiranya saya bersalah

59 / 200

Saya cepat marah, bila saya tidak sihat

60 / 200

Apabila menginginkan sesuatu, saya hanya memikirkan cara yang mudah untuk mencapainya.

61 / 200

Berketerampilan menarik adalah satu usaha untuk dilihat sebagai seorang yang kemas dan berjaya.

62 / 200

Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong-menolong antara satu sama lain

63 / 200

Apabila saya memarahi seseorang, saya lebih gemar menunjukkan kemarahan saya di media sosial.

64 / 200

Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa

65 / 200

Hakikat dan kenyataan tentang diri saya tidak dapat diterima oleh saya

66 / 200

Berkhidmat dengan cemerlang tanpa sebarang latihan formal tiada masalah bagi saya

67 / 200

Kerja-kerja di pejabat yang terlalu banyak sangat membebankan saya.

68 / 200

Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang, saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut

69 / 200

Saya gemar melakukan kerja yang membuatkan saya maju

70 / 200

Saya mengalah dan mempertimbangkan pendapat orang lain jika mereka tidak bersetuju dengan pendapat saya

71 / 200

Saya tetap akan berpuas hati jika kerja yang dilakukan tidak sempurna

72 / 200

Kebanyakkan rakan saya tidak mempercayai kata-kata saya dan ini membuatkan saya berasa kecewa

73 / 200

Kebolehan saya, tidak diyakini oleh rakan-rakan saya

74 / 200

Apabila mendengar gurau senda, saya menjadi geli hati

75 / 200

Sangat penting bagi saya apabila menunaikan taat setia kepada orang yang lebih tua

76 / 200

Apabila mendapati kawan-kawan atau jiran-jiran sakit, saya suka membuat kunjungan sosial untuk mengetahui keadaan mereka

77 / 200

Kerana terpaksa, saya belajar perkara baru

78 / 200

Dengan pendapat orang lain saya selalu bertindak seolah-olah bersetuju

79 / 200

Jika tiada rakan sejawat yang berprestasi lebih baik daripada saya, saya sungguh bersyukur

80 / 200

Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan

81 / 200

Hajat murni tidak akan menjadi walaupun berusaha bersungguh-sungguh

82 / 200

Untuk menghadiri majlis keramaian membuatkan saya rasa tidak selesa

83 / 200

Saya tidak teragak-agak untuk serahkan kerja saya jika ada orang yang sanggup untuk melakukannya bagi pihak saya

84 / 200

Tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran, membuatkan saya selesa

85 / 200

Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

86 / 200

Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka

87 / 200

Saya dapat fahami perkara tersirat dari perubahan tingkah laku seseorang.

88 / 200

Saya kurang gemar apabila majikan menghantar pesanan ringkas untuk mengingatkan saya tentang aktiviti esok selepas waktu pejabat

89 / 200

Saya tidak suka melihat seekor kucing yang lapar mendekati saya untuk meminta makanan yang belum saya sentuh.

90 / 200

Demi memajukan kerjaya saya, saya gunakan cara yang tidak adil dalam sesuatu situasi

91 / 200

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

92 / 200

Apa yang orang lain minta atau mahu, saya akan ikuti

93 / 200

Apabila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa

94 / 200

Saya akan tetap melaksanakan cadangan saya, walaupun ada orang yang tidak bersetuju

95 / 200

Kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas dan nyata menjadi kesukaan saya

96 / 200

Perkembangan teknologi adalah penyumbang kepada keruntuhan akhlak generasi baru.

97 / 200

Masalah kewangan yang serius boleh menyebabkan kemurungan

98 / 200

Bagi meningkatkan kemahiran, saya tidak malu dan segan untuk berbincang dengan orang lain

99 / 200

Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

100 / 200

Apabila bertentangan pendapat, saya tidak mencari kesalahan orang lain

101 / 200

Saya suka mengemas meja kerja terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa pekerjaan lain di meja tersebut

102 / 200

Saya tidak dapat berfikir dengan tenang semasa membuat sesuatu kerja

103 / 200

Saya selalu meragui keikhlasan dan kebenaran peminta sedekah

104 / 200

Setelah saya menggunakan tandas awam, saya akan memeriksa kebersihannya sebelum saya meninggalkan tandas tersebut.

