Contoh Soalan Peperiksaan PSEE Pegawai Pertanian G41

Kongsikan

Tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih untuk menghadapi Peperiksaan PSEE Pegawai Pertanian G41

Untuk makluman calon, calon akan menghadapi dua ujian iaitu :

  1. Seksyen A (Pengetahuan Am)
  2. Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A

Di dalam seksyen ini calon akan diuji dengan pelbagai soalan berkaitan isu-isu semasa termasuk sejarah berkaitan negara.

1. Bilakah Negara Kita Merdeka ?

A) 31 Ogos 1957
B) 31 Ogos 1960
C) 31 Ogos 1970
D) 31 Ogos 1975

Jawapan A

2. Berapakah Prinsip Rukun Negara ?

A) 5
B) 4
C) 3
D) 1

Jawapan A

3. Siapakah Ketua Negara Malaysia ?

A) Perdana Menteri
B) Menteri Besar
C) Kabinet Menteri
D) Yang Di-pertuan Agong

Jawapan D

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen B

Dalam seksyen ini calon diuji dengan kemahiran berfikir yang berfokuskan berkaitan matematik seperti algebra, trigonometri dan pembezaan.

Tapii !! calon tidak perlu risau kerana soalan seksyen ini tidak akan melebihi aras soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  1. Jika 10% daripada harga sebuah mesin cetak bersamaan dengan harga sebuah pembesar suara. 3 buah pembesar suara tersebut berharga RM156. Berapakah harga bagi 2 buah mesin pencetak tersebut?


    A ) RM104
    B ) RM520
    C ) RM1,040
    D ) RM1,560
    Jawapan C

  2. Amran memandu kereta dengan purata kelajuan 85km/j dari bandar M ke bandar N sejauh 235km. Dia berhenti rehat selama 25 minit dan menyambung perjalanan ke bandar O sejauh 265km dengan purata kelajuan 90km/j. Berapakah tempoh masa bermula perjalanan Amran dari bandar M hingga sampai ke bandar O?


    A) 4 jam 28 minit
    B) 5 jam 28 minit
    C) 5 jam 08 minit
    D) 6 jam 08 minit
    Jawapan D

  3. Apakah nilai-nilai R yang memenuhi ketaksamaan 5<3R<18?


    A) 1,2,3,4
    B) 4,5,6,7
    C) 2,3,4,5
    D) 3,4,5,6
    Jawapan C

  4. Jika KERJAYA sepadan dengan 6385292, maka KEJAYAAN sepadan dengan?


    A) 63529228
    B) 63529222
    C) 63529227
    D) 63529223
    Jawapan C

  5. {26,L,M,65,N,91,104} adalah jujukan nombor mengikut pola tertentu. Apakah Nilai (MxN)/L?


    A) 104
    B) 91
    C) 78
    D) 26
    Jawapan A

  6. 1/6 Muatan tangki dapat diisi dengan air dalam masa 15 minit menggunakan 1 paip. Berapakah masa yang diambil jika 3 paip air yang sama digunapakai?


    A) 30 minit
    B) 35 minit
    C) 45 minit
    D) 90 minit
    Jawapan C

  7. Ramlah menjual 3 jenis buah-buahan iaitu 35% adalah buah limau, 55% buah tembikai dan selebihnya adalah 50 biji buah jambu. Berapakah jumlah keseluruhan buah-buahan tersebut?


    A) 500
    B) 505
    C) 550
    D) 555
    Jawapan A

  8. Berat 5 buah kotak merah ialah 3.75kg. Berat 8 buah kotak biru pula ialah 4.55kg dan berat 6 buah kotak hijau ialah 5.95kg. Susun 3 buah kotak mengikut warna yang berbeza bermula daripada yang paling ringan kepada yang paling berat?


    A) Biru, hijau, merah
    B) Biru, merah, hijau
    C) Merah, biru, hijau
    D) Hijau, biru, merah
    Jawapan B

  9. Sebuah kilang membuat kek mengeluarkan 3 jenis kek dalam sehari iaitu 150 bungkus kek gulung, 175 bungkus kek buah dan 400 bungkus kek cawan. Berapakah bilangan keseluruhan kek yang dikeluarkan oleh kilang tersebut dalam tempoh 6 hari?


    A) 725
    B) 2175
    C) 3625
    D) 4350
    Jawapan D

  10. Sebuah kotak mempunyai luas tapak 192cm2 dan ketinggian 15cm boleh memuatkan maksimum 800 biji guli. Berapakah bilangan guli yang boleh dimuatkan ke dalam 3 1/2 kotak tersebut?


    A) 2758
    B) 2800
    C) 2850
    D) 2908
    Jawapan B

Ingin Dapatkan Rujukan Soalan Peperiksaan PSEE Pegawai Pertanian G41

Dalam rujukan ini mengandungi aneka contoh soalan termasuk jawapan lengkap yang boleh dijadikan modul latih tubi kepada calon.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan PSEE Pegawai Pertanian G41 Dengan Klik Button Di Bawah