Jana Keuntungan 4 Angka Seminggu Dengan Bisnes Food Delivery

Kongsikan

Anda juga boleh menjana keuntungan lumayan seperti beliau jika anda mengikut strategi mudah ini!

Musim COVID-19 ini dan ditambah dengan PKP lagi telah menyebabkan ramai peniaga terutamanya peniaga makanan tidak boleh meniaga seperti dulu..

Dengan waktu operasi yang terhad dan hanya boleh takeaway – ditambah dengan ramai lebih gemar duduk diam di rumah terutama waktu jumlah kes yang makin tinggi.. Jika anda buka gerai pun, tak ramai yang akan membeli makanan anda.. Ianya sangat merugikan!

Untuk survive pada masa yang sukar ini, pemilik bisnes makanan terpaksa mengubah strategi bisnes kedai/gerai kepada strategi bisnes food delivery untuk menjana keuntungan. Inilah satu-satunya penyelesaian paling bijak!

Sama juga halnya dengan seorang penjual satay di kampung saya ini..

Dulu beliau berniaga satay di medan selera.. Setiap malam dipenuhi dengan pembeli-pembeli setia yang mahu menikmati kesedapan satay buatannya..

Namun akibat COVID-19 dan PKP yang bersilih ganti menyukarkan beliau untuk berniaga lagi.. Dengan SOP yang ketat dan jumlah pembeli yang sedikit, beliau buat keputusan untuk berpindah ke kampung..

Setelah lama tidak berniaga dan duit simpanan makin merosot, akhirnya beliau buat keputusan pacakkan khemah depan rumah kampungnya, buka gerai dan mula berniaga satay..

Namun ianya kurang berjaya kerana masih tidak ramai orang yang menyedari gerainya itu..

Akhirnya beliau buat keputusan untuk join group Whatsapp komuniti kejiranan untuk promosikan bisnes satay beliau.. TAPI satay jualannya masih tidak habis setiap hari..

Jadi, beliau tukar strategi menggunakan model bisnes food delivery di mana dia menerima tempahan daripada pembeli melalui Whatsapp dan hantarkan terus tempahan satay tersebut yang masih panas ke rumah pembelinya..

Magiknya, strategi ini sangat BERJAYA.. Setiap hari satay jualannya sold out sebelum pukul 6 petang!

Hari ini beliau berniaga satay 5 hari seminggu & mampu menjana keuntungan yang lumayan hanya dari rumah.. Rutin harian beliau (pada hari niaga) juga sangat mudah, hanya promote di group Whatsapp – terima order – proses order – hantar order..

Pengajaran yang dapat kita pelajari ialah sentiasa tahu dimanakah target market anda biasanya berkumpul (contoh di Group Whatsapp Kejiranan) DAN tahu apakah situasi dan kemahuan mereka (seperti mahukan order di hantar terus ke rumah)..

Dengan 2 perkara ini, ditambah dengan resepi makanan yang sememangnya menjadi kegemaran ramai, anda juga mampu membina sebuah bisnes food delivery yang mampu menjana keuntungan lumayan walaupun selepas PKP berakhir!

Nak pelajari cara sebenar memulakan bisnes food delivery?
Boleh lihat sini