Tips Melancong ke Korea. Festival Musim Luruh di Korea Selatan
Anyeonghaseyo, Salam Sejahtera!
Jika anda plan untuk bercuti ke Korea pada musim luruh,i jangan lepaskan peluang untuk menyertai beberapa festival menarik di Korea. Berikut adalah beberapa festival menarik yang anda boleh sertai.
Tapi sebelum itu, jika anda baru pertama kali ingin melancong ke Korea, anda boleh menggunakan Naracards Korea yang akan membantu perjalanan anda dengan mudah tanpa menggunakan travel agen
credit to www.businesswire.com
1. Busan International Film Festival, BIFF
Lokasi: Busan Cinema Center, Haeundae BIFF Village, BEXCO
Busan Cinema Theater, 120,
Suyeonggangbyeon-daero, Haeundae-gu, Busan
부산광역시 해운대구 수영강변대로 120 영화의전당
Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) merupakan Festival filem terbesar di Asia. Sangat sesuai jika anda adalah peminat filem. Di sini terdapat panggung wayang yang sangat besar dan akan menayangkan beratus koleksi filem-filem tempatan dan juga antarabangsa sewaktu festival berlangsung.
2. Pertunjukan Bunga Api Antarabangsa Seoul (Seoul International Fireworks Festival)
Lokasi: Yeouido Hangang Park
330, Yeouidong-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul
서울특별시 영등포구 여의동로 330 여의도 한강공원
credit to wowkorea-supporters.blogspot.com
Festival bunga api Antarabangsa Seoul merupakan acara wajib setiap tahun yang diadakan di sungai Hangang. Festival ini mengumpulkan pelbagai pasukan bunga api professional yang mempersembahkan kreativiti mereka melalui letupan bunga api. Memang beruntung kalau anda dapat saksikan pertunjukan bunga api ni. Bukan setakat bungai api sahaja, ia turut disertai dengan pertunjuan lampu, laser dan persembahan artis Kpop.
3. Festival Tanglung (Seoul Lantern Festival)
Lokasi: Sepanjang sungai Cheonggyecheon
Cheonggyecheon Square, 14-1, Seorin-dong, Jongno-gu, Seoul
서울특별시 종로구 서린동 14-1 청계광장
Pelbagai jenis dan corak lampu tanglung dinyalakan di sepanjang 1.2 km sungai Cheonggyecheon, bermula dari Cheonggyecheon Square hingga ke Jambatan Supyogyo semasa Festival berlangsung.
4. Paju Jangdan Soybean Festival
Lokasi: Imjingak Pyeonghwanuri
618-13, Majeong-ri, Munsan-eup, Paju-si, Gyeonggi-do
경기도 파주시 문산읍 마정리 618-13 임진각 평화누리)
credit to www.blog.bnbhero.com
Festival ini sangat sesuai jika anda sukakan makanan Korea yang berasaskan kacang soya. Sepanjang Festival berlangsung, anda bolehlah mencuba pelbagai jenis makanan yang dibuat menggunakan hasil tempatan iaitu kacang soya Paju jangdan. Bukan setakat makanan ada juga program-program seperti membuat meju (kacang soya yang ditapai), membuat garaetteok (kek beras), sukaneka dan banyak lagi.
credit to www.naracards.com
Oh ya, alang-alang anda dah sampai ke Paju tu, bolehlah singgah di Paju Premium Outlet untuk shopping atau window shopping 🙂