105 / 200

Tanpa meminta pendapat orang lain, saya selalu membuat keputusan sendiri

106 / 200

Apabila menolak sesuatu permintaan, saya rasa bersalah

107 / 200

Dalam keadaan terdesak, saya tidak akan prihatin

108 / 200

Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuas hati dengan kerja seseorang

109 / 200

Sekiranya kenderaan saya tidak dapat dihidupkan pada waktu pagi
untuk persiapan ke tempat kerja, saya segera akan mengambil cuti
kecemasan

110 / 200

Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya

111 / 200

Saya suka meminta lebih daripada apa yang sepatutnya saya dapat

112 / 200

Apabila saya melakukan kesalahan saya takut untuk bertanggungjawab

113 / 200

Saya tidak suka menghias diri kerana saya percaya kecantikan adalah bermula dari dalam diri.

114 / 200

Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan

115 / 200

Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya

116 / 200

Walaupun saya mempunyai banyak kerja lain, saya selalu mengemas bilik tidur saya

117 / 200

Untuk mencapai kejayaan, kadang kala saya mempraktikkan cara yang salah

118 / 200

Sepertimana yang diharapkan oleh pihak atasan, saya akan berusaha untuk mencapainya

119 / 200

Apabila berkhidmat kita perlu mengenepikan urusan peribadi

120 / 200

Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

121 / 200

Saya boleh melihat sesuatu perkara secara positif

122 / 200

Daripada meminta orang lain membuat kerja, saya selalu mengarah mereka membuat kerja

123 / 200

Saya bersemangat bangun awal setiap pagi untuk berhadapan dengan cabaran di pejabat

124 / 200

Jika berhadapan dengan masalah, saya mudah memberi alasan

125 / 200

Mencari pengalaman baru membuatkan saya sangat aktif

126 / 200

Saya tidak mengharapkan balasan apabila saya suka memberi

127 / 200

Dalam semua perkara saya rasa selalu ketinggalan

128 / 200

Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negatif di pejabat.

129 / 200

Buku-buku dalam bidang falsafah dan psikologi adalah sumber bacaan kesukaan saya

130 / 200

Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi
masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

131 / 200

Apabila berlaku sesuatu kesilapan, saya selalu menyalahkan orang lain

132 / 200

Saya yakin dengan banyak membaca, fikiran saya akan menjadi bertambah matang.

133 / 200

Dalam situasi baru, saya cepat boleh menyesuaikan diri

134 / 200

Apabila orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin, itulah yang saya mahukan

135 / 200

Rancangan dan aktiviti yang telah saya tentukan selalu diubah-ubah

136 / 200

Dalam sesuatu pertandingan, saya adalah di antara orang yang terakhir dipilih

137 / 200

Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.

138 / 200

Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

139 / 200

Saya percaya pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik bukan bererti saya akan berjaya dalam bidang-bidang lain.

140 / 200

Untuk membuat keputusan yang melibatkan orang lain, saya akan meminta pandangan daripada mereka

141 / 200

Saya tidak rasa selesa apabila rakan saya lebih berjaya dalam hidup

142 / 200

Walaupun menghadapi perbagai cabaran dan dugaan, saya mesti bersikap positif

143 / 200

Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu

144 / 200

Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga

145 / 200

Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan

146 / 200

Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua

147 / 200

Saya gemar membaca ruangan hiburan pada akhbar harian tempatan.

148 / 200

Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara

149 / 200

Sebagai seorang rakan yang baik, saya akan memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik.

150 / 200

Apabila menyedari yang saya telah melakukan kesilapan, saya akan berusaha untuk berubah

151 / 200

Apabila rakan-rakan mempunyai masalah peribadi, saya suka menolong mereka.

152 / 200

Membuat pengiraan secara mental adalah lebih mudah bagi saya

153 / 200

Apabila diberikan tugasan, saya akan berdiam diri seketika.

154 / 200

Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta-merta memaklumkan kepada ketua saya.

155 / 200

Walaupun pendirian saya tidak disenangi oleh orang lain, saya tetap mengatakannya

156 / 200

Apabila ditegur, saya boleh mengawal emosi

157 / 200

Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, saya sentiasa sanggup melaksanakan sesuatu tugas dengan baik

158 / 200

Saya hanya akan berdoa jika saya ditimpa musibah

159 / 200

Melihat sesuatu perkara dari perspektif orang lain adalah kebolehan saya

160 / 200

Apabila ingin membeli-belah, saya suka menyenaraikan barangan yang menjadi keperluan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.

