Cara menempah tiket KTX
Bagi anda yang merancang untuk melancong ke 2 bandar atau lebih di Korea, seperti Seoul dan Busan, anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi laju KTX. SEOUL ke BUSAN hanya mengambil masa selama 2 jam 30 minit menggunakan KTX.
Ada pelancong yang mereka beli tiket flight 1 hala ke incheon, kemudian tiket flight balik pula dari Busan. Ini merupakan idea yang menarik. Tidak kira apa pun plan anda, Kami nak kongsikan bagaimana cara-cara untuk menempah tiket keretapi KTX secara online.
Tapi sebelum tu, jika anda ingin melancong ke 3 bandar utama di Korea, anda boleh dapatkan Naracards Kombo iaitu Seoul, Busan & Jeju sebagai panduan ketika melancong di sana. Lihat di sini
CARA MMENEMPAH TIKET KTX
1. Pergi ke laman web tempahan KTX. Klik sini
2. Pilih tarikh, bandar berlepas dan ketibaan di bahagian “Departure/Arrival” dan jumlah passenger. Klik “INQUIRY”
3. Page seterusnya akan memaparkan masa dan jenis train yang ada. Klik pada simbol seperti dalam bulatan pada gambar diatas untuk dapatkan maklumat harga tiket. Selepas anda klik akan keluar pop-up window seperti gambar dibawah. Anda boleh lihat 3 jenis harga tiket yang berbeza iaitu 1st class, Standard class dan Standing.
4. Setelah buat keputusan nak beli tiket jenis apa, klik “CLOSE” pada gambar diatas dan klik “Select” seperti bulatan merah dalam gambar dibawah ini.
5. Seterusnya masukkan detail maklumat diri passenger dan klik “NEXT”
6. Lihat semula ringkasan tempahan anda. Semak tarikh dan masa. Jika semuanya telah pasti, masukkan detail credit card untuk bayaran.
Itu sahaja tipsnya. Mudah kan?
Alang-alang melancong ke Korea, apa kata anda plan melancong ke Seoul, Busan dan Jeju? Oh ya, jangan risau Naracards Korea telah menyediakan Pocket guide jika anda baru pertama kali ke Korea. Layari Di Sini untuk maklumat lebih lanjut.