Hukum Main Saham..
Inilah persoalan-persoalan yang sering menghalang anda untuk mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham!
Salah satu sebab anda masih tidak memulakan pelaburan saham ialah kerana masih berasa ragu-ragu & tidak yakin dengan pelaburan ini SERTA takut rugi..
Yeah, jika anda ada perasaan begini.. Ianya NORMAL!
Kerana ramai orang termasuklah pelabur-pelabur lama dan baru pernah menghadapi perkara yang sama sehingga ada yang terpaksa tangguhkan hasrat untuk memulakan pelaburan saham akibat emosi takut ini.
Ditambah dengan berita-berita negatif yang menggambarkan betapa dasyatnya jika mengalami kerugian akibat pelaburan saham.. Fuh seram rasanya!
Tapi..
Ini bukanlah bermaksud pelaburan saham sangat menakutkan.. Ia cuma menunjukkan banyak persoalan mengenai pelaburan saham perlu di jawab sebelum kita betul-betul yakin untuk mulakan pelaburan saham yang menguntungkan ini..
Berikut antara 5 soalan panas yang sering bermain di fikiran kita berkenaan dengan pelaburan saham:
1 – Saya tiada modal besar.. Bolehkah saya melabur saham dengan modal yang kecil dahulu?
Pembelian minimum saham adalah 1 lot, di mana 1 lot bersamaan dengan 100 unit saham. Dan saham-saham yang ditawarkan di bursa juga ada yang mahal hingga 3 angka seunit dan ada yang paling minimum RM0.005 seunit.
Jika anda mahu membeli saham murah ini maksudnya anda perlu membayar RM0.50 sahaja (RM0.005 x 100 unit). Inilah modal yang paling minimum untuk membeli saham.
Tapi itu hanyalah contoh, elakkan membeli saham-saham yang terlalu murah RM0.005 ini kerana risikonya sangat tinggi. Anda boleh mula bermain-main dengan saham yang berharga sekitar RM0.10 hingga RM1.00 dahulu
2 – Di mana saya harus melabur jika saya masih baru dalam pelaburan saham ini?
Jika anda baru terlintas untuk melabur saham, pastikan anda terlebih dahulu melabur untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkenaan pelaburan saham sebelum terjun ke bidang ini. Ia boleh mengelakkan anda daripada alami kerugian besar dalam pelaburan anda.
Pastikan juga anda mencari mentor-mentor saham yang benar-benar berpengalaman dalam melabur saham dan bukannya hanya sekadar orang yang mengajar teori semata.
3 – Apakah persediaan yang perlu ada sebelum terjun untuk melabur saham secara serius?
Ada 3 persediaan yang anda perlu ada sebelum mula melabur saham iaitu persediaan mental (pengurusan mindset & emosi), persediaan ilmu-ilmu berkenaan dengan pelaburan saham (membeli ebook, berguru dan sebagainya) dan persediaan modal untuk melabur saham.
4 – Bagaimana cara untuk memilih kaunter-kaunter saham yang menguntungkan?
Dalam ebook Jom Labur Saham ada menunjukkan 3 teknik terbaik untuk memilih saham yang berpotensi iaitu memilih kaunter saham berdasarkan:
- Pergerakan Sectorial Index.
- Transacton/Volume yang aktif.
- Berdasarkan Alert/ signal pada chart.
5 – Apakah hukum sebenar pelaburan saham ini dalam Islam?
Hukum pelaburan saham adalah harus bagi saham-saham patuh syariah. Terdapat lebih dari 900 kaunter saham yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan lebih dari 80 peratus adalah saham-saham patuh syariah berdasarkan tetapan yang dibuat oleh badan penasihat shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Usah bimbang, Shariah Advisory Council (SAC) bersidang setiap 2 kali setahun untuk menentukan adakah saham-saham yang mematuhi kriteria patuh shariah masih kekal mematuhi syarat-syarat atau sudah mengalami perubahan.
Dengan kesemua jawapan kepada soalan-soalan di atas, saya yakin tiada lagi sebab untuk anda takut memulakan pelaburan saham. Apa yang anda perlukan ialah ilmu yang mencukupi dan semuanya akan menjadi lancar!
Ilmu dan mentor yang betul pasti dapat meminimumkan risiko kerugian yang bakal anda hadapi dan mula menggandakan keuntungan dalam pelaburan saham.
Nak belajar lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan saham daripada kosong?
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut