Tips Berjaya Dalam Temuduga Kerajaan
Bila dapat email ataupun surat panggilan temuduga pasti jantung berdebarkan ? Siapa yang taknak tawaran kerja yang bakal menjamin masa depan anda. Namun menjadi tanpa tanya sejauh manakah persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi soalan-soalan yang akan diajukan dari ahli panel.
Adakah anda pertama kali ataupun sudah berkali-kali menghadiri temuduga kerajaan tetapi masih lagi tidak berjaya. Jadi apakah punca-punca yang menyebabkan anda tidak terpilih untuk menyandang jawatan tersebut ?.
Untuk pengetahuan anda, setiap kali temuduga diadakan anda perlu menghadapi persaingan yang sangat sengit. Semuanya hebat-hebat belaka. So, elakkan over confident terhadap diri sendiri tetapi lakukan sebaik mungkin. Apa yang saya maksudkan disini persediaan awal terhadap pengetahuan semasa dan mengenai jawatan yang dipohon haruslah dibaca dan hafal sebaik mungkin supaya anda tidak gagap atau diam dihadapan panel. Ingat setiap apa yang anda lakukan dihadapan panel adalah markah semasa temuduga.
Pakaian juga akan diambil kira dari segi pemarkahan. Elakkan pakaian yang terlalu menonjol. Sebaiknya carilah warna yang lembut agar sejuk mata memandang ahli panel terhadap anda. Bagi lelaki pakailah kasut yang bertutup tapi bukan kasut bersukan hokey. Manakala wanita pula, kasut yang dipakai haruslah bertutup dan lebih bagus jika sedikit bertumit.
Ini part yang paling penting dan patut sediakan lebih awal supaya tiada yang tertinggal. Dokumen penting seperti salinan asal kad pengenalan, surat panggilan temuduga, keputusan peperiksaan/ transkrip PMR, SPM , Sijil , Diploma ataupun Ijazah dan akhir sekali sijil-sijil berkaitan akademik serta kokurikulum. Jika anda tidak membawa semua ini maaf yew kemungkinan besar anda tidak layak masuk ke bilik temuduga.
Semoga tips yang saya sampaikan kepada anda dapat memberi serba sedikit kepada anda yang bakal menghadapi temuduga kerajaan tidak lama lagi. Sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh insyaAllah kejayaan sedang menunggu anda.
Nanti dulu, saya juga menggalakkan anda untuk mendapatkan Panduan Temuduga Kerajaan kerana lebih 30 tips berjaya dalam temuduga kerajaan ada disitu. Di samping itu, ebook ini juga ditulis oleh ahli panel temuduga kerajaan. Oleh itu pelbagai rahsia untuk lulus dalam temuduga dikongsikan dalam ebook tersebut.
Hanya bermodalkan RM30 sahaja anda dapat pendedahan mengenai temuduga kerajaan dan rahsia contoh-contoh soalan yang bakal ahli panel ajukan kepada anda. Sekiranya anda benar-benar ingin berjaya dalam temuduga dan ingin membahagiakan ahli keluarga atas kejayaan anda laburlah sedikit wang untuk persediaan yang sempurna bagi menghadiri temuduga tersebut.
Sekiranya anda berminat dan ingin tahu apa yang menarik dalam Panduan Temuduga Kerajaan ini klik sahaja pada gambar dibawah