Bisnes

Cara Melabur Di Unit Trust

Ramai yang berminat untuk melabur, tapi tak tahu caranya.

Mana taknya, modal keluar sikit ja tapi untung di luar jangkaan. Lagipun Unit Trust ni lebih terjamin pelaburan anda. Nama pun dah unit trust. Contoh Unit Trust adalah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ha kalau yang dah join ASNB dan selalu bawak masuk duit dekat pejabat pos tu. Tula ASNB

Tapi untuk harini admin nak share sikit berkaitan cara melabur di Unit Trust sebab bukan semua tahu benda macam ni.

  1. Pelaburan Secara Simpanan Tetap Bulanan


    Pelaburan seperti ini tidak mengunakkan modal yang banyak. Anda hanya perlu maintain sahaja setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun unit trust seperti ASNB

    Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan anda tidak perlu risau berkaitan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).

    Contoh,
    Jika anda melabur RM100 sebulan selama 30 tahun, dengan compound interest 8%/tahun dikompaun secara bulanan,anda akan mempunyai RM150,030 pada 30 tahun akan datang!!

  2. Pelaburan Pukal


    Pelaburan jenis ini memerlukan modal yang banyak terus dalam satu masa. Ianya mengambil masa selama 3-30 tahun pelaburan jenis ini. Wang yang dilaburkan ini akan mengalami 2 jenis keuntungan iaitu keuntungan agihan dan keuntungan pertumbuhan modal

    Jika anda memulakan pelaburan dengan modal RM10,000 dan menerima agihan sebanyak 8 sen/unit pada nilai seunit saham RM 1.00 seunit, keuntungan yang diperolehi adalah RM 0.08 x 10, 000 unit = RM 800 dan jika anda laburkan semula agihan tadi, maka modal bagi tahun berikutnya menjadi RM 10,800.
    Jika hal ini berterusan i.e. agihan sebanyak 8%/tahun selama 30 tahun dilaburkan semula setiap tahun, maka modal RM 10,000 tadi akan menjadi RM100,626.57 selepas 30tahun.

  3. Pelaburan KWSP


    Ahli KWSP juga boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
    Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM3,333 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun.

    Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
    Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1.
    Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

    Contohnya:
    Anda berumur 27 tahun,
    Simpanan asas: RM20,000
    Akaun 1: RM50,000
    Anda boleh keluarkan 30% sahaja dalam masa 3 bulan.

    Jadi,jumlah yang boleh dilaburkan,
    (RM50,000-20,000)x 0.3
    =RM9,000

Kredit: Ahmad Samhan Awang

Sumber : Majalah Labur

Pelaburan di dalam unit trust ini mempunyai ramai peminat kerana risiko yang rendah. Dan sesuai untuk sesiapa yang sibuk dan tidak sempat untuk membaca trend naik turun unit saham

Tetapi di dalam pelaburan sekiranya anda tidak mempunyai panduan yang betul anda boleh hilang arah dan tujuan. Untuk itu dapatkan Panduan Unit Trust yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Show More
Back to top button