Info Kerjaya Kerajaan

Persediaan Awal Sebelum Menghadapi Temuduga Kerajaan/SPA

“TAHNIAH anda berjaya dalam peperiksaan”. Apabila anda telah menerima email seperti ini, bermakna anda haruslah melakukan beberapa perkara sebagai persediaan awal untuk hadir temu duga.

Percayalah, sekiranya anda membuat persediaan awal dengan lebih teliti dan teratur peluang anda untuk berjaya dalam temu duga tersebut juga adalah lebih cerah.

Tetapi anda haruslah tahu bahawa anda juga mempunyai pesaing yang begitu ramai dan mempunyai kelayakan serta berpengalaman. Oleh itu, anda perlu tampil berbeza dari yang lain, bijak menjual diri sendiri di hadapan majikan supaya nampak lebih terserlah dari calon-calon yang lain.

Mari ikuti beberapa tips yang saya kongsikan kepada anda sebagai persediaan awal untuk menghadiri temu duga yang bakal tiba tidak lama lagi :

1. Kenal Pasti Lokasi Pusat Temu duga

Perkara pertama yang anda harus tahu adalah lokasi pusat temu duga anda. Buat kiraan masa dari rumah ke lokasi temu duga supaya anda tidak lewat sampai di sana. Kenal pasti nombor telefon yang harus dihubungi sekiranya tidak menjumpai lokasi tersebut.

2. Ambil Tahu Mengenai Jawatan Yang Tawarkan

Sekiranya anda ditawarkan sebagai Pegawai Penjara Gred KA19. Anda haruslah mengetahui misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia. Peranan/tugas sebagai Pegawai Penjara Gred KA19. Jenis-jenis banduan. Siapakah Menteri Pertahanan Malaysia. Ini merupakan contoh yang anda wajib ambil tahu untuk membuktikan kepada panel yang anda betul-betul layak memegang jawatan ini.

3. Pakaian

Tahukah anda pakaian juga banyak menyumbang pemarkahan oleh ahli panel temu duga nanti. So, anda perlu bijak memilih warna yang sesuai untuk dipakai semasa temu duga. Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan kelihatan profesional. Selain itu, pastikan rambut disikat dengan rapi, manakala wanita tudung haruslah dipakai dengan kemas. Sebaiknya pakai tudung bawal supaya tidak terlalu menonjol.

4. Persiapan Contoh-Contoh Soalan

Anda juga perlu menyediakan contoh-contoh soalan untuk diri sendiri supaya sebagai praktikal sebelum ditemu duga pada hari sebenar. Antara contoh soalan adalah, apakah kelemahan dan kelebihan kamu ?, apakah matlamat jangka masa pendek dan panjang awak ?, Kenapa berminat jawatan ini ?, dan soalan femes setiap kali temu duga, kenalkan siapa diri anda. Anda digalakkan melakukan temu duga olok-olok bersama rakan atau ahli keluarga untuk bersoal mengenai soalan ini. Jika soalan ini yang ditanya oleh ahli panel, anda tidak akan tergagap-gagap untuk menjawab kerana persediaan telah dilakukan.

5. Bawa Dokumen Yang Diperlukan

Selalunya jika anda dijemput untuk menduduki temu duga kerajaan/SPA, semua senarai yang diperlukan akan dihantar oleh pihak SPA. Pastikan semua dokumen lengkap dan membuat beberapa kali semakan sebelum hari temu duga supaya anda tidak tertekan. Kemudian, susun dokumen mengikut turutan  bagi memudahkan penemu duga membuat rujukan.

Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini, tetapi ingatlah setiap kali sesi temu duga yang anda hadiri merupakan pengalaman yang sangat bernilai. Walaupun anda tidak berjaya, tetapi ini merupakan persediaan supaya anda lebih matang dan menjadi lebih baik untuk menduduki temu duga seterusnya.

Panduan Temu duga Kerajaan

Sekiranya anda merasa perkongsian saya tadi masih tidak cukup untuk persediaan temu duga. Saya galakkan anda untuk mendapatkan rujukan ini kerana pelbagai tips dikongsikan di sini seperti punca calon gagal dalam temu duga, tips berjaya dalam temu duga, kriteria calon temu duga yang dipilih, contoh soalan temu duga berserta jawapan dan bermacam-macam-macam lagi. Kalau nak tahu klik gambar di bawah :

Show More
Back to top button