Belajar Tulisan Korea (Hangeul) Dalam Masa 3 Hari – Hari 1
Pada post kali ini kami nak share bagaimana membaca tulisan Korea (hangeul) dalam masa 3 hari. Wow 3 hari je? Ya kerana huruf yang digunakan dalam tulisan korea cuma 27 huruf sahaja. Pada hari pertama, kita akan kenali huruf konsonan diikuti hari kedua huruf vokal. Hari ketiga pula belajar menyusun huruf supaya menjadi perkataan.
Tapi sebelum kita mula, kami ingin memperkenalkan satu Kad Panduan Mudah dari Naracards Travel Guide yang boleh membantu anda semua melancong secara sendiri di Korea.
Ok baik. Menulis dan membaca tulisan hangul memang mudah. Tapi berbeza dengan bertutur dan memahami bahasa korea. Kalau nak cakap bahasa korea perlukan vocab yang banyak dan latihan yang berterusan. Apapun, tujuan mempelajari tulisan korea dapat membantu korang menghadapati situasi seperti di bawah:
- Apabila nak guna Apps Google Translate, korang boleh taip dengan mudah perkataan bahasa Korea untuk terjemahan
- Ketika di restoran-restoran. Sekurang-kurangnya korang tahu membaca menu, walaupun tak semua korang faham. Belajar beberapa perkataan seperti ikan, daging, babi, seafood dan perkataan penting yang lain.
- Ketika memandu, senang korang nak tengok signboard.
- Menggunakan Naver Maps
Dah siap sedia? Ambil pen dan kertas. Jom kita mulakan dengan huruf Konsonan seperti di bawah:
Huruf Konsonant Hangeul
ㅂ – B (cara sebutan: Bola)
ㅈ – J (cara sebutan: Jambu)
ㄷ – D (cara sebutan: Dodol )
ㄱ – K atau G (cara sebutan: Kebab atau Gemuk)
ㅅ – S (cara sebutan: Saya atau Shikin)
ㅁ – M (cara sebutan: Makan)
ㄴ – N (cara sebutan: Naga)
ㅇ – NG atau tiada bunyi (cara sebutan: abaNG.Note: Jika di hadapan perkataan, tiada bunyi)
ㄹ – R atau L (bunyi: Raga atau Lapar)
ㅎ – H (cara sebutan: Harga)
ㅋ – K (cara sebutan: Ketawa)
ㅌ – T (cara sebutan: Taman)
ㅊ – CH (cara sebutan: CHinese)
ㅍ – P (cara sebutan: Padang)
Konsonan kembar
ㅃ – BB (cara sebutan: Buku)
ㅉ – JJ (cara sebutan: Jual)
ㄸ – DD (cara sebutan: Dadu)
ㄲ – KK (cara sebutan: Kebab)
ㅆ – SS (cara sebutan: Saya)
Dari huruf konsonan di atas cuba kenali huruf konsonant dalam beberapa perkataan dibawah. Perhatikan huruf konsonant sahaja. Abaikan huruf-huruf lain selain huruf yang disenaraikan di atas.
안녕하세요 – An-nyeong-ha-se-yo
Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan di atas ialah: ㅇ,ㄴ,ㄴ,ㅇ,ㅎ,ㅅ,ㅇ
Perhatikan gambar diatas untuk kenal pasti huruf konsonant
감사합니다 – Kam-sa-hab-ni-da
Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㄱ,ㅁ,ㅅ,ㅎ,ㅂ,ㄴ,ㄷ
반감습니다 – Ban-gab-seub-ni-da
Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅂ,ㄴ,ㄱ,ㅂ,ㅅ,ㅂ,ㄴ,ㄷ
부산 – Bu-san
Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅂ,ㅅ,ㄴ
Macamana? dah boleh ingat huruf konsonan Hangeul? Kalau belum, keep training. Kena tulis banyak kali dan ulang.
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari Di Sini