Info Kerjaya Kerajaan

CARA BETUL MEMPERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA KERAJAAN

Boleh dikatakan 99.9% peratus ahli panel temuduga akan ajukan soalan ” sila perkenalkan diri anda ” kepada setiap calon-calon yang hadir dalam temuduga. Tapi bagaimana anda sebagai calon yang bakal ditemuduga oleh ahli panel membuat persiapan menghadapi hari terpenting bagi menduduki tapisan untuk menjadi seorang penjawat awam ?

Persiapan Yang Perlu Dilakukan

Fresh Graduate

Sekiranya anda merupakan seorang fresh graduate yang masih belum mempunyai pengalaman dalam suasana pekerjaan sebelum ini, tetapi anda jangan lupa anda pernah melalui fasa bekerja ketika “praktikal “. Dimana IPTA ataupun IPTS mewajibkan para pelajar untuk menjalani Latihan Industri supaya anda sudah biasa dengan bekerja. Jadi ini boleh dijadikan sebagai pengalaman bekerja anda dan diceritakan kepada ahli panel.

Pernah Bekerja / Mempunyai Pengalaman Bekerja

Anda yang pernah bekerja bermakna anda sudah mempunyai pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsikan kepada panel temuduga. Cara perkongsian haruslah mempunyai kaitan/bidang dengan jawatan yang anda mohon. Jangan cerita perkara tidak berkaitan dan panjang lebar untuk mengelakkan panel berasa bosan.

Bagaimana Menyusun Ayat Ketika Memperkenalkan Diri

Ok, saya akan berikan kepada anda 1 contoh ayat cara memperkenalkan diri. Anda juga boleh mengubah ayat ini mengikut kesesuaian diri anda

Assalamualaikum, Tuan / Puan. Nama diberi Siti Nabillah Binti Abdul Halim. Berasa dari Sik, Kedah. ( Perkenalkan Nama dan Asal )

Saya merupakan graduan Politeknik Seberang Perai,Pulau Pinang dalam Bidang Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam dan baru sahaja bergraduasi pada tahun lepas. ( Ceritakan Nama Pusat Pengajian, Bidang dan Tahun Graduasi )

Saya pernah menjalani Latihan Industri di Majlis Daerah Sik selama 6 bulan dibawah Jabatan Perbendaharaan. ( Sekiranya Graduasi Baru ceritakan tempat praktikal anda, sekiranya sudah bekerja ceritakan nama syarikat anda dan bekerja dibawah jabatan apa ? )

Saya juga merupakan seorang yang sangat menepati masa, komited dalam melaksanakan tugas dan boleh bekerja secara berkumpulan. ( Wajib ceritakan kelebihan diri sendiri )

Perkara Yang Perlu Diberikan Perhatian

Semasa sedang memperkenalkan diri anda haruslah mempunyai eye-contact dengan panel, kerana ini dapat membuktikan bahawa ada mempunyai keyakinan diri. Sila kawal sikap gemuruh dan susun ayat secara teratur. Kalau part ni dah berterabur. Nah ! macam pulak part seterusnya !.

Saya harap tips ini dapat membantu anda serba sedikit dalam membuat persiapan untuk menduduki temuduga kerajaan tidak lama lagi.

Jika anda ingin mengetahui tips-tips berkesan dan lebih mendalam dalam temuduga kerajaan. Saya syorkan kepada anda untuk mendapatkan kerana panduan ini menyediakan contoh-contoh soalan temuduga beserta jawapan, turut menceritakan etika pakaian serta kreteria calon temuduga yang terpilih dan pelbagai lagi sebagai persediaan untuk anda berjaya dalam temuduga. Jika berminat boleh klik pada gambar di bawah.

Show More
Back to top button