Bisnes

Cara Memulakan Bisnes Menternak Kambing

Nak mula ternak kambing ? mesti perlu modal yang besarkan.Harga kambing seekor pun ada yang mencecah Rm500. Eh tak kan nak ternak sekor jer macam mana nak maju dan untung besar. Saya yakin masalah modal masih lagi berlegar-legar di fikiran anda. Ok lupakan sementara hal ni.

Di akhbar, radio mahupun media sosial seringkali memaparkan kejayaan demi kejayaan para petani meraih keuntungan ribuan ringgit dalam masa sebulan jadi tidak hairan lah ramai yang memilih untuk berhenti daripada kerja makan gaji dan menceburi bidang pertanian terutamanya dalam penternakan.

Oleh itu, penternakan kambing menjadi tumpuan umum disebabkan permintaan daging kambing dan susu kambing sangat tinggi di kalangan rakyat Malaysia pada masa kini. Jadi tidak hairan lah penternakan kambing menjadi satu platform pertanian yang terpenting. Kalau permintaan tinggi bermakna keuntungan juga akan tinggi.

Opss…Nanti dulu. Jangan jadi bidan terjun. Setiap apa yang kita lakukan haruslah mempunyai ilmu pengetahuan secukupnya. Begitu juga ilmu dalam menternak haiwan seperti kambing ini. Penjagaan kambing bukanlah semudah yang kita fikirkan.

Sekiranya anda betul-betul berminat untuk belajar bagaimana untuk menguruskan bisnes kambing ataupun ingin bergelar penternak kambing yang berjaya ? Anda boleh dapatkan Panduan Memulakan Penternakan Kambing.

Apa Yang Menarik Dalam Panduan Memulakan Penternakan Kambing ? Ada beberapa perkara dan tips yang akan dibincangkan :

Kenapa Kambing?
Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah 7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.

Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untukmendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

Tenaga Kerja – Siapa Nak Jaga?
Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.

Kandang Kambing
Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapagambarajah bentuk kandang kambing.

Makanan Kambing
Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting. Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khasyang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

Baka Kambing
Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik?Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka…kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

Pembiakan Kambing
Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anakdan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

Teknik Memerah Susu
Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

Pemasaran
Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.

Ramai yang telah berpuas hati selepas mendapatkan panduan dari kami kerana ia sangat membantu kerana mempunyai tips dan cara yang terperinci dan mudah difahami.

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan Panduan Memulakan Penternakan Kambing. Sila KLIK pada gambar di bawah

Show More
Back to top button