Belajar Tulisan Korea (Hangeul) Dalam Masa 3 Hari – Hari 2
Hi, Anyeonghaseyo,
Jom kita sambung dari Part 1. Anda dah ingat semua huruf-huruf konsonan hangeul? anda perlu berlatih menghafal huruf-huruf konsonan dan praktis sekali dengan menulis.
Baiklah, pada Post kali ini kita akan mengenali huruf-huruf vokal pula.
Tapi sebelum tu, kami nak memperkenalkan satu travel guide dari Naracards yang boleh membantu anda Backpack ke Korea. Lihat sini,
ㅏ – a (cara sebutan: ayam)
ㅗ – o (cara sebutan: orang)
ㅓ – eo (cara sebutan: orang)
ㅜ – u (cara sebutan: ubat)
ㅡ – eu (cara sebutan: sempat)
ㅣ – i (cara sebutan: ikan)
ㅛ – yo (cara sebutan: yoyo)
ㅕ – yeo (cara sebutan: yoyo)
ㅑ – ya (cara sebutan: yang)
ㅐ – ae (cara sebutan: airplane)
ㅔ – e (cara sebutan: nenek)
ㅠ – yu (cara sebutan: yunus)
ㅒ – ae (cara sebutan:airplane)
ㅖ – ye (cara sebutan: yes)
Gabungan 2 Vokal menjadi vokal baru
ㅗㅏ – wa (cara sebutan: wang)
ㅜㅓ – wo (cara sebutan: Woi)
ㅗㅣ– oe (cara sebutan: airplane)
ㅗㅐ– wae (cara sebutan: western)
ㅡㅣ– ui (cara sebutan: duit)
ㅜㅣ– wi (cara sebutan: wikipedia)
ㅜㅔ – we (cara sebutan: wikipedia)
Senarai diatas merupakan huruf-huruf vokal hangeul. Cuba ingat dan tulis semula semua huruf ini.
Sekarang mari kenali huruf-huruf ini di dalam beberapa perkataan. Lihat beberapa contoh di bawah.
안녕하세요 – An-yeong-ha-se-yo
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅏ,ㅕ,ㅏ,ㅔ,ㅛ (a, yeo, a, e, yo)
감사합니다 – Kam-sa-hab-ni-da
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅏ,ㅏ,ㅏ,ㅣ,ㅏ(a, a, a, i, a)
반감습니다 – Ban-gab-seub-ni-da
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅏ,ㅏ,ㅡ,ㅣ,ㅏ (a, a, eu, i , a)
부산 – Bu-san
huruf vokal pada perkataan di bawah ialah ㅜ,ㅏ (u, a)
Gabungan Konsonan dan Vokal
Untuk lebih faham bagaimana penggunaan huruf konsonan dan vokal hangel, mari lihat penggunaannya dalam beberapa perkataan di bawah.
Gabungan: aNNyeoNGHaSeyo
Gabungan: BuSaN
Faham tak? Lihat lebih banyak contoh lagi di bawah. Lihat perbezaan huruf konsonan (huruf besar) dan huruf vokal (huruf kecil)
- 순두부지개 – SuNDuBu JiGae
- 참치김밥 – CHaMCHi KiMBaB
- 해물 – HaeMuL
- 울산 – uLSaN
- 서울 – SeouL
- 사랑해요 – SaRaNGHaeyo
Pada post seterusnya pasti anda akan terus boleh membaca tulisan korea. Cepat atau lambat itu bergantung pada latihan dan usaha anda sendiri.
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide.
Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut Klik Disini