Bisnes

Cara Meningkatkan Tempahan Homestay

Bisnes Homestay merupakan bisnes yang masyukkk

Tapi, kalau tak kena step mesti Bisnes Homestay anda krik-krik tak ada orang tempah pun kalau ada mesti jarang. Inilah orang paling takut bila menyertai bisnes homestay ni

Jadi harini admin akan share

Tip untuk meningkatkan tempahan homestay, khas kepada pembaca setia

  1. Promote Di Media Sosial


    Pastikan anda mempunyai pelbagai akaun media sosial terkini seperti facebook, instagram dan twitter untuk promote Homestay anda.

    Pelbagaikan cara promosi anda ini menjamin pelanggan anda sentiasa ada dan berminat untuk menempah

  2. Gambar Berkualiti


    Pastikan anda upload gambar yang berkualiti dan lengkap dengan ruangan di dalam seperti bilik , ruang tamu serta bilik air. Ruangkan luar juga turut ditayangkan dalam gambar

  3. Penerangan Terperinci


    Menerangkan kemudahan yang disediakan secara terperinci seperti berapa bilik tido, bilik air mahupun rumah mempunyai aircond ataupun tidak

  4. Mempunyai keunikan tersendiri


    Keunikan homestay juga mempengaruhi minat pelanggan. Sekiranya rekaan rumah yang klasik dan memberi suasana kampung yang damai pastinya ia dapat menarik perhatian pelanggan yang minat akan suasana begitu

  5. Kemudahan Yang Lengkap


    Kemudahan merupakan antara faktor utama untuk anda meraih pelanggan tidak henti-henti. Sekiranya anda hanya menyediakan kemudahan ala kadar maka pelanggan yang tempah jugak ala kadar.

  6. Penyelengaraan Yang Rapi


    Penyelengaraan yang rapi menjamin Homestay anda dalam keadaan yang cukup baik dan ini menjamin tahap kepuas hati pelanggan anda berada kadar yang tinggi

  7. Survey Pelanggan Anda


    Anda digalakkan jugak survey pelanggan anda. Sama ada mereka puas hati dengan servis yang anda sediakan sama ada berbaloi dengan harga ataupun tidak. Sekiranya tidak pastikan anda melakukan penambahbaikan.

  8. Booking Online


    Dalam kepesatan teknologi sekarang, anda seharusnya menawarkan perkhidmatan booking homestay secara online. Ini sekaligus dapat meringankan beban anda untuk menerima tempahan secara manual. Mahupun memudahkan pelanggan anda dalam proses tempahan

Bisnes Homestay ini antara yang mencabar kerana permulaan dalam membina homestay memerlukan modal yang tinggi.

Sekiranya anda tersalah langkah pastinya kerugian menanti anda. Dapatkan Panduan Lengkap Bisnes Homestay bagi menjamin anda mengikut teknik yang betul. Klik button di bawah untuk dapatkanya

Show More
Back to top button