3 Trik Tarik Pelanggan Untuk Membeli Di Kedai Shopee Anda
Sejak kebelakangan ini berniaga di shopee dah jadi tren para peniaga di luar sana. Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah mengehadkan rakyat Malaysia untuk membeli barang secara langsung. Jadi ramai yang memilih untuk membeli barang di dalam talian.
Shopee menjadi salah satu platfom yang menjadi perhatian umum untuk membeli barang kerana pengunjung harian adalah sebanyak 1.3 juta. Jadi ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga di Shopee.
Seperti biasa, untuk memulakan perniagaan di platfom e-dagang anda haruslah mempunyai ilmu yang cukup supaya tidak tersilap langkah. Oleh itu, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menarik pelanggan supaya datang membeli di kedai Shopee anda.
1.Shopee Live
Shopee Live merupakan salah satu cara untuk anda mempromosikan produk jualan dan kedai anda secara langsung kepada pelanggan. Anda juga boleh berinteraksi bersama pembeli melalui chat dan seterusnya boleh membuat pembelian semasa live. Berikan baucer ataupun tawaran hebat kepada pelanggan yang membeli semasa live untuk memikat hati pembeli.
2. Iklan Shopee
Terdapat 3 jenis iklan yang ditawarkan di Shopee untuk menjual produk anda. Iaitu iklan kata kunci, iklan temuan dan iklan kedai. Anda boleh gunakan ketiga-tiga iklan ini untuk memudahkan pelanggan menemui produk jualan anda.
3. Sebarkan Link Kedai Shopee
Satu alternatif yang wajib dibuat oleh peniaga Shopee. Ramai lagi yang tak sedar dengan menyebarkan link kedai Shopee anda akan lebih banyak memberi tarikan kepada pelanggan untuk mengunjungi kedai Shopee anda. Gunakan media sosial seperti Facebook untuk iklankan kedai Shopee anda. Secara tidak langsung anda akan memperolehi pelanggan Shopee dari Facebook.
Panduan Berniaga Di Shopee
Okay, sekiranya anda betul-betul nak mendalami ilmu berniaga di Shopee ni. Saya suggest untuk dapatkan Panduan Bisnes Shopee. Panduan ini telah berjaya membantu peniaga-peniaga shopee untuk lariskan produk jualan mereka secara tidak langsung telah menghasilkan pendapatan lumayan.
Panduan Bisnes Shopee juga menyediakan pelbagai tips untuk anda seperti teknik nk mempromosikan kedai shopee, cara nak cari supplier, cara dapatkan follower dan bermacam-macam lagi.
Kalau berminat boleh klik gambar dekat bawah ni :