5 Tips Menarik Pulau Nami Seoul
Pulau Nami atau Nami island 나미섬 (Namiseom) merupakan salah satu destinasi yang mesti pergi jika anda ke Korea. Terkenal dengan lokasi penggambaran filem Winter Sonata, Pulau nami amat popular di kalangan pelancong asing.
Ia terletak 70 km ke timur dari bandar Seoul dan boleh diakses menggunakan keretapi dan bas. Berikut merupakan beberapa tips menarik mengenai Nami Island tapi sebelum tu, jika ingin melancong ke Seoul secara sendiri atau backpacker, anda boleh mendapatkan kad bantuan Naracards Travel Guide
1. Waktu Sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi Nami Island ialah pada musim luruh dan Salji. Selain dari musim ini, pemandangan Pulau nami sama sahaja tidak ubah seperti ladang getah jika di Malaysia. Beberapa rungutan dari orang ramai yang mengatakan bahawa tiada apa yang menarik di Nami island. Ada yang mengatakan “indah khabar dari rupa”. Ini kerana anda pergi bukan pada musim yang betul.
Pemandangan cantik di Nami Island adalah pada pertengahan Oktober hingga pertengahan November untuk musim luruh manakala pertengahan Januari sehingga awal Februari untuk musim Salji. Beberapa gambar di Nami island pada musim luruh (Autumn).
2. Mesra Muslim
Bagi Muslim, tidak perlu risau ketika mengunjungi Nami Island kerana di sini terdapat Surau dan Restoran Halal yang terletak di tingkat bawah surau sahaja. Lokasi surau dan restoran ini terletak di bahagian tengah Nami Island (Love Village).
3. Spot menarik yang ‘mesti pergi’ di Nami Island
- Winter Sonata First Kiss
- Central Korean Pine Tree Lane
- Ginkgo Tree Lane
- Metasequoia Tree Lane
- Cherry Tree Lane (Musim bunga sakura sahaja, iaitu dari awal sehingga pertengahan April)
Winter Sonata First Kiss
4. Kemudahan di Nami Island
- Nami Island Ferry : 4000 KRW
- Zig Wire flying folk: 38,000 KRW. Pengalaman menaiki zig wire ke nami island, untuk pulang perlu menggunakan ferry
- Hotel Jeonggwanru. Terletak di kawasan tengah nami island iaitu di Love Village
- Tempat penyewaan basikal di nami island.
Harga Hotel
- Suite, 4 orang sekitar 120,000 KRW – 140,000 KRW
- Bungalow, 10 orang sekitar 240,000 KRW
- Bungalow, 14 orang sekitar 300,000 KRW
Harga diatas cuma anggaran sahaja, harga akan berubah mengikut musim. Untuk membuat tempahan, kunjungi lawan web dengan klik sini.
5. Lokasi pelancongan yang berhampiran
Petite France cuma terletak berdekatan dengan Nami Island. Ia merupakan salah satu destinasi popular juga selepas Nami island. Petite france adalah sebuah lokasi yang mempamerkan senibina masyarakat Perancis. Tidak lupa juga “The Garden of Morning Calm” yang terletak 24 km dari Nami Island.
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila Klik Sini