Jawatan Kosong

Ini 7 Aktiviti Yang Wajib Anda Buat Bila Pertama Kali ke Seoul

Jika Anda berhajat untuk melancong ke Seoul buat pertama kali, berikut kami senaraikan 7 aktiviti yang Anda wajib anda buat jika melancong ke Seoul.

Credit to Travelocity

 1. Jalan Tepi Sungai di Cheonggyecheon 

Cheonggyecheon merupakan taman rekreasi awam sepanjang 10 km yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Seoul yang padat. Anda boleh datang ke sini pada waktu malam dan menyaksikan keindahan taman ini dengan lampu berwarna warni menghiasi sepanjang sungai, terutamanya ketika festival lampu yang diadakan pada setiap tahun (1 hingga 17 November). Scan QR code menggunakan QR scanner untuk maklumat lokasi.

 2. Wefie dengan King Sejong di Gwanghwamun 

Kalau Anda ke Seoul, tak sah kalau tak belajar mengenai sejarah King Sejong. Beliau merupakan tokoh hebat dan popular yang mengasaskan tulisan Korea (Hangeul). Di Gwanghwamun terdapat 2 patung besar iaitu King Sejong dan General Yi Sun Sin. Kalau Anda ke sana, jangan lupa wefie dengan mereka. Di tingkat bawah patung tersebut ada sebuah museum pameran berkenaan asal-usul tulisan hangeul dan juga replika kapal perang milik General Yi Sun Sin. Untuk dapatkan maklumat lokasi yang tepat, Anda refer kad ini atau scan QR code menggunakan QR scanner.

Untuk ke sini, Anda boleh menggunakan subway nombor 5 dan berhenti di station Gwanghwamun. Kemudian keluar di Exit 9 dan Anda terus jumpa dengan patung ini.

Credit to CNN

 3. Piknik di Tepi Banpo Bridge Rainbow Fountain

Terdapat 27 jambatan untuk menyeberangi Sungai Han di Seoul, namun begitu Jambatan Banpo merupakan jambatan yang paling ikonik. Ini kerana di jambatan Banpo terdapat pertunjukan air pancut berwarna warni dan merupakan jambatan air pancut terpanjang di dunia.

Bagi pasangan yang sedang berbulan madu. Bayangkan Anda duduk berdua sambil menyaksikan pertunjukan lampu diiringi musik-musik indah. Alahai Syahdu! Suasana romantik ni Anda boleh dapat dengan berkelah di tepi Banpo bridge. Pertunjukan malam bermula dari pukul 7.30 pm ke 9.30 pm (April hingga Oktober). Untuk maklumat lokasi yang tepat Anda boleh scan QR code pada kad di atas.

 4. Shopping Souvenir di Namdaemun Market

Standard la kan kalau kita baru balik melancong atau bercuti mesti ada kawan-kawan yang minta ole-ole. Jangan risau, di Seoul Anda boleh beli semua souvenir Anda di Namdaemun market, termasuklah souvenir paling cliche baju “I Love Korea”.

Namdaemun market merupakan pasar tradisional terbesar di Korea. Ada macam-macam di sini. Anda boleh menggunakan skill nego Anda kat sini untuk dapatkan harga barang murah. Pastikan Anda tahu berapa harga standard kat sini sebelum mula keringkan poket Anda.

Untuk ke Namdaemun Market, guna subway line 4 dan berhenti di station Hoehyeon. Kemudian keluar di Exit 5 dan Anda dah boleh nampak pasar ini.

Credit to Klook

 5. Kunci Cinta di ‘N Seoul Tower’ 

N Seoul Tower juga adalah destinasi ikonik di Seoul terutamanya pasangan bercinta. Sama seperti jambatan Pont Neuf di Paris, pasangan bercinta akan ke sini untuk “mengunci cinta” mereka mengguanakn padlock ke pagar dan berharap cinta mereka akan kekal selama-lamanya.

Seoul Tower boleh diakses menggunakan cable car. Dari station cable car (di atas bukit) nak berjalan ke Seoul Tower, Anda akan sampai di “Locks of Love”. Bagi pasangan yang berkahwin yang dah lama tak buat surprise kat isteri, inilah masanya. Bawa padlock Anda sendiri dan kunci padlock tu di depan isteri Anda. Pasti Anda menang anugerah calon suami paling romantik pada tahun ini. (Pst. Make sure isteri Anda tak baca post ni)

Dari station Hoehyeon, Anda boleh scan QR code pada kad di atas ni dan berjalan ke arah station cable car Seoul Tower menggunakan Google Maps.

Credit to Klook

 6. Kempiskan Perut dengan T-Express di Everland

Rasai pengalaman paling menyeronokkan dengan Roller Coaster T-Ekspress yang berkelajuan maksimum 104 km/h pada sudut 77 darjah. Roller coaster kayu yang terunik di dunia ini akan meninggalkan Anda kenangan yang tak akan dilupakan.

Anda boleh uji keberanian dengan menaiki roller coaster T-Express di Everland. Kecut perut tengok track roller coaster ni. Make sure Anda target T-Express dulu bila sampai di Everland. Ramai orang nak cuba roller coaster ni sampai line beraturnya sangatlah panjang. Kalau datang lambat, memang berjam-jam lah nak tunggu giliran.

 7. Acah-acah Berlakon Filem di Nami island

Anda boleh jadi Oppa Korea dengan acah-acah berlakon filem di Pulau Nami, sebuah pulau yang terletak di dalam sungai Han. Pemandangan dan suasana di sini memang cantik, terutamanya pada musim luruh (Autumn, October ke November). Sebab itu lah pulau ni menjadi lokasi pilihan bagi penggambaran filem Korea.

Pulau ni boleh diakses menggunakan Feri atau nak lebih mencabar lagi Anda boleh cuba “Nami Island Skyline Zipwire” dengan melintas sungai untuk ke Pulau Nami. Amacam, ada beran?

Ade banyak lagi aktiviti menarik yang boleh Anda lakukan di Seoul. Kami cuma kongsikan 7 yang tak patut Anda miss sahaja. Diharapkan post ini dapat membantu Anda yang ingin bercuti ke Seoul. Jangan lupa untuk komen di bawah ini mengenai aktiviti apa lagi yang Anda rasa patut dicuba di Seoul.

Oh ya, kalau Anda baru pertama kali nak ke Seoul tanpa guna travel agen, kurang yakin, takut sesat atau tak sempat nak plan itinerary, Anda boleh gunakan panduan melancong Naracards Seoul. Ia merupakan koleksi informasi tempat-tempat menarik yang ada di Seoul (seperti gambar kad di atas).

Untuk maklumat lanjut mengenai Naracards sila layari Di Sini

Show More
Back to top button