Bisnes

Strategi Jana Pendapatan Dengan Bisnes Food Delivery

Hanya dengan menguasainya, anda mampu untuk membina sebuah bisnes yang terus relevan dan kekal lama – walaupun selepas PKP!

Zaman teknologi ini sangat memudahkan semua golongan, terutamanya golongan peniaga seperti kita ini..

Dengan Facebook, Whatsapp, Instagram, Tik Tok dan sebagainya, kita boleh berkomunikasi dengan semua golongan tanpa sebarang halangan untuk mempromosikan bisnes.. Ianya sangat memudahkan!

Tapi persoalannya adakah semua platform ini berkesan untuk bisnes food delivery anda?

Jawapannya – Ianya bergantung kepada lokasi jualan anda!

Jika anda menjual di bandar, sudah tentu plaform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya boleh membantu marketing anda..

Tapi jika anda menjual makanan di pekan-pekan atau kampung-kampung, ianya agak kurang berkesan..

Ada satu cara marketing yang benar-benar berkesan tak kiralah di mana pun anda berada iaitu dengan… MENGGUNAKAN WHATSAPP!

Ya, whatsapp sangat penting untuk bisnes food delivery kita kerana hampir semua orang mempunyai whatsapp termasuklah orang kampung. Inilah aplikasi wajib dalam setiap handphone kita pada hari ini!

Di Whatsapp, kita boleh berhubung terus dengan orang lain dan menerima pesanan pembeli melalui mesej.. Malah di Whatsapp juga terkumpulnya group-group komuniti kejiranan yang merupakan lubuk lumayan untuk kita promosikan bisnes food delivery kita!

Ada 3 cara paling mudah untuk anda menggunakan Whatsapp dalam bisnes food delivery:

1 – Menyertai Group Komuniti Kejiranan (Ikut lokasi Jualan Anda)

Rajin-rajinkan diri anda untuk sertai group-group Whatsapp komuniti kejiranan di sekeliling lokasi jualan anda. Selain mempromosikan bisnes food delivery anda, aktifkan diri anda untuk berinteraksi dalam group tersebut untuk lebih dikenali ramai.

2 – Membina Database Pembeli yang order melalui Whatsapp

Simpan data seperti nama dan nombor telefon para pelanggan yang order makanan yang anda jual melalui Whatsapp. Jika anda dapat menyimpan alamat mereka sekali, ianya satu bonus bagi anda dan memudahkan lagi penghantaran makanan pada masa depan.

3 – Broadcast Mesej Kepada Pembeli Sedia Ada Jika Ada Promosi

Setiap kali anda membuka kedai, pasti anda mahu orang lain tahu tentangnya dan tentang menu istimewa yang anda tawarkan hari ini. Anda boleh broadcast mesej jualan tersebut ke database pembeli sedia ada untuk memberitahu mereka.

Dengan 3 cara mudah ini, anda pasti mampu menjana keuntungan lumayan dengan bisnes food delivery HANYA menggunakan handphone anda sahaja! Bukankah ianya sangat mudah?

Jika anda nak belajar lebih lanjut tentang cara sebenar membina bisnes food delivery sampai berjaya, klik sini untuk mengetahuinya..

Show More
Back to top button