Bisnes

5 Tips Email Marketing Yang Paling Efektif

Walaupun email marketing ini merupakan pemasaran internet yang paling lama, ia masih lagi relevan dan berkesan untuk digunakan pada hari ini.

Namun begitu kita perlu peka dengan perubahan landskap yang sentiasa berubah mengikut zaman teknologi ini. Banyak ciri-ciri baru dibina untuk mudahkan email marketing para pengguna.

Teknik-teknik yang digunakan juga perlu selari dengan perkembangan teknologi pada hari ini agar anda tidak nampak ketinggalan.

Berikut antara 5 tips paling penting untuk memastikan email marketing terus kekal efektif:

#1 – Jadikannya Personal

Personalization adalah elemen penting dalam setiap kempen pemasaran tetapi sering disalahertikan sebagai memanggil subscriber dengan nama mereka dalam setiap email anda semata.

Personalization ini termasuklah bersikap relevan terhadap subscriber anda, menghantar email pada masa yang betul serta mengetahui setiap keperluan  dan kehendak para subscriber anda.

#2 – Fokus Membina Hubungan & Keyakinan

Walaupun tujuan utama email marketing adalah untuk mengembangkan bisnes anda, anda perlu sedar bahawa promosi bukanlah tunjang email marketing.

Tunjang email marketing anda adalah untuk merapatkan dan menjalin hubungan yang baik dengan para subscriber anda. Hubungan inilah merupakan nilai sebenar kepada bisnes anda kerana ianya memupuk kepercayaan antara dua pihak.

#3 – Lakukan Segmentation Pada Setiap List

Segmentation merupakan proses pengasingan subscriber database anda mengikut kaetgori-kategori tertentu. Ini memudahkan anda..

– Merancang customer journey yang berlainan untuk setiap group subscriber  untuk tingkatkan keberkesanan email marketing anda.

– Menghantar content yang lebih personal untuk pengaruhi subscriber anda untuk bertindak.

Jangan sekali-kali hantar email yang sama kepada semua database anda untuk pastikan ianya kekal relevan dan para subscriber tidak akan menekan link unsubcribe yang ada dalam email anda.

#4 – Sentiasa Melakukan A/B Testing

Testing & tracking antara elemen paling penting dalam kempen email marketing anda. Dengan mengkaji perkara ini, anda dapat memperbaiki kualiti email yang anda hantar kepada subscriber anda agar menjadi lebih efektif.

Banyak yang anda boleh pelajari daripada statistik email yang dihantar serta aktiviti testing & tracking ini. Semakin banyak anda memahami subscriber anda, semakin mudah anda menjual sebarang produk kepada mereka.

#5 – Tahu Matlamat Jelas

Sama seperti pemasaran lain, mengetahui matlamat yang jelas merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kempen pemasaran tersebut. Dan lebih penting lagi, pastikan email anda fokus kepada tujuan untuk mencapai matlamat tersebut.

1 email = 1 matlamat.. Kekalkan fokus content email anda mengikut tujuan matlamat yang mahu dicapai. Ia mudahkan subscriber memahami apa yang anda mahukan daripada mereka.

Dengan melaksanakan kelima-lima tips di atas, kempen email marketing anda pastinya lebih efektif SERTA menguntungkan bisnes anda.

Jom mulakan kempen pemasaran email dengan klik button di bawah

Show More
Back to top button