Apakah Itu Kad T-Money untuk melancong ke Korea Selatan ?
Apa itu T-Money?
T-Money merupakan sejenis kad pembayaran tambah nilai yang popular digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam di Korea. Ianya sama konsep seperti ‘Touch n Go’ di Malaysia. Penggunaan T-Money lebih meluas kerana ia boleh digunakan di stesen subway, bas, teksi, kedai serbaneka, dan banyak lokasi menerima pembayaran menggunakan T-Money.
Kad T-Money
Dengan T-Money anda tak perlu bawa wang kerana T-money boleh digunakan di mana-mana termasuklah di kedai runcit, shopping mall dan di restoran-restoran. Pada post kali ini kami ingin berkongsi mengenai kelebihan menggunakan T-Money ketika melancong di Korea.
sumber: globaldaegu.blogspot.com
Tapi sebelum itu, izinkan kami memperkenalkan sebuah Kad Panduan Melancong secara sendiri ke Korea dari Naracards
Penggunaan T-Money
Anda boleh membeli kad T-Money di mana-mana kedai serbaneka. Sekarang ini terdapat Apps smartphone untuk memuat turun aplikasi T-money. Dengan Aplikasi ini baki kad T-money boleh disemak dengan mudah.
Untuk tambah nilai T-Money, ia boleh dilakukan di kedai-kedai serbaneka dan di kaunter tiket stesen subway.
Sumber: jejutourism.wordpress.com
Antara kelebihan menggunakan T-Money
1. Diskaun
Dengan T-money, anda akan memperolehi diskaun tambang subway dan juga bas berbanding bayaran tunai. Sebagai contoh, jika bayar tunai tiket subway berharga 1300 Won, dengan T-money 1250 won.
sumber: thearrivalstore.com
2. Mudah
Dengan T-money, anda perlu pastikan nilai dalam kad mencukupi sepanjang perjalanan. Anda tidak perlu beratur panjang membeli tiket subway di kaunter atau di mesin automatik. Selain itu anda tak perlu sediakan wang secukupnya jika menggunakan teksi. Gunakan T-money untuk membayar tambang teksi. Mudah bukan?
3. Tiada kos pemindahan pengangkutan
Jika perjalanan melibatkan pemindahan dari subway ke bas atau bas ke bas yang lain, anda hanya dikenakan caj tambang sekali sahaja, dengan syarat anda berada di satu lokasi tidak lebih dari 30 minit.
Sebagai contoh, anda dari lokasi A ke lokasi B menaiki bas. Di lokasi B anda cuma luangkan masa selama 15 minit sebelum bergerak ke lokasi C dengan menggunakan bas yang lain. Apabila anda scan T-money ketika menaiki bas untuk ke destinasi C anda tidak dikenakan caj kerana masih tidak melebihi 30 minit di lokasi B tadi. Jadi kos pengangkutan anda dari A ke C hanya dikenakan sekali bayaran sahaja.
Anda perlu scan T-money di pintu masuk bas ketika naik dan scan sekali lagi di pintu keluar bas. Jika tidak scan ketika keluar bas, anda tak akan dapat kemudahan seperti yang diterangkan diatas ini.
Itulah serba sedikit penerangan mengenai kad T-Money. Kebaikan sistem T-Money ini jelas menjimatkan kos tambang pengangkutan awam dan memenuhi keperluan rakyat Korea, secara tak langsung pelancong juga terkena tempiasnya.
Anda ingin bercuti ke Korea secara sendiri dengan menggunakan T-Money? Ianya tak mustahil dengan bantuan Naracards Korea Travel Guide. Naracards akan membantu anda melancong secara sendiri ke Korea dengan mudah menggunakan pengangkutan awam. Layari