CARA MENGURUSKAN PESANAN BARANG SHOPEE

Kongsikan

Baru-baru ni saya ada kongsikan mengenai cara-cara nak set up kedai Shopee. Alhamdulillah tips yang saya kongsikan dapat membantu serba sedikit kepada anda yang pemula dengan Shopee.

Sekarang ni pula saya nak kongsikan sedikit ilmu mengenai cara menguruskan penghantaran barang shopee.

Cara Menguruskan Penghantaran Di Shopee Dengan Betul

Tawaran free shipping yang sedia ada di shopee adalah JNT, DHL E-comerce, Ninja Van dan City Link Express. Manakala bagi Free Shipping Poslaju haruslah membuat permohonan terlebih dahulu melalui website www.shopee.com.my/poslajusignup..

Apabila dah dapat order di Shopee. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan ?

  1. Search Google ” Shopee Seller Centre”. Kemudian masukkan email dan kata laluan anda. Seterusnya log in.
  2. Lihat sebelah kiri cari “My Order “. Dan cari perkataan ” To Ship “. Selepas klik anda akan dapat melihat pesanan daripada pelanggan shopee anda.
  3. Lihat di sebelah kiri anda klik pada ” Arrange My Shipment “. Selepas Klik anda akan dapat lihat nombor tracking dari pihak kurier. Nombor tracking akan auto generated dari pihak shopee. Di bawahnya akan tertulis ” I will DropOff “. Pastikan anda klik “confirm”
  4. Kemudian anda boleh download waybills dan print dalam saiz 6A. Pastikan anda mempunyai printer sendiri untuk memudahkan urusan sebagai penjual shopee.
  5. Letakkan waybills dihadapan parcel dan anda boleh drop parcel tersebut mengikut kurier waybills.

Apa yang saya kongsikan ni adalah ilmu asas untuk menguruskan pesanan daripada pelanggan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih mendalam bagaimana nak uruskan barang sekiranya hilang ataupun rosak, nak naikkan sales, nak jual barang yang laku keras di shopee anda boleh dapatkan PANDUAN BISNES SHOPEE.

InsyaAllah PANDUAN BISNES SHOPEE ini telah banyak membantu para peniaga shopee hingga berjaya menjana 4 5 angka dalam masa sebulan MALAH ada yang menjana 6 angka sebulan.