Jenis-jenis Penyakit Kambing Dan Cara Rawatan
Mengenali penyakit kambing adalah sangat penting agar dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada berjangkit dengan pantas
Musuh utama ternakan kambing yang selalunya menjadi punca kematian jika tidak dikawal dan dirawat adalah parasit
Berikut merupakan antara penyakit kambing dan cara rawatan
- Penyakit Puru
Cara Rawatan
• Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
• Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
• Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelah 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
• Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
• Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti tetravet atau iodin. - Kembung (Tyumpang)
Penyebab Kembung
• Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
• Terlalu banyak makan PKC,
• Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
• Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
Tanda-Tanda Klinikal :
• Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
• Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
• Tidak mahu makan.
• Terbaring dan kesakitan.
• Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
Kaedah Rawatan
• Stomach tubing.
• Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
• Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
• Uruskan bahan makanan dengan betul.
‘Stomach tubing’ adalah kaedah mengeluarkan angin dari dalam perut kambing yang mengalami kembung dengan menggunakan salur tiub getah.
• Masukkan salur tiub berukuran kira-kira 0.5cm atau lebih besar sedikit ke dalam mulut kambing, dan tolakkan perlahan-lahan ke dalam rongga saluran pemakanan sehingga sampai ke perut rumen.
• InsyaAllah angin yang tersangkut di dalam perut akan dapat keluar melaui tiub tersebut dan kambing anda akan pulih dari penyakit kembing.
• Nota: Anda boleh menggunakan salur tiub jernih yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk menyukat ketinggian, ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai ‘hardware’. - Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Kaedah Rawatan
• Gunakan antibiotik spektrum luas
• Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
• Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
• Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
• Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
• Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).
Pencegahan :
• Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
• Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia - Cirit-birit (Diarrhoea)
Kaedah Rawatan
i. Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan bakteria.
ii. Pemakanan konsisten, elakkan dari mengubah jenis konsentrat atau menambah kuantitinya secara mendadak.
iii. Jika perlu menukar jenis konsentrat atau menambah kuantitinya, lakukan secara beransur-ansur.
iv. Elakan daripada memberi rumput atau dedaun yang terlalu muda atau yang terlalu banyak air atau bergetah.
v. Amalkan memberi minuman cecair anti-coccidiosis secara berkala, misalnya sebulan sekali
Menceburi bidang ternakan mempunyai pelbagai pancaroba. Ilmu ternakan perlu dicari tanpa henti kerana ini menjamin kelangsungan ternakan anda
Dapatkan Panduan Ternakan Kambing Dengan Ilmu berkaitan penyakit serta teknik ternakan jaminan masa depan dengan Klik Di Sini
Klik Di SIni Untuk Artikel Penuh