Bisnes

Cara Naikkan Sales Di Shopee

Dah terjebak dengan perniagaan secara dalam talian ? Dah join berniaga dekat Shopee ? Tapi sales masih lagi sendu. Masih sukar untuk mendapat order dari customer. Malah nak dapat 1 order dari customer dalam masa sehari pun rasa macam perit sangat kan ? Jika anda tergolong dalam golongan ini, sila baca artikel ini sampai habis ok ?

Saya akan membantu anda semua yang berkecimpung sebagai shopee seller ni untuk naikkan sales. Tips yang bakal saya kongsikan ini telah digunakan rata-rata peniaga shopee.

Sebenarnya kalau korang nak tahu, pihak shopee sendiri telah menawarkan pelbagai marketing tools untuk peniaga-peniaga shopee supaya menggunakan semua alternatif yang telah disediakan.

So, saya nak kongsikan 4 tips bagaimana nak tingkatkan sales di kedai Shopee anda :

  1. Boost Product

Boost merupakan tools percuma yang sediakan oleh shopee untuk anda yang tiada modal untuk pasang iklan barangan produk anda. Boost produk akan berjalan selama 4 jam. Selepas 4 jam anda perlu boost semula. Tujuan Boost ini adalah untuk naikkan produk anda supaya dapat dilihat pelangga. Kalau nak dapatkan sales rajin-rajinlah boost. Cara Boost Product adalah Me > My shop > pilih produk > tekan Boost Now.

2. Shopee Free Shipping

Shopee Free Shipping merupakan satu punca utama sales sesebuah kedai shopee itu meningkat. Bayangkan kita merupakan seorang pembeli shopee. Penghantaran percuma lebih jimat berbanding penghantaran yang dikenakan cas. Buyer lebih suka shopping di kedai yang offer tawaran free shipping. Selain itu, pendaftaran free shipping juga adalah percuma. Anda juga mudah menguruskan pengeposan barang kerana tidak perlu beratur lama. Anda hanya perlu drop off sahaja.

3. Gambar Produk Menarik

Gambar yang menarik juga memainkan peranan yang sangat penting untuk dijadikan tarikan pelanggan. Gambar yang dipamerkan haruslah menunjukkan tentang kehebatan produk jualan anda. Gunakan logo seperti READYSTOCK, HOT ITEM, GOOD QUALITY dan lain-lain. Pastikan gambar mempunyai warna yang terang dan menarik.

4. Sebarkan Link Kedai Shopee

Salah satu cara yang ramai tak tahu iaitu sebarkan link kedai shopee anda melalui media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, Tiktok. Dengan cara ini juga anda boleh dapatkan sales melalui shopee disamping para pelanggan dapat mengunjungi kedai shopee anda.

Berikut merupakan tips-tips yang boleh anda jadikan rujukan supaya dapatkan mempertingkatkan jualan Shopee anda. Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk meningkatkan jualam shopee sehingga mencecah 3 4 angka dalam masa seminggu sahaja. Saya galakkan untuk anda dapatkan kerana panduan ini menyediakan tips-tips yang amat memberansangkan sehingga anda dapat mengaut keuntungan yang tidak disangka-sangka. Jadi guna peluang ini untuk mendalami ilmu bisnes shopee.

Show More
Back to top button