Bisnes

Cara Melariskan Bisnes Bakeri

Ada orang cakap kalau anda hebat membuat kek & pastri SERTA mampu menghasilkan menu produk bakeri yang menarik, orang ramai pasti akan tertarik untuk membeli produk bakeri yang anda hasilkan tersebut..

Tapi pernah tak anda fikir, kalau anda mampu membuat produk bakeri yang tersedap sekalipun tapi jika tiada sesiapa yang tahu kewujudan Bisnes & Produk Bakeri anda, pasti ianya tidak mampu ke mana-mana.. Anda tidak mampu menjual apa-apapun jika tiada orang tahu mengenainya!

Apa yang anda perlu lakukan ialah buat pemasaran atau marketing yang berkesan untuk mewar-warkan mengenai produk bakeri dan bisnes bakeri anda.. Dengan marketing yang berkesan ini, barulah ramai orang mula Whatsapp anda setiap hari untuk membeli produk-produk bakeri anda..

Ya, walaupun anda hanya berniaga dari rumah dan merupakan seorang yang pemalu, anda perlu melakukan pemasaran untuk memudahkan orang lain mula tahu kewujudan Bisnes Bakeri anda.. Bila mereka dah tahu, barulah mereka akan mula menjadi pelanggan setia kepada setiap produk bakeri sedap yang anda hasilkan dari rumah anda..

Ramai yang menyangka untuk memasarkan produk dengan lebih pantas dan berkesan perlu keluarkan modal pengiklanan yang tinggi untuk mendapatkan hasil positif.. Nah, zaman sekarang anda tak perlu keluarkan kos pengiklanan yang tinggi pun, anda boleh membuat aktiviti pemasaran anda dengan kos yang lebih rendah – MALAH anda boleh melakukannya secara pecuma sahaja jika anda tahu caranya!

Inilah antara 5 cara yang TERBUKTI BERKESAN untuk menarik lebih ramai pembeli produk bakeri anda dengan lebih mudah..

1 – Sertai Group Whatsapp Kawasan Setempat

Pada hari ini, setiap kawasan perumahan mempunyai komuniti Whatsapp tersendiri.. Jika anda mahu menjual produk bakeri kepada penduduk setempat, anda perlu sertai group Whatsapp ini dan promosikan produk bakeri anda di sana.. Tetapi pastikan anda juga aktif dalam group tersebut untuk elakkan anda dicop “spammer” 😛

2 – Mempromosikannya Di Facebook Personal

Boleh dikatakan pada hari ini setiap orang mempunyai akaun Facebook yang mempunyai senarai rakan yang terdiri daripada ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja dan sebagainya.. Promosi dan share tentang produk di Facebook anda.. Jika ia menarik minat sahabat facebook anda, mereka mungkin akan beli atau share info tersebut di akaun mereka secara percuma..

3 – Sertai Facebook Group Setempat

Masih lagi dengan Facebook tapi kali ini berkenaan dengan Facebook Group pula.. Banyak komuniti setempat pada hari ini membuat group Facebook tersendiri terutamanya mereka yang berada di bandar untuk berkongsi berita dan promosi terkini.. Anda boleh mempromosikan produk bakeri anda dengan lebih mudah tanpa sebarang kos di Facebook group ini!

4 – Melantik Agen Jualan

Jika anda seorang yang pemalu atau tiada masa untuk membuat pemasaran, anda boleh melantik agen-agen jualan kawasan anda untuk promosikan produk bakeri anda.. Bagi setiap jualan yang dihasilkan, mereka akan menerima komisyen 25-30% daripada harga produk bakeri anda.. Err.. Tapi pastikan jumlah komisyen ini tidak menyebabkan anda rugi ya..

5 – Memberikan Secara Percuma Kepada Jiran Tetangga

Pemasaran yang paling baik untuk produk yang dijual dalam sesebuah komuniti ialah pemasaran viral dari mulut ke mulut.. Dengan memberikan produk bakeri yang berkualiti dan sedap kepada jiran tetangga, produk anda pasti mampu dikenali ramai – terutamanya jika anda meletakkan label branding bisnes bakeri anda.. Produk anda pasti akan jadi bualan ramai jiran anda dan mereka akan mula mendapatkan produk bakeri daripada anda!

Pemasaran adalah nadi kepada keuntungan Bisnes Bakeri yang anda lakukan dari rumah.. Tapi sebelum anda lakukan aktiviti pemasaran, pastikan anda menghasilkan produk bakeri yang benar-benar sedap dan berkualiti dari dapur anda kerana ia adalah faktor penting untuk dapatkan pelanggan setia yang sentiasa menunggu setiap hari untuk dapatkan produk anda..

DAN pastikan anda mempunyai ILMU BISNES BAKERI yang lengkap untuk memastikan anda mampu menjalankan sebuah bisnes yang benar-benar mampu berkembang dari masa ke semasa.. Ilmu pengurusan modal, pemilihan menu dan sebagainya ini mampu mengelakkan anda daripada menghadapi risiko kerugian jika berdepan sebarang halangan yang tak dijangka..

“Mana Tempat Nak Belajar Ilmu Bisnes Bakeri SEBENAR Ini?”

Untuk berjaya dalam bisnes bakeri dari rumah ini, anda perlu belajar sendiri daripada para pengusaha Bakeri dari rumah yang berjaya.. Ia bukan sahaja mampu membantu anda memahami segala keperluan dan proses menjalankan bisnes ini dengan lancar, ia juga mampu mengelakkan anda membuat kesilapan yang boleh mendatangkan sebarang kerugian..

Jika anda benar-benar serius mahu belajar ILMU lengkap berkenaan dengan Bisnes Bakeri, anda boleh membaca sendiri perkongsian ilmu daripada pengusaha Bisnes Bakeri dari rumah yang berjaya, Puan Nik Roslin Nik Men dalam ebooknya yang bertajuk “Panduan Bisnes Bakeri” – yang telah membantu ramai pembaca memulakan Bisnes Bakeri dari rumah dengan lancar..

Ebook ini membongkarkan dari A sampai Z cara bagaimana untuk memulakan Bisnes Bakeri dari rumah dengan modal yang rendah.. Ia ditulis berdasarkan kepada pengalamannya sendiri yang sudah lebih 10 tahun berniaga menjual produk bakeri dari rumah tanpa sebarang kedai mahupun pekerja.. Inilah rujukan terbaik jika anda serius untuk mulakan Bisnes Bakeri sendiri!

Antara ilmu yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah..

  • Penerangan SEBENAR cara memulakan & menguruskan Bisnes Bakeri Dari Rumah
  • Formula 2M + 2P yang memudahkan anda kekal bermotivasi sepanjang berbisnes dari rumah.
  • Strategi pemilihan produk bakeri yang TERBAIK untuk Bisnes Bakeri anda
  • 4 langkah MUDAH untuk membuka bisnes bakeri dari rumah sendiri
  • Senarai LENGKAP peralatan yang anda perlukan beserta anggaran kosnya
  • Formula TERBAIK untuk menetapkan harga setiap produk bakeri
  • 8 kaedah promosi yang BERKESAN untuk bisnes bakeri anda
  • 5 kesilapan NGERI yang perlu dielakkan dalam bisnes bakeri
  • 9 cabaran bisnes bakeri & cara TERBAIK untuk tanganinya
  • Strategi BERKESAN menjana minimum RM2,000 setiap bulan dengan bisnes bakeri
  • .. Dan 10 tips PENTING untuk hasilkan produk bakeri yang sangat berkualiti!

Dengan semua ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini, anda pastinya mampu membina sebuah Bisnes Bakeri yang menjana keuntungan lumayan setiap bulan hanya dari rumah.. Bisnes Bakeri ini juga pasti akan kekal lama dan mampu berkembang maju serta mendapat sambutan daripada para pembeli sedia ada serta para pembeli baru jika anda mengaplikasikan semua ilmu yang dipelajari dari ebook ini..

Malah anda juga turut dibekalkan dengan ebook-ebook bonus seperti “10 Resepi Produk Bakeri Terlaris”, “Panduan Lengkap 5 Bahan Asas Bakeri Yang Wajib Tahu” serta “Panduan TERBAIK Untuk Membuat Roti”.. Dengan ilmu dan bonus-bonus ini, anda pasti mampu membina sebuah bisnes bakeri dari rumah yang mampu menjana keuntungan lumayan setiap bulan!

Pelajari cara SEBENAR untuk mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah anda sendiri & bersedia untuk menjana keuntungan yang konsisten daripadanya sekarang juga!

Semua ilmu yang anda perlukan ada di sini

Show More
Back to top button