Jawatan Kosong

Melancong ke Pulau Jeju Lebih Mudah dengan Naracards Korea Jeju Travel Guide

Ada sesiapa yang plan ke Jeju pada tahun ini? Kalau ada baguslah kerana kami ingin membuat sedikit review tentang Naracards Jeju yang popular sekarang ini

Penting untuk kami terangkan secara jelas supaya anda semua lebih faham apakah tujuan dan fungsi utama diwujudkan travel guide seperti ini.

Bagi yang pertama kali dengar tentang Naracards, Basically Naracards merupakan panduan melancong secara sendiri ke Korea tanpa menggunakan khidmat travel agen. Naracards Jeju merupakan koleksi 44 destinasi menarik yang ada di sekitar Pulau Jeju Korea. Maklumat terperinci pada setiap kad dijelaskan seperti dibawah.

Apa yang menarik dengan kad ini anda boleh travel secara freestyle. Sama ada ingin memandu sendiri, menaiki teksi atau menggunakan bas di Jeju. Sebagai contoh kalau anda nak memandu sendiri, gunakan salah satu destinasi dan scan QR code yang ada pada kad tersebut. 

Anda akan disambung secara terus ke Google maps dan terus boleh memandu ke destinasi tersebut, tanpa perlu buat apa-apa carian. mudah kan? 

Bukan tu je, setiap kad mengandungi penunjuk harga dan kawasan. Kalau anda kekurangan budget, bolehlah pilih kad yang bayaran masuknya percuma je. Kan dah jimat! Kalau anda nak perjalanan lebih lancar, pilih kawasan yang berdekatan dengan menyusun kad-kad destinasi mengikut kawasan. Jadi jimatlah banyak masa dan minyak kereta kan?!

So apa lagi, since Airasia dah sediakan tiket direct dari Kuala Lumpur ke Jeju, anda bolehla cuba tengok-tengok tiket yang murah. Bila dah dapat tiket, tempah penginapan murah menggunakan Airbnb dan gunakan sahaja Naracards Jeju untuk penunjuk arah anda di Jeju nanti.

Kesimpulannya, jika anda bercadang untuk melancong ke Pulau Jeju menggunakan kereta sewa atau pengangkutan awam, anda boleh cuba Naracards Jeju ini. Tidak perlu risau tentang Google Maps kerana Naracards telah Pin kan setiap lokasi dengan tepat supaya anda tidak sesat ketika di Pulau Jeju nanti. Sila share informasi ini kepada rakan-rakan anda yang lain. 

Maklumat lanjut mengenai Naracards sila layari klik sini

Show More
Back to top button