161 / 200

Kepada kawan dan keluarga, saya seorang yang tidak penting

162 / 200

Saya tidak suka parkir kenderaan saya di tepi jalan raya kerana ia boleh menyebabkan punca kesesakan jalan.

163 / 200

Saya tidak suka menunggu umpan pancing saya dimakan oleh ikan.

164 / 200

Seorang yang mempunyai kecerdasan fikiran yang tinggi tidak perlu menjalani latihan secara berkala.

165 / 200

Jika ada kerja yang perlu diselesaikan, saya lebih suka bekerja secara berkumpulan

166 / 200

Melakukan sesuatu kerja secara tersusun dan berhati-hati adalah sikap saya

167 / 200

Saya berasa simpati apabila ada kutipan derma dilakukan untuk mereka yang ditimpa kemalangan

168 / 200

Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak

169 / 200

Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas, saya berasa kurang senang

170 / 200

Saya lebih gemar berdiam diri daripada menegur kesilapan rakan saya kerana saya juga melakukan kesilapan

171 / 200

Untuk mengelakkan daripada saya diejek kerana melakukan kesilapan, saya lebih suka bersikap berdiam diri.

172 / 200

Keadaan yang berlalu di sekeliling saya, membuatkan saya rasa benci

173 / 200

Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan

174 / 200

Pihak yang mendapat suara majoriti, menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya

175 / 200

Apabila mendapat arahan dan nasihat daripada ketua kumpulan saya, ia membuatkan saya rasa tidak selesa.

176 / 200

Barang-barang saya yang saya pinjamkan kepada kawan-kawan, saya tidak merasa janggal untuk memintanya kembali

177 / 200

Saya akan rasa sangat marah apabila terdapat seseorang memarahi saya dalam keadaan mereka tidak waras.

178 / 200

Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja.

179 / 200

Diplomasi adalah lebih penting daripada kepercayaan bagi saya

180 / 200

Saya akan berasa menyampah bila orang lain berperangai pelik

181 / 200

Apabila ada rakan yang mahu membantu kita tidak boleh meletakkan sepenuh keyakinan kepadanya

182 / 200

Untuk menepati sasaran kerja, saya tidak sanggup berkorban untuk mencapainya

183 / 200

Berbincang mengenai konsep dan idea adalah kesukaan saya

184 / 200

Apabila seseorang mementingkan diri sendiri, mereka tidak akan mendapat rakan yang jujur

185 / 200

Setiap manusia hanya mementingkan diri sendiri dan ini adalah hakikat di dalam dunia

186 / 200

Kerja akan sempurna juga jika mengambil masa yang lama

187 / 200

Apabila rakan-rakan saya menghadapi masalah, saya akan melayan setiap masalahnya

188 / 200

Membincangkan sesuatu idea dengan orang lain disukai oleh saya

189 / 200

Saya gemar membuat sesuatu kerja yang akan saya perolehi setelah mengetahui faedah-faedahnya

190 / 200

Saya lebih gemar mengharapkan ramai orang membantu saya apabila saya dalam kesusahan.

191 / 200

Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang.

192 / 200

Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka

193 / 200

Apabila berada di tempat dan suasana yang baru saya mudah untuk menyesuaikan diri

194 / 200

Saya lebih gemar berkawan dengan wanita sahaja berbanding dengan lelaki

195 / 200

Saya lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti

196 / 200

Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripada pengetahuan ketua saya.

197 / 200

Menghadiri majlis-majlis keramaian adalah kesukaan saya

198 / 200

Apabila rakan saya dituduh melakukan kesalahan sedangkan kesalahan tersebut dilakukan oleh saya, saya akan terus berdiam diri.

199 / 200

Mengenai tingkah laku, saya jarang menerima maklum balas

200 / 200

Untuk menjalankan tugas yang diamanahkan, saya perlu diberi kuasa yang cukup

0%

Pastikan Markah Betul Anda Melebih 80%. Bagi Memastikan Anda Lebih Yakin Menjawab Pada Exam Sebenar Nanti.

Anda Juga Wajib Patuhi Masa Yang Dicadangkan Oleh Kerjaya Kerajaan. Agar Anda Lebih Tenang Menjawab Exam Sebenar Nanti

Show More
Back to top button