Bisnes

Modul Latih Tubi Matematik

TERBONGKAR! JALAN PINTAS UNTUK PERSEDIAAN PEPERIKSAAN BESAR TANPA PERLU PERGI KELAS TAMBAHAN LAGI…

Ini Satunya Cara Untuk Mengatasi Masalah Tak hafal, Keliru, Tak Ingat, dan Cuai…

Salam bahagia, Nama saya Cikgu Mohd. Fadli Salleh.

Jika anak anda menghadapi masalah, lemah, kurang kefahaman dalam mata pelajaran matematik dan anda tak tahu Nak buat macam mana lagi…

… maka teruskan bacaan anda kerana saya ada satu jalan penyelesaian terbaik untuk membantu anak anda lulus dalam mata pelajaran ini.

Bahagian Pembangunan Kurikulum mendedahkan saban tahun lebih 50% murid GAGAL dalam UPSR sebenar. 

Kegagalan dalam UPSR menjejaskan peluang murid untuk memilih sekolah yang baik di peringkat menengah.

Lebih merunsingkan lagi, kegagalan murid akan memurunkan motivasi mereka dan mereka anggap Matematik adalah subjek yang sukar seterusnya tidak lagi meminati subjek ini.

Akhirnya kegagalan di peringkat UPSR akan terus dibawa ke peringkat PT3, SPM dan seterusnya.

“Kenalpasti Kenapa Anak Lemah Matematik …”

Apabila diteliti punca masalah utama yang yang menyebabkan murid gagal adalah TIDAK FOKUS dan SUKAR MEMAHAMI sesuatu topik yang diajar.

Murid hadapi masalah tersebut kerana beberapa perkara seperti berikut :

  • Kedudukan dalam kelas. Terlalu jauh dengan papan putih.
  • Gangguan kawan-kawan semasa penerangan guru
  • Suara guru tidak cukup kuat dan tunjuk ajar terlalu cepat.
  • Pengajaran guru tidak menarik bagi murid tersebut.
  • Masa belajar yang singkat. Tak sempat murid nak faham masa dah habis.

Dan selalunya, mereka yang gagal menguasai matematik adalah kerana tidak dapat menguasai 3 topik penting  yang diajar sejak darjah empat. Dan 3 topik penting ini adalah:

PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS

3 Topik ini adalah kunci sebenar kepada lulus gagal anak anda dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi.

“Rupanya Ini Sebab Kenapa Anak Tak Dapat Skor”

Saya amat aktif dimedia sosial. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana nak jadikan anak mereka pandai Matematik.

Ramai juga yang PM saya mengadu anak mereka menghadapi kesukaran menjawab soalan. Sampai penuh inbox saya. 

Baru-baru ini, saya bertanya di wall FB saya …

Lebih 400 ibubapa meninggalkan komen dan antara masalah utama dihadapi oleh anak-anak adalah, 

  • Tak hafal rumus dan sifir
  • Keliru
  • Tak faham soalan
  • Masa tak cukup
  • Kurang penguasaan 

… dan bermacam-macam lagi masalah. Saya yakin, anak anda juga mengalami masalah yang sama. Betul kan?

“Gabungan Teknik Visual, Audio, Praktikal Dan Usaha Berterusan, Masalah Ini Sebenarnya Boleh Diatasi Dengan Mudah”

Saya merupakan seorang Guru Matematik sekolah rendah berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dan berpengalaman menjadi pengawas peperiksaan, menghadiri kursus penandaan kertas Matematik tahun 6, di anugerahkan sebagai Guru Inspirasi McDonald’s 2019.

Dari pengalaman ini dan maklumbalas yang diberikan oleh ibubapa, saya mendapati punca masalah-masalah yang dinyatakan jatuh kepada dua sebab Utama …

❌ Pertama, murid Hilang Fokus di kelas dan
Kedua, ibubapa tidak mempunyai kemahiran mengajar anak di rumah. 

Ya, tuan-tuan dan puan-puan.

Anda sebenarnya tidak keseorangan.

Ramai ibubapa NAK SANGAT mengajar anak-anak dirumah. Tetapi adakalanya, lupa rumus dan jalan kerja matematik. Maklumlah, dah bertahun tak buat soalan matematik.

Terpaksa minta bantuan dikalangan ibubapa yang lain di group-group wasap dan di Facebook. Malu jugak sebenarnya…

Pada tahun 2018, saya berjaya menaikkan peratusan lulus Matematik sekolah saya dari 34% kepada 77% pada tahun 2018.

Apa yang saya buat, adalah saya rakam video untuk murid-murid saya yang tidak memahami tunjuk ajar saya di sekolah.

Mereka dapat melihat video-video ini sebagai pengukuhan dan memahami semula topik yang diajar.

Sejak dari itu, saya mula berusaha gigih menyiapkan latih tubi dan video pengajaran setelah permintaan terlalu tinggi terhadap video pengajaran yang saya buat.

Sangat ramai ibubapa memohon saya membuat latih tubi dan video sebagai rujukan mereka untuk mengajar anak-anak di rumah.

Oleh sebab itu, memperkenalkan…

MODUL PANTAS MATEMATIK

*Ini adalah produk digital dalam bentuk fail PDF. Anda boleh download dan cetak. Gambar adalah sekadar hiasan.

Modul Pantas Matematik ialah satu modul memahirkan murid dengan topik PECAHAN. Topik pecahan adalah topik tulang belakang Matematik kerana dalam apa jua bab pun, pasti akan diselit soalan pecahan.

Modul Pantas Matematik ini dibina sepenuhnya oleh sahabat saya yang merupakan Guru Cemerlang dan sangat pakar dalam bidang Matematik. Berpengalaman luas sebagai pembina soalan, penanda kertas peperiksaan UPSR dan ceramah Matematik.

Ebook PECAHAN ini lengkap kerana diasingkan kepada 11 sub topik. Setiap sub topik pula diberi latihan yang banyak secara ansur maju agar murid-murid dapat kuasainya dengan baik.

Latih tubi ini mampu membantu ibubapa untuk mengajar dan Murid tahun 4, 5 dan 6 yang hilang fokus di kelas.

Dengan Modul Pantas Matematik ini, ia dapat membantu anak anda:

✔️ Fokus dalam kelas
✔️ Memahami tunjuk ajar guru di kelas
✔️ Menguasai topik pecahan, perpuluhan dan peratus
✔️ Lebih cepat tangkap bagi murid yang perlahan
✔️ Mengatasi malu untuk bertanya dalam kelas kerana boleh menonton video pengajaran berkali-kali

“Apa Yang Akan Anda Dapat Sebentar Lagi”

Saya memberi jaminan, Modul Pantas Matematik bukan sekadar latih tubi biasa seperti yang terdapat di kedai buku.

Ia dihasilkan oleh 2 orang guru pakar matematik.

Saya sendiri dan seorang lagi guru yang juga seorang pemeriksa kertas peperiksaan. Jadi kami tahu apa yang anak anda perlukan untuk lulus peperiksaan. 

Anda akan dapat 11 set latih tubi yang menyentuh topik-topik berikut:

✔️PENDARABAN PECAHAN DAN NOMBOR BULAT
✔️KONSEP PECAHAN SETARA
◾Tukar kepada Perpuluhan
✔️KONSEP PECAHAN SETARA
✔️JADUAL PERTUKARAN UNIT
◾Rajah Pecahan,Perpuluhan dan Peratus
◾Pecahan – Nombor Bulat, Perpuluhan dan Peratus
✔️JADUAL PERTUKARAN UNIT
◾Perpuluhan – Nombor bulat, peratus dan pecahan
✔️JADUAL PERTUKARAN UNIT
◾Pecahan – Kilometer, Kilogram dan Liter
◾Perpuluhan – Kilometer, Kilogram dan Liter
✔️JADUAL PERTUKARAN UNIT
◾Kilometer – Meter – Sentimeter
✔️JADUAL PERTUKARAN UNIT MASA
◾Abad, Dekad dan Tahun
◾Hari, Jam dan Minit
✔️PENAMBAHAN PECAHAN
◾Permudah Pecahan dan Latihan
◾Penambahan Pecahan. Menjawab Menggunakan Perpuluhan
✔️PENOLAKAN PECAHAN
◾Latihan Permudah Pecahan
✔️PASANGAN PECAHAN DAN PASANGAN PERATUS
◾Pasangan Pecahan
◾Pasangan Peratus

Kesemua latih tubi diatas disertakan bersama dengan jawapan untuk anda dan anak membuat semakan.

Memandangkan Modul Pantas Peperiksaan berbentuk ebook, anda boleh cetak berulang-ulang kali latihan ikut sesuka hati anda, tanpa perlu bimbang mengeluarkan kos membeli set soalan baru.

Malah, anda JIMAT sebab boleh gunakan semula untuk anak-anak yang akan ambil peperiksaan pada tahun-tahun berikutnya.

“Apa Lagi Yang Akan Saya Dapat Cikgu?”

Tidak seperti latih tubi dijual di kedai buku, Modul Pantas Matematik dilengkapi dengan video untuk setiap sub topik. Anda bersama anak dapat menonton berulang-ulang kali sehingga faham.

Bayangkan seperti mengupah seorang tutor mengajar di rumah anda!

Video penerangan ini sangat jelas dan anak anda dapat buat latihan berdasarkan panduan yang diberikan dari video tersebut. Bukan setakat itu, ia boleh ditonton di mana-mana sahaja kerana ia boleh disimpan didalam handfon dan juga didalam laptop. 

Penerangan video bagi setiap sub topik sangat penting untuk kefahaman murid. Video ini boleh diulang tayang selalu dan ebook juga boleh di print out berkali-kali untuk dibuat latihan.

Apa yang boleh saya sambung lagi, Modul Matematik Pantas ini di hasilkan di sekitar  Topik pecahan. Ia sentiasa relevan dan WAJIB murid kuasai walau ada perubahan silibus sekali pun. Ia topik yang takkan sesekali dikeluarkan dari silibus.

“Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal”

NAK tau apa beza murid cemerlang dan pelajar yang lemah?

Apabila ditanya murid-murid yang mendapat “A” dalam subjek matematik apakah rahsia mereka, mereka menjawab,

“… Buat latihan berulang-ulang kali setiap hari sehingga saya dapat menjawab dengan sebelah mata.” 

Ya, matematik tidak ada jalan pintas kecuali anak anda seorang genius matematik.

Apa yang boleh saya jamin, latih tubi dalam Modul Pantas Matematik sangat banyak, jika dibuat berulang kali pastinya mereka akan mahir dalam topik pecahan seterusnya kejayaan dalam Matematik selangkah lebih dekat. 

Jika anak anda tidak dapat A, sekurang-kurangnya anak anda lulus dalam Matematik asas yang akan bawa anak anda jauh dalam pendidikan dan untuk masa hadapanya.

Ibubapa mana yang tak NAK lihat anak Berjaya.

“Cikgu, Berapa Harga Kesemua Latih Tubi dan Video Modul Pantas Matematik Ini?”

Sabar dulu. Sabar… Saya tahu anda dah tak sabar sangat dah Nak Dapatkan Modul Pantas Matematik ini. Cuma saya nak beritahu harga asal Latih Tubi dan Video ini. 

“Kalau Ikutkan Pecahan Diatas, Jumlah Harga Asal Adalah:

RM997.00

Jumlah keseluruhannya adalah RM997.00. Tapi anda tak perlu bayar sebanyak itu jika anda dapatkannya sekarang.

Anda boleh dapatkan Modul Pantas Matematik dengan pelaburan sekali seumur hidup dengan harga

RM149

TAPI TUNGGU!

Sempena Tahun Baru 2020 yang telah tiba, anda boleh dapatkan pada harga istimewa hanya

RM80 

Peperiksaan UPSR, semakin hampir. Pekara yang paling menggembirakan buat seorang ibubapa adalah melihat wajah anak yang seronok menerima keputusan peperiksaan yang cemerlang. 

Jangan judikan masa depan anak. Anak ini bagaikan kain kanvas putih. Kita yang menentukan corak pada kain tersebut. Kita jugalah membantu membentuk masa depannya. Dapatkan Modul Pantas Matematik Sekarang!

Yang ikhlas,

Cikgu Mohd. Fadli Salleh

p.s Jangan berkira sangat dengan pendidikan anak-anak 

Show More
Back to top button