5 Sebab Perlu Ternak Kambing

Kongsikan

Ada orang cakap dalam bidang penternakan ini – ternak ayam lagi untung sebab dapat daging ayam dan telur ayam sekali.. 2 dalam 1..

Ada orang cakap – ternak lembu lagi untung kerana sentiasa ada permintaan dalam dan luar negara terutamanya menjelang hari raya AidilAdha..

Tapi tak ramai yang tahu projek ternakan kambing juga sangat menguntungkan DAN mampu memberikan pendapatan sampingan bulanan yang lumayan jika anda benar-benar serius melakukannya..

Malahan, daging kambing mendapat permintaan yang sangat tinggi di dalam negara sehinggakan terpaksa mengimport 12,000 ekor kambing dari luar negara untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat ini..

Amatlah rugi jika anda masih tidak mahu memulakan projek ternakan kambing yang telah anda impikan selama ini kerana ternakan ini terbukti menguntungkan!

Berikut antara 5 sebab lain mengapa projek penternakan kambing sangat menguntungkan anda..

1 – Ternakan Yang Jinak, Manja & Mudah Dijaga

Kambing antara ternakan yang jinak dan paling mudah dijaga serta kurang diserang penyakit berbanding dengan ternakan ayam atau burung.

2 – Boleh Dimulakan Dengan Modal Yang Kecil

Anda boleh mula menternak dengan 2 ekor kambing terlebih dahulu sebelum dikembangkan lagi. Kebanyakan penternak berjaya mulakan penternakan dengan jumlah kambing bawah 10 ekor.

3 – Tidak Perlukan Kawasan Ternakan Yang Luas

Berbeza seperti lembu yang perlukan kawasan yang luas, ternakan kambing hanya memerlukan kandang yang bersesuaian sahaja.

4 – Kos Makanan Murah

Kambing hanya makan rumput-rumput dan pelbagai daun-daun sahaja. Kos makanannya lebih rendah daripada ternakan ikan atau ayam.

5 – Kadar Pembiakan Berganda

Seekor ibu kambing boleh lahirkan 1.5 anak setiap tahun dan mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi sebanyak 50%!

Inilah sebabnya anda dapat melihat ramai penternak kambing sentiasa tidak lekang mengukir senyuman di bibir mereka kerana projek ternakan kambing ini sangat menguntungkan – malah boleh dimulakan secara kecil-kecilan mengikut modal anda!

Anda sudah bersedia untuk memulakan projek penternakan kambing yang lumayan ini?

Dapatkan Panduan Menternak Kambing Di Sini !!