10 tips memandu kereta di Korea
Pernah terfikir untuk memandu di Korea?
Kebiasaannya jika melancong ke Korea orang akan menggunakan public transport seperti train, subway dan bas. Tapi ada juga yang menggunakan kereta sewa tapi jumlahnya tak ramai. Mungkin kurang keyakinan untuk memandu di negara orang merupakan salah satu faktor utama kenapa cara ini tidak menjadi pilihan.
Memandu di Korea memberikan satu kepuasan & percutian akan menjadi lebih fleksibel. Menggunakan kereta sewa adalah salah satu penyelesaian untuk aktiviti backapacking seisi keluarga.
Pada post kali ini kami ingin berkongsi mengenai beberapa tips memandu kereta sewa di Korea. Tapi sebelum tu, jika anda ingin memandu di Korea anda boleh dapatkan Naracards Travel Guide yang telah menyediakan maps untuk mudah anda memandu di sana
Berikut merupakan tips-tips penting yang perlu anda tahu sebelum memandu di Korea Selatan.
- Lesen Memandu
Lesen memandu international boleh didapatkan di JPJ. Cara-cara memohon adalah dengan membawa 2 keping gambar berukuran passport dan bayaran sebanyak RM 150. Tidak perlu apa-apa test pemanduan.
credit to Diamonchanadventures
- Jenis Kereta
Terdapat pelbagai jenis dan size kereta sewa di Korea dari yang kecil hingga besar. Biasanya jenis seperti Avante (Elantra) atau K5 sudah selesa untuk 4 orang. Pastikan anda tahu jenis minyak kerana terdapat model Petrol, LPG dan Diesel. Biasanya jenis LPG menjadi pilihan kerana harga LPG sangat murah di Korea. Untuk tempahan kereta secara online, gunaan laman web rentalcars.com
- Nombor Plate Kereta
Plate kereta sewa biasanya mudah dikenali dengan symbol 호 (ho) atau 허(heo). Ini memudahkan rakyat tempatan tahu bahawa kereta tersebut merupakan kereta sewa dan mungkin anda tak biasa memandu di sana, sedikit sebanyak dapat memudahkan pemanduan anda di korea.
Contoh no plate kereta 29호3842
- Left Hand-Drive
Pemanduan kereta adalah di sebelah kiri. Memang kekok bagi yang pertama kali memandu. Walaubagaimanapun untuk mambiasakan diri cuma mengambil masa yang singkat sahaja. Untuk keselamatan, tetapkan mindset, fokus dan patuhi peraturan had laju yang ditetapkan.
- Traffic Light
Tidak perlu tunggu traffic light jika hendak belok ke kanan simpang. Cuma pastikan tiada kereta dan hati-hati dengan orang melintas jalan.
- Bibo-ho
Jika nampak signboard berwarna biru bertulisan 비보호, boleh melintas simpang tanpa menunggu lampu traffic light hijau, asalkan tiada kereta dan selamat untuk melintas. Lihat gambar.
- Speed Camera
Speed camera ada di mana-mana sahaja. Pastikan anda mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Saman had laju minimum sebanyak 30,000 KRW.
- Highway
Jika nak masuk tol, pastikan anda ke lorong di sebelah paling kanan atau lorong yang tiada signboard. Ini untuk kereta biasa yang tiada RFID. Anda perlu bayar tol secara tunai.
- Tempat Meletak Kenderaan
Parking kereta agak sukar di Korea, terutamanya di bandar. Tidak boleh sembarangan parking kerana boleh disaman hanya dari CCTV. Di setiap kawasan pasti ada ruang parking khas. Anda perlu berjalan sedikit dari tempat parking tersebut. Paling mudah parking kereta di shopping mall terdekat.
- Budaya Pemanduan
Palli palli. Ini adalah istilah rakyat korea yang sering digunakan iaitu “cepat-cepat”. Bila kena hon sebab memandu terlalu perlahan atau lambat bergerak apabila traffic light, janganlah marah. itu perkara biasa di sana.
Jika anda ingin memandu di Korea buat pertama kali, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Dengan Naracards, anda cuma perlu ‘Scan’ QR code pada setiap kad dan terus dibawa ke destinasi menggunakan Google Maps. Tak perlu cari lagi destinasi. Maklumat lanjut sila layari Disini
Apa komen anda mengenai tips ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.