Bisnes

Nak Ambil Morotarium Atau Tidak?

Sekarang ni tengah hangat pasal morotarium 3.0….
Sebabnya dari garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak bank…
Morotarium kali ini, nampaknya tidak sama seperti morotarium 1.0 yang diberi oleh pihak bank pada tahun 2020 yang lalu.

Ringkasnya.. Jika kita ambil morotarium kali ini.
Kadar faedah akan bertambah.

Ianya mungkin akan memberikan sedikit kelegaan pada waktu ini,
tetapi, akan membebankan di hari kemudian.
Harap-harap.. dihari kemudian itu.. anda sudah ok dan kuat untuk menampungnya.

Adakah perlu atau tidak ambil morotarium kali ini?

Jawpaan ringkasnya…

Jawapan 1 = Ya! Jika anda sedang terdesak dan memang tak mampu nak bayar hutang buat masa ini.
Morotarium ini akan mengurangkan sedikit bebanan anda buat masa ini,
Ia tidak hilangkan hutang.. ia hanya tangguh dan tambah hutang anda ke kemudian hari.

Harap-harapnya, di kemudian hari tu, situasi kewangan anda sudah bertambah baik dan dapat menampung
bebanan “faedah” tambahan yang dikenakan akibat morotarium yang diambil.

Jawapan 2 = Tidak! Jika pendapatan anda tidak terjejas dan anda mampu untuk membayar seperti biasa.
Morotarium kali ini tidak sesuai untuk anda berkira-kira dan “saje-saje” kononya nak simpan dan ada “duit lebih” sebab tak perlu bayar hutang.

Satu hakikat yang perlu kita faham dan terima…
Morotarium tidak akan melangsaikan hutang…
Ia hanya menangguhkan hutang dan menjadikan hutang tersebut lebih besar di kemudian hari.

Dan hutang….. adalah sesuatu yang wajib dibayar.

.
.
Hmm… kalaulah hidup ini tiada hutang.. mesti seronok kan?
Ya!… sebenarnya… boleh je kita hidup tanpa hutang!

Klik disini untuk tahu cara hidup bebas tanpa hutang!

Show More
Back to top button