Info Kerjaya Kerajaan

4 Sebab Kenapa Anda Tidak Berjaya Dalam Temuduga Kerajaan

Apabila anda sudah menerima email panggilan temuduga bagi sesuatu jawatan yang sudah lama anda impikan pasti anda tersenyum lebar. Tapi apakah persediaan yang anda cuba lakukan sebelum menghadapi temuduga ?

Persaingan terlalu ramai yang bakal anda hadapi. Jadi anda wajib melakukan sesuatu bagi membantu diri anda sendiri supaya anda berjaya dalam temuduga tersebut.

Jika kejayaan adalah impian anda. Cuba elakkan 4 perkara yang saya senaraikan khas untuk anda yang bakal menduduki temuduga.

  1. Dokumen tak lengkap

Salah satu sebab yang confirm ramai calon gagal disebabkan tidak membawa dokumen-dokumen penting semasa sesi temuduga dijalankan. Dokumen penting adalah perkara pertama yang diminta oleh ahli panel apabila anda mula-mula masuk dalam bilik temuduga. Takkan nak jawab saya terlupa. Nahhh punah harapan.

2. Tiada Persediaan

Tiada persedian disini membawa maksud anda langsung tidak membaca pengetahuan, fungsi tugas, visi dan misi jawatan yang dipohon. Cakap minat nak bekerja itu ini tetapi anda tidak ambek kisah berkenaan tugas yang bakal dijalankan sekiranya anda terpilih. Kalau boleh elakkan perkara ini berlaku kerana kemungkinan besar setiap soalan yang diajukan oleh ahli panel anda mungkin diam seribu bahasa.

3. Berpakaian Keterlaluan

Saya ingin ingatkan kepada anda bahawa anda hanya menghadiri sesi temuduga bagi merebuy kekosongan jawatan. Bukan anda dijemput untuk menghadiri makan malam ataupun majlis makan kenduri. Oleh itu bersiaplah hanya sekadar untuk menaikkan keyakinan diri.

3. Over Confident

Over confident pun bahaya jugak dalam sesi temuduga. Jadi anda patut jawab dengan teliti setiap soalan dari ahli panel. Elakkan terlebih santai dan peramah macam nak promote produk. Pendek cerita anda perlu jadi seorang yang profesional.

4. Tanya Ahli Panel Mengenai Gaji

Part ni sangat-sangat bahaya. Selepas tamat sesi ahli panel mengajukan soalan kepada anda. Kini tibalah masa untuk anda pulak mengajukan soalan pada ahli panel. Anda haruslah sediakan soalan yang logik. Jangan sesekali tanya mengenai gaji. Soalan itu kemungkinan besar akan memberi kesan dan pandangan buruk ahli panel terhadap anda.

Tips-tips diatas saya harapkan anda boleh jadikan pengajaran ataupun ilmu panduan persediaan sebelum menduduki sesi temuduga yang bakal anda hadiri tidak lama lagi.

Sekiranya anda masih lagi kekurangan persediaan dan tidak tahu lagi apa yang perlu dibaca, apa soalan-soalan killer yang akan ditanya oleh ahli panel. Saya syorkan kepada anda untuk dapatkan kerana ebook ini telah membantu ribuan calon yang bakal menghadiri temuduga kerajaan.

Sebenarnya dalam ebook tersebut sudah lengkap untuk anda pelajari tips-tips temuduga dengan betul disamping terdapat contoh-contoh soalan beserta jawapan yang sesuai untuk dijawab.

Kalau betul-betul mengimpikan keputusan “Tahniah anda berjaya dalam temuduga” bolehlah dapatkan ebook panduan ini dengan klik gambar dibawah

Show More
Back to top button