Bisnes

Salah Atau Tidak Perigi Cari Timba

Ia bukanlah satu kesalahan – Inilah cara SEBENAR mencari yang lelaki TERBAIK untuk dijadikan teman seumur hidup anda dengan lebih berkesan & selamat!

Jika anda hidup pada zaman dulu, hubungan sesama masyarakat sangat rapat dan saling mengenali antara satu sama lain.. Tidak mustahil jika tiba-tiba sahaja ada rombongan meminang datang ke rumah anda untuk menyunting anda menjadi isteri..

Tapi hakikatnya pada zaman teknologi ini, kita semakin berjauhan dan saling tidak mengenali serta masing-masing buat hal sendiri.. Sehinggakan jiran sebelah rumah pun anda mungkin tidak mengenalinya.. Malah ibu bapa pada hari ini lebih suka anak-anak mencari jodoh sendiri.. Jadi tidak salah untuk anda berusaha untuk mencari cinta sendiri!

Sebelum zaman internet, biasanya orang akan jumpa jodoh semasa belajar di kolej atau semasa bekerja di pejabat yang sama atau semasa menyertai event yang sama.. Yang paling terbaik lagi, ada yang jumpa jodoh di majlis-majlis agama.. Oh, ia memang sangat indah!

Namun sejak zaman internet dan media sosial yang makin berkembang ini, ramai yang telah berjumpa jodoh di Facebook, Instagram, group Whatsapp, Telegram dan sebagainya.. Malah ada banyak website serta aplikasi mobile yang dibina untuk membantu anda mencari jodoh dengan lebih mudah..

Tapi disebalik itu ada bahaya atau risiko yang perlu anda ambil perhatian.. Dalam dunia siber yang meluas ini, terdapat banyak penipu dan lelaki-lelaki gatal yang mahu mengambil kesempatan ke atas anda walaupun hajat murni anda hanyalah untuk mencari jodoh.. Ianya sangat menyedihkan jika berlaku pada anda!

Apa yang yang perlu lakukan jika mahu mencari jodoh di internet, pastikan anda selidik dahulu semuanya berkenaan dengan lelaki nampak serius yang mahu berkenalan dengan anda sebelum teruskan hubungan lebih jauh.. Ini sebagai langkah keselamatan untuk anda..

“Jadi Kat Mana Tempat Yang TERBAIK Untuk Cari Jodoh Di Internet Dengan Lebih Selamat?”

Berikut antara 5 platform terbaik untuk anda mencari calon lelaki idaman dengan lebih selamat di dunia siber ini..

1 – Platform Web BaitulMuslim (https://baitulmuslim.com)

2 – Platform Web & Mobile Apps Baituljannah (https://baituljannah.com)

3 – Platform Web Teman Hidupku (http://temanhidupku.com)

4 – Platform Web & Mobile Apps Till Jannah (https://www.tilljannah.my)

5 – Platform MyJodoh.net (https://www.myjodoh.net)

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftar akaun anda di platform pilihan anda di atas dan mula melihat senarai lelaki yang menepati ciri-ciri yang anda mahukan sebagai jodoh terbaik untuk anda serta mula hubunginya.. Inilah cara terbaik yang paling selamat untuk anda berkenalan dengan lelaki tanpa perlu jumpa berdepan.. Semua pilihan di tangan anda!

Tapi elakkan lelaki yang mempunyai kriteria berikut ketika mereka mula menunjukkan minat untuk berkenalan lebih lanjut kerana mereka berkemungkinan besar hanyalah lelaki gatal & penipu yang mahu ambil kesempatan terhadap anda..

Kriteria lelaki yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:

  • Lelaki yang tiba-tiba meminta bantuan kewangan dan berjanji bulan bintang jika anda membantunya.. (Ini adalah SCAMMER!)
  • Lelaki yang meminta gambar-gambar yang tak sepatutnya anda berikan seperti gambar yang dedahkan aurat anda..
  • Lelaki yang tiba-tiba mahu mengawal jadual hidup anda dan terlalu tegas serta pemarah jika anda terlewat atau melakukan kesilapan kecil..
  • Lelaki yang sering lewat membalas mesej anda di platform cari jodoh atas alasan kerja kerana si dia ini mungkin tidak berminat dengan anda..

Jika anda terjumpa lelaki-lelaki di atas, elakkannya dan terus cari calon lelaki lain yang lebih baik untuk anda.. Yang paling penting, pastikan anda tidak terburu-buru untuk berikan alamat, foto dan sebagainya sebagai langkah keselamatan anda.. Anda berhak memilih calon yang terbaik untuk bersama anda sehingga ke syurga!

“Seterusnya jika anda dah mula berkenalan dan rasa si dia serasi dengan diri anda, apa yang anda perlu lakukan untuk menawan hatinya?”

Mudah sahaja! Anda hanya perlu tahu cara berkesan untuk menguasai psikologi lelaki agar mampu menawan hatinya dengan lebih mudah.. Sebenarnya ada 7 titik kelemahan lelaki yang mampu membuatkan mereka mudah jatuh cinta.. Jika anda menguasainya, hubungan cinta anda pasti akan berkekalan sampai ke syurga.. InsyaAllah!

Semua teknik ‘halus’ untuk memikat lelaki ini dibongkarkan sendiri dalam sebuah ebook yang bertajuk “Hi Hensem!” yang ditulis oleh pakar motivasi tempatan, Dr HM Tuah Iskandar.. Ebook ini membongkarkan cara sebenar dari A sampai Z bagaimana cara untuk menawan hati lelaki dengan lebih berkesan – walaupun anda seorang pemalu!

Apa yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah..

  • Persediaan PENTING yang perlu ada sebelum anda mendekati bakal jodoh..
  • Ciri-ciri lelaki yang perlu dielakkan dalam mencari cinta sejati..
  • Cara MUDAH untuk menguasai psikologi para lelaki..
  • 7 titik kelemahan lelaki yang membuatkannya mudah jatuh cinta..
  • 3 amalan MUDAH untuk menawan hati lelaki tanpa mereka sedari..
  • Petua-petua BERKESAN untuk serlahkan lagi keanggunan anda depan bakal jodoh..
  • Cara TERBAIK untuk menguji keserasian anda dan bakal jodoh sebelum ke ‘next level’..
  • Contoh ayat-ayat memikat yang sopan dan BERKESAN untuk menarik perhatian lelaki..
  • DAN banyak lagi ilmu TERBAIK untuk menawan hati lelaki!

Jika anda sudah jumpa lelaki yang terbaik untuk anda, anda perlu ambil tindakan segera untuk menawan hatinya agar tidak terlepas lagi.. Dengan ilmu ‘halus’ yang dikongsikan dalam ebook ini anda pasti mampu menawan hati si dia dengan lebih berkesan dan mampu teruskan hubungan ke peringkat seterusnya seperti yang anda impikan..

Jadi berhenti berharap dan mula bertindak untuk pelajari cara yang terbukti berkesan untuk menawan hati si dia dengan lebih mudah – dengan hanya menguasai cara ‘halus’ yang dibongkarkan dalam ebook “Hi Hensem!”ini sekarang juga!

Semua ilmu yang anda perlukan untuk mengubah hidup anda ada dengan Klik Sini

Show More
Back to top button