Robot Copywiriting

Kongsikan

Software, apps, atau robot yang bantu bina copywriting untuk kita banyak terjual dalam pasaran. Kita tak perlu fikir teruk, isi ruang kosong jer terus siap.

Bunyi macam bagus, macam best, macam betul, padahal jenis software, apps, atau robot ni sebenarnya membantutkan kita untuk belajar dan faham nak bina sendiri copywriting.

Kita jadi robot yang takde emosi sebenar.

Umpama kita bergantung pada mesin untuk kita berjalan tanpa kita guna kaki kita sendiri. Apa kesan kepada kaki dan kesihatan kita?

Umpama kita asyik bersosial melalui gadget, tanpa berbual, berjumpa, berinteraksi dengan kehidupan manusia sebenar.

Umpama kita bina otot besar sihat sado cuma dalam video game sahaja, tapi diri yang sebenar gendut, pemalas, pelahap makan, kuat tidur.

Sampai bila-bila pun kita tak faham nak bina sendiri copywriting tu. Kita jadi tak yakin diri.

Katakan tiba-tiba software, apps, atau robot tu error atau melingkup, kita pun jadi termenung nganga tak tahu nak tulis apa.

Bisnes pun sangkut, asbab kita tak tahu nak bina copywriting untuk menjual.

Nak close sales pun payah kalau tak kuasai seni copywriting. Memang pishangg!

Jalan terbaik, belajar dan asah sendiri senjata copywriting ni. Bina sendiri nilai kualiti diri untuk jadi lebih berharga di mata dunia bisnes.

Lagipun tak lah menggelabah bila nak menjual atau berdepan bakal pelanggan.

Saya cadangkan sebagai permulaan, fahamkan basic copywriting dengan baca 5 Jenis Formula Copywriting ni dulu.

Klik sini