Cara Nak Melabur Saham
Bila Dengar Ja Melabur Saham Ni, Macam-Macam Pendapat Yang Keluar
Ada yang cakap tak boleh untung laa, ada yang cakap risiko tinggi dan ada jugak yang cakap tak patuh syariah. Kiranya keuntungan yang dapat waktu melabur tu duit haram laa.
Untuk itu pada harini admin terpanggil untuk menulis artikel berkaitan ini. Sebenarnya dalam melabur saham ada step-stepnya tak boleh jump ikut suka. Kiranya kena ada ilmu la. Dan berkaitan saham tak patuh syariah. Untuk pengetahuan di Malaysia kita ada 689 saham yang patuh syariah. Jadi berkaitan untung duit yang dilaburkan tak halal. Ini adalah pendapat yang lapuk.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk melabur saham di Malaysia. Mari sama-sama kita lihat stepnya.
- Buka akaun CDS
Anda hanya perlu pilih broker yang paling rendah fee sama ada MPlus mahupun Maybank Investment untuk buka akaun CDS - Berkenalan Dengan Remisier
Pihak broker akan memberi contact dengan remisier. Remisier ini bertindak akan membantu anda dalam proses menjual beli unit saham mahupun tambah modal - Download App Trade Saham
Pada masa kini kebanyakan broker telah menyediakan APP khas untuk anda trade saham di telefon mahupun membaca trend graf. Jadi anda download sama ada di app store mahupun google play store - Masukkan Modal
Modal yang diperlukan untuk anda melabur pada peringkat awal ini adalah sekitar RM 100 -RM 500. Kerana minumun pembelian saham adalah 1 Lot bersamaan dengan 1000 Unit - Tahu konsep
Konsep untuk membeli saham adalah beli waktu rendah dan jual waktu tinggi, barulah anda dapat menjana keuntungan - Menguasai ilmu Fundamental dan Technical Analysis
Sekiranya anda dapat menguasai ilmu ini. Anda akan tahu waktu bila untuk anda beli saham tersebut dan waktu bila anda tahu untuk jual saham tersebut. Untuk menguasai ilmu ini anda boleh baca di sini - Tahu Matlamat
Anda perlu memilih sama ada nak jadi invester atau trader. Kalau invester ia akan melabur dalam tempoh masa yang lama, manakala trader ia akan melabur dalam tempoh masa yang pendek dan berisiko tinggi untuk menghadapi kerugian.
Ilmu pelaburan ini tidak mempunyai batasan, dan ianya perlu berterusan kerana pasaran saham ini ada turun naiknya. Ilmu yang dicari juga perlulah betul agar anda tidak tersalah langkah
Dapatkan Panduan Melabur yang dapat membantu anda step by step secara terperinci untuk terjun ke bidang ini tanpa pening kepala memikirkanya