Jawatan Kosong

Panduan Bisnes Ikan Talapia

Ingin Menternak Ikan Tilapia?

Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Projek Penternakan Ikan Tilapia Di Dalam Kolam Tanah Dengan Betul Dan Teratur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkenalakan sifu hebat dalam bisnes ikan talapia. Nama beliau Muhammad Zhafran, pada awal tahun 2009, beliau dan bapanya telah memulakan projek penternakan ikan tilapia di atas tanah sendiri di Negeri Sembilan dengan bermodalkan RM20,000 . Wang modal tersebut diperolehi daripada wang simpanan kami sendiri.

Mereka telah membina sebuah kolam ikan di atas tanah seluas 70×200 kaki persegi dan telah memuatkan 15,000 ekor anak ikan. Banyak juga cabaran serta pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi di sepanjang mengusahakan penternakan ikan tilapia ini.

Beliau akui, bukanlah pakar di dalam bidang pernternakan ikan tilapia ini, cuma, sudah ada sedikit pengalaman di dalam memulakan penternakan ikan tilapia.

Jadi, untuk memudahkan mereka yang ingin mula menceburi bidang ini, beliau telah mengambil inisiatif dengan membukukan semua ilmu dan pengalamannya di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia ini. Maka, terhasilah sebuah e-book berjudul “PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DI DALAM KOLAM TANAH”.

Diharapkan, melalui e-book ini, ianya serba sedikit dapat membantu mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib di dalam bidang penternakan ini. Segala pengalaman dan ilmu-ilmu penternakan ikan tilapia , telahpun beliau susun mengikut bab di dalam ebook ini. Daripada bab pembinaan kolam, bab perolehan benih ikan hinggalah ke bab pemasaran. Semuanya telah beliau kumpulkan dan susun di dalam ebook ini.

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

BAB 1: PENGENALAN IKAN TILAPIA
Mengandungi info asas pengenalan mengenai ikan tilapia seperti potensi penternakan,  jenis-jenis spesis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.

BAB 2: PERIHAL KOLAM 
Maklumat lengkap berkaitan kolam. Dari mula mengenalpasti jenis kolam, lokasi yang sesuai untuk membina kolam, pengiraan kos membuat kolam, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membina dan mengurus kolam.  Turut diceritakan di dalam bab ini tentang aspek jadual pembersihan kolam .

BAB 3: BENIH IKAN
Bagaimana memilih benih ikan yang terbaik, berapakah saiz yang sesuai dan berapakah harganya? Berapa banyak benih yang diperlukan? Dimana mahu mendapatkan bekalan benih ikan? Semuanya ada di ceritakan di dalam bab ini

BAB 4: MAKANAN IKAN
Kolan dan selesai! Benih pun dah selesai! Sekarang, masuk pula bab makanan! Apakah makanan yang sesuai untuk ikan tilapia? Setiap peringkat tumbesaran ikan tilapia, memerlukan makanan yang berbeza! jadi, ketahui segala hal tentang makanan ikan di dalam bab ini!

BAB 5: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI 
Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri yang boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan serta alatan-alatan yang perlu ada.

BAB 6: PENYAKIT IKAN  & CARA RAWATAN
Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.

BAB 7: PENJUALAN HASIL TERNAKAN
Bagaimana untuk menuai hasil ternakan? Berapakah harga jual yang mahu diletakkan? Kepada siapa ikan-ikan ini boleh dijual? Apakah faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan? Semuanya di tunjukkan dalam bab ini!

BAB 8: KESILAPAN-KESILAPAN PENTERNAK IKAN
Ini adalah antara bab yang paling penting! Tidak ramai penternak yang ingin berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan mereka kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu sedang mengusahakan projek penternakan ikan ini! Jadi, dalam bab ini, beliau kongsikan kesilapan-kesilapan yang seringkali dilakukan oleh pengusaha penternakan ikan. Info di dalam bab ini sahaja mampu menyelamatkan berpuluh-puluh ribua wang anda!

BAB 9 : RISIKO PENTERNAKAN
Eh? Siapa kata menternak ikan tilapia ini tiada risiko? Dalam bab ini beliau kongsikan 6 risiko yang sentiasa berlaku dan perlu dihadapi oleh penternak ikan tilapia. Anda perlu bersedia menghadapi risiko-risiko ini apabila ingin menjalankan projek penternakan ikan tilapia.

BAB 10: KISAH KEJAYAAN
Sedikit kisah-kisah kejayaan penternak lain sebagai suntikan motivasi untuk anda memulakan projek penternakan ikan tilapia.

BAB 11: ORGANISASI RUJUKAN
Senarai beberapa organisasi yang boleh membantu anda apabila anda menjalankan projek penternakan ikan ini. Organisasi ini sedia membantu dari segi ilmu, bantuan, pemasaran dan sebagainya.

BAB 12: PINJAMAN
Mungkin anda kekurangan modal untuk memulakan projek penternakan ikan ini. Jadi, disini, saya kongsikan beberapa agensi kerajaan dan pihak bank yang sedia menawarkan pinjaman bagi anda memulakan projek penternakan anda

BAB 13: PENDAFTARAN SYARIKAT/PERNIAGAAN
Apabila anda ingin menjalankan projek penternakan ini secara serius, maka adalah penting untuk anda mendaftarkan projek anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat. Ianya adalah bertujuan untuk anda menguruskan wang keluar masuk untuk projek anda serta memudahkan anda untuk membuat pinjaman kelak.

BAB 14: SENARAI SEMAK
Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.

Berapakah Nilai Ilmu Dan Pengajaran Di Dalam Ebook Ini?

Ebook ini bukan sahaja menceritakan tentang bagaimana memulakan penternakan ikan tilapia. Tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman penternak-penternak yang telah mengalami segala perkara di dalam bidang ternakan ini. Seperti kerugian, kematian ikan, penipuan dan sebagainya yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada penternak-penternak baru. Sanggupkah anda untuk mengalami kerugian sebanyak RM 20000?, RM 10000? atau RM 5000?. Semestinya tidak bukan?. Jadi buku ini akan membantu anda untuk mengelakkan diri daripada mengalami kerugian seperti penternak-penternak terdahulu.

Ebook ini hanya berharga RM30 sahaja. Ianya begitu murah jika hendak dibandingkan dengan risiko-risiko kerugian yang mungkin anda akan hadapi di dalam memulakan projek penternakan ikan tilapia . Dengan erti kata lain, ebook beharga RM 30 ini mampu membantu anda mengelakkan diri daripada terperangkap ke dalam risiko kerugian beribu-ribu ringgit. Jadi, lengkapkanlah ilmu di dada terlebih dahulu dengan mendapatkan ebook ini sebelum anda menceburi bidang penternakan ikan tilapia ini.

Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkannya Sekarang

Show More
Back to